Viu Original terbaru The Matchmakers, dibintangi oleh Rowoon telah mula ditayangkan di platform Viu pada Isnin & Selasa yang lepas.
Rowoon memegang watak seorang duda muda yang membantu mencarikan jodoh untuk mereka yang belum berkahwin.
Selain pelakon utama Rowoon dan Cho Yi-Hyun, drama arahan Hwang Seung-Gi dan Kim Soo-Jin ini juga dibintangi barisan pelakon seperti Park Ji-Young, Jo Han-Chul, Lee Hae-Young, Jin Hee-Kyung, Jung Shin-Hye, Park Ji-Won, Jung Mo -Bin, Oh Yeju, dan Park Hwan-Hee.
Kdrama The Matchmakers ini juga telah menerima pelbagai ulasan positif di media sosial dan mendapat rating No.1 untuk dua episod pertama minggu ini!
Menarik juga jalan cerita dan karakter pilihan Rowoon kali ini. Excited nak tengok!
Jom Min share sikit ringkasan episod 1 & 2
Apa yang Min boleh share tentang The Matchmakers ini adalah selain daripada wajah tampan Rowoon yang diminati ramai, dua episod pertama ini banyak menampilkan unsur komedi, cukup untuk menghiburkan peminat Kdrama.
Drama Korea ini berkisar tentang adat resam Joseon dan kepercayaan ortodoksnya tentang perkahwinan. Rowoon sebagai Shim Jung-Woo, seorang bangsawan dan duda muda. Mengikut peraturan Joseon, bangsawan Shim Jung-woo tidak boleh meneruskan kerja kerajaan dan dilarang berkahwin semula selepas pengantin perempuannya, puteri mahkota diraja meninggal dunia pada hari perkahwinan.
Oleh kerana dia tidak boleh berkahwin semula atau mendapat pekerjaan awam, dia memutuskan untuk menjadi pencari jodoh. Dia meminta bantuan pencari jodoh terbaik di bandar, Yeo-joo.
Cho Yi-Hyun pula membawa dua peranan iaitu pencari jodoh Yeo-joo dan balu muda kepada keluarga yang ternama Jung Soon-Deok.
Episod pertama bermula dengan Jung-woo (Rowoon) menerangkan sejarah pencari jodoh. Dia seorang lelaki yang berpendidikan tinggi tetapi menerima nasib malang kerana terpaksa berkahwin dengan Puteri Mahkota.
Malangnya, puteri mahkota meninggal dunia semasa majlis perkahwinan dan dia terpaksa hidup sebagai duda selama lapan tahun walaupun meminta perkahwinannya dibatalkan. Tindakannya menjengkelkan raja, dan raja kemudian mengambil keputusan untuk menghukumnya.
Cerita kemudian beralih kepada pertemuan pertama Yeo Joo (Cho Yi-Hyun) dan Jung-woo. Jung-woo telah dia mengaku cintanya kepada Yeo-joo, membuatkan keadaan menjadi janggal. Dia kemudian sedar dan menjelaskan bahawa dia tersalah cakap.
Yeo-joo pada mulanya tidak menyukai Jung-woo dan merasa jengkel dengan sikapnya sejak awal. Walau bagaimanapun, Yeo-joo bersetuju untuk membantu Jung-woo mencari suami untuk tiga adik perempuan yang juga anak dara tua seperti yang diperintahkan oleh raja. Jika misi ini gagal, hukuman mati menanti Jung-woo.
Duo ini mesti bekerjasama untuk mencari suami bagi segelintir wanita penting Joseon yang usianya semakin meningkat. Pandangan hidup mereka berdua sangat berbeza, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan selain bekerja bersama.
Bolehkah mereka bermain “Cupid” untuk orang lain menemukan cinta sejati mereka?
Jom layan The Matchmakers pada setiap Isnin dan Selasa, hanya di Viu!
Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.
Baca lagi: 5 Kdrama Fantasi Dibintangi Rowoon SF9, Akan Datang “The Matchmakers”
Baca juga: 2 Kdrama Viu Original Rowoon, Cha Eun Woo Paling Dinantikan Oktober Ini