Home Video “Dah Lah Bawa Penumpang”-Reaksi Pemandu Bas Potong Di ‘Double Line’, Tarik Perhatian...

“Dah Lah Bawa Penumpang”-Reaksi Pemandu Bas Potong Di ‘Double Line’, Tarik Perhatian Ramai

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok dash4dash8, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan rakaman ‘dashcam’ di mana pemandu bas yang dikenali Ekspress Mutiara DDM2255 memandu secara berbahaya di Lebuhraya Timur Barat Jeli. Tindakan pemandu tersebut memotong laluan di garisan ‘double line’, serta kecaman juga dilemparkan terhadap pemandu bas tersebut kerana memandu secara berbahaya.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2023 11 14 153950
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan tindakan pemandu bas tersebut sememangnya salah dan berbahaya pada pemandu serta penumpang yang dibawa. Salah seorang netizen juga mengatakan bahawa kemungkinan pemandu berkenaan sudah tahu ‘selok belok’ dan tempat yang paling sesuai dia ingin memotong serta beberapa netizen juga bersetuju dengan respon itu. Netizen juga berkongsi cerita di mana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama apabila menjadi salah seorang penumpang.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 363.7K penonton, 4556 sukaan dan 708 komen.

Baca lagi: Selamba Buat Pusingan-U Di ‘Double Line’, Lihat Apa Yang Terjadi Pada Rider Ini

Baca lagi: Niat Nak ‘Support’ Bangsa Sendiri, Sekali Makanan Yang Lelaki Ini Dapat Pula Jadi Perhatian Netizen

Lihat klip durasi pendek reaksi pemandu bas ini memotong di ‘double line’:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga video dibawah:

Lihat apa juga kata orang ramai:

@JailludinJemali: patutnya jpj kene buat undang-undang baru, slow Sangat pun kene Saman..punca juga kepada kemalangan..Bila dh hati dh panas,mcm2 bole jadi

@budakgiat: kdg2 kereta bwk slow sgt pun jd punca..speed 70 dia bwk 40-50. Jem woo duk blkng..dabel line plak tu..kena pulak jarak perjalanan ko 500km

@Jusoh : Hari2 dia duk ngadap jalan tulo. Makanan dia jh tu nk compare nge kito balik raya sekali setahun jah lalu jln tu

@232424: hanya segelintir pemandu sebegini habis semua dikecam,

@meran: drebar dh tau jln ctu..dia tau mn tempat sesuai nk potong.. dia tgk isyarat dr lori atau bas depan biasanya.. done bekap

@Pt: Mutiara dah bosan jln pg turun ptg naik mln turun lagi

@jamilahmanmuhdimr: saya dh kena balik hr tu,lgsg x tidur,takut,bl bas kowna lg terasa,rs mcm dh serik nk naik mutiara

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram