Home Kdrama/Kmovie MBC Akan Memanjangkan kisah “My Dearest Part 2”, Mengapa?

MBC Akan Memanjangkan kisah “My Dearest Part 2”, Mengapa?

0

My Dearest adalah salah sebuah drama siri sageuk MBC yang popular di kalangan penonton.

Dalam My Dearest Part 2, penonton dihanyutkan dalam suasana sentimental melihat hubungan percintaan Lee Jang Hyun (Nam Goong Min) dan Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang berlatarkan masa perang pada tahun 1637.

Kehebatan populariti My Dearest membuatkan pihak MBC merancang untuk memanjangkan episod drama ini. Tapi mengapa? Ini penjelasannya!

 

1. MBC telah mengumumkan sambungan My Dearest Part 2

My dearest part 2Dipetik dari laman Osen pada 1 November 2023, MBC secara positif mempertimbangkan untuk menyambung My Dearest Part 2 dan memanjangkan kisahnya.

“Kerana populariti My Dearest, kami secara positif bercadang untuk memanjangkan cerita dan menyesuaikan rancangan program dengan menunda tayangan akhir yang dijadualkan,” jelas wakil MBC.

Selain itu, melalui media Newsen, MBC mengatakan bahawa mereka memanjangkan drama ini kerana ingin merungkai dengan indah cerita yang sudah dipersiapkan dengan susah payah ini. Cerita ini tentu sahaja masih fokus pada liku-liku perjalanan cinta Lee Jang Hyun dan Yoo Gil Chae.

 

2. MBC berusaha memberikan yang terbaik untuk memanjangkan kisah drama My Dearest Part 2

My dearest Pengumuman ini mengundang berbagai-bagai reaksi positif dan negatif. Dilihat dari sisi negatif, dibimbangi jika alur cerita drama ini akan menjadi kacau bilau dan hilang arah tuju. Namun, MBC meyakinkan bahawa pihak mereka berusaha keras mencipta cerita yang sangat lengkap, bervariasi, dan padat di setiap episod supaya jalan cerita tetap sesuai dengan konsep secara keseluruhan.

“Kami akan menyajikan secara penuh cerita yang disiapkan kerana kami berusaha sebaiknya untuk menerbitkannya,” tegas pihak MBC dipetik dari Osen.

 

3. Rancangan memanjangkan cerita telah dipersetujui oleh pelakon utama

e01f12a1 532a 4569 9863 7f33f342a998

Ahn Eun Jin sebagai pelakon yang membawa watak Yoo Gil Chae menyatakan bahawa dia bersetuju jika episod My Dearest Part 2 dipanjangkan lagi. Alasannya cukup realistik, dia ingin membuktikan kebolehan lakonannya secara lebih mendalam kerana sebelum ini dia mendapat kritikan dari para penonton.

Sementara itu, Nam Goong Min yang membawa watak sebagai Lee Jang Hyun juga menyambut positif perkara tersebut. Reaksi positif ini disampaikan melalui pihak agensinya, 935 Entertainment. Mereka mengatakan, “Tidak akan ada masalah dengan jadual pelakon dan agensi hanya kerana jumlah siaran yang bertambah.”

 

4. My Dearest Part 2 mendapat rating yang cukup memuaskan

1679d58d fa75 4b18 9156 5aebbb0b2b7aRating My Dearest yang mencapai dua digit adalah yang tertinggi di antara program-program yang disiarkan di MBC pada tahun 2023 (tidak termasuk siaran sukan). Ini juga melangkaui rating program hiburan pada tahun 2023 seperti, I Live Alone dengan rating 9.1 peratus dan Buddy Into the Wild dengan rating 7.4 peratus. Episod 16 drama siri ini meraih rating 12 peratus di Korea Selatan.

Dipetik dari Chosun, My Dearest juga menduduki tangga pertama dalam senarai topik program secara keseluruhan selama 3 minggu berturut-turut. Selain itu, nama Nam Goong Min dan Ahn Eun Jin juga menjadi topik paling hangat secara berganti-ganti.

Baca lagi: My Dearest 2: 7 Sebab Gil Chae Menolak Bantuan Jang Hyun
Baca juga: My Dearest 2: 9 Usaha Dilakukan Lee Jang Hyun untuk Melindungi Yoo Ghil Chae