Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok wxnlieff, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang lelaki menyiarkan satu klip durasi pendek mengenai motosikalnya di mana ‘sport rim’ tayar depan dan belakang telah hilang. Dikatakan motosikal ini adalah satu-satunya beliau mencari rezeki dan tidak menyangka bahawa perkara ini boleh berlaku. Beliau juga mengatakan berasa kecewa dengan individu yang melakukan perkara sebegini.
Oleh itu, video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
(Gambar hiasan)
Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan perkara ini sering berlaku malah ada juga motosikal yang telah dicuri dan hilang begitu sahaja. Segelintir netizen juga mengatakan beliau sangat bertuah kerana motosikal miliknya tidak hilang. Netizen juga mendoakan semoga lelaki ini bersabar dengan dugaan yang dihadapi dan dipermudahkan segala urusannya.
Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 179.5K penonton, 8112 sukaan dan 149 komen.
Baca lagi: Tak Sampai Berapa Minit Bawa Keluar Motosikal Baru, Sekali Ini Pula Yang Terjadi
Baca lagi: “Nak Atuk Baru”-Cucu Usik Nenek Suruh Kahwin Lagi, Sekali Respon Nenek Ini Buat Ramai Yang Berdekah
Lihat klip durasi pendek respon pemuda ini selepas lihat keadaan motosikalnya:
View this post on Instagram
Lihat juga video dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@comot: sportrim okay lagi bang , saya ni moto hilang bang
@A: naya. member saya pun kena . Tapi belakng saja . rim custom panas lani
@Azaruddin Udin: siang hari pun blh eh buat Kene,tk de CCTV ke kat situ
@Amirul Shah: sangka baikk mungkin na jual bt beli beras pape pon tabah bro
@Biiiiiiii: sama la kita bang tapi saya belakang sahaja sebab rim custom
@Janggggz: Saya mintak maaf bang…pinjam rim abang..Nanti saya pulang balik
@Ada: Takpe bang mungkin allah nk ganti yg lebih baik…Saya doakan abang murah rezeki selalu…
@..: Biasa kalau macam ni budak tu tak duduk jauh pun … cukup hari mesti jumpa punya
@Abr garage: Bersyukur boss sbb motor masih ada kalau dengan motor ii naya
PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram