Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) sering kali dilanda masalah yang mengancam nyawanya dalam My Dearest bahagian 2.
Dahulu gadis ini perlu melarikan diri supaya tidak ditangkap oleh orang-orang Qing, malangnya kini Gil Chae diculik pula. Walau perang sudah berakhir, sebenarnya keadaan belum pulih seperti biasa.
Yoo Gil Chae dan pembantunya iaitu Jong Jong (Park Jeong Yeon) dibawa ke Simyang di Qing. Mereka dituduh sebagai tawanan yang melarikan diri. Walaupun dia mengetahui bahawa Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) ada di Simyang, Yoo Gil Chae tetap berkeras tidak mahu meminta bantuan dari lelaki itu, Yoo Gil Chae enggan menerima bantuan Lee Jang Hyun berkemungkinan besar kerana sebab musabab berikut ini. Jom sama-sama kita lihat:
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.
1. Gil Chae telah menolak untuk bersama Jang Hyun secara serius. Dia mengingkari janji untuk pergi bersamanya ke Simyang sewaktu mereka mempunyai kesempatan tersebut
2. Status Gil Chae kini adalah isteri kepada Gu Won Moo (Ji Seung Hyun). Dia tidak boleh meminta bantuan daripada lelaki lain kerana perbuatan itu akan merendahkan martabat suaminya
3. Sejak dahulu lagi, Gil Chae ingin memiliki kehidupan yang terhormat. Tentu tidak mudah bagi Gil Chae untuk menemui Jang Hyun dengan keadaan yang memalukan kini
4. Gil Chae juga terasa hati kerana ramai orang menganggap dia sudah tidak suci kerana pernah dijual untuk menjadi pelayan orang-orang Qing
5. Walaupun mengetahui Jang Hyun tidak peduli dengan pandangan seperti itu, Gil Chae terpaksa menolak bantuan Jang Hyun demi keselamatan Jang Hyun
6. Gil Chae tidak mahu terhutang budi pada Jang Hyun kerana merasa dia tidak akan dapat membalas jasanya. Gil Chae lebih memilih untuk berdiri di atas kakinya sendiri
7. Tambahan pula, Gil Chae masih mempunyai keluarga di Joseon. Dia merasakan bahawa Jang Hyun akan baik-baik sahaja tanpa dirinya, berbeza dengan keluarga Gil Chae yang lebih memerlukan gadis itu
Gil Chae telah melakukan perkara yang sepatutnya dengan statusnya sebagai isteri orang. Namun, ramai juga penonton yang makan hati dengan sikap Gil Chae terhadap Jang Hyun. Apakah pendapat anda? Sudahkah anda tonton episod terbaru My Dearest 2?