Daily Dose of Sunshine mencuri perhatian dengan cerita menarik tentang penyakit jiwa.
Daily Dose of Sunshine ialah siri original Netflix dan telah ditayangkan sekaligus pada 3 Oktober lalu.
Park Bo Young merupakan tonggak utama untuk keseluruhan cerita “Daily Dose of Sunshine”, dengan membawa watak sebagai jururawat yang bernama Jung Da Eun. Jung Da Eun digambarkan sebagai seorang jururawat yang baik hati. Sikap itu juga yang membuatkan Jung Da Eun dicadangkan untuk berpindah dari Klinik Kesihatan Keluarga ke Klinik Rawatan Jiwa.
Namun, sikap baiknya tersebut bukan sahaja mendatangkan perkara yang baik, tetapi ada juga impak dan kesan buruk menimpanya.
Berikut adalah tujuh impak atas kebaikan Jung Da Eun dalam Daily Dose of Sunshine.
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.
1. Mahu mendengar ceritanya, Jung Da Eun berjaya membuat Kim Seo Wan (Roh
Jae Won) selesa dan senang bersamanya. Hasilnya, dia rasa sangat dihargai
2. Kebaikan hati dan ketulusan Da Eun pada para pesakit juga membuatkan Dong Go Yun (Yeon Woo Jin) terpesona. Da Eun mendapat sokongan baru
3. Baik dalam waktu bekerja atau dalam kehidupan sehariannya, Da Eun sentiasa membuat orang sekelilingnya merasa selesa. Tenaga positif yang ditunjukkan mendatangkan perkara baik pada mereka
4. Min Deul Re (Lee E Dam) juga turut merasa kesan positif selepas melihat Da Eun sebagai jururawat . Dia sedar bahawa kebahagiaannya ada di tempat lain
5. Namun, kebaikan hati Da Eun pada para pesakit ternyata mengganggu jururawat lain kerana dia terlalu fokus dan tertumpu pada seseorang pesakit hingga tugasan lain tertangguh
6. Da Eun juga tidak selalu menerima kesan yang positif. Contohnya, sewaktu pesakit Han Jae Hui tiba-tiba hilang pertimbangan akibat sikap baik Da Eun kepadanya
7. Sikap baik hati Da Eun pun menjadi permulaan kepada masalah kemurungan yang dihadapinya. Dia terlalu terikat dengan Kim Seo Wan yang pada akhirnya bunuh diri
8. Walaupun begitu, niat tulus Da Eun pada para pesakit itulah yang membuatkan rakan-rakannya sanggup sama-sama mengambil tanggungjawab apabila berlaku protes kerana dia perlu bekerja lagi selepas dirawat di hospital sakit jiwa
Sikap baik juga pastinya tidak selalu membawa kesan positif kepada orang lain dan juga diri sendiri. Namun, sebagai manusia kita tidak akan terlepas dari membuat kesalahan dan sememangnya sukar untuk memenangi hati semua orang. Oleh itu, belajar dan terus belajar untuk menyesuaikan diri tanpa perlu membalas sebarang kejahatan dengan perbuatan jahat lain sama seperti yang dilakukan oleh Jung Da Eun!
Daily Dose of Sunshine dapat anda saksikan kesemua episodnya di Netflix ya!