Home Kdrama/Kmovie Kdrama Terbaru ‘Goryeo–Khitan War’, Raja dan Panglima Satukan Rakyat Hadapi Perang

Kdrama Terbaru ‘Goryeo–Khitan War’, Raja dan Panglima Satukan Rakyat Hadapi Perang

0

Drama siri terbaru Korea Selatan iaitu Goryeo–Khitan War menceritakan tentang seorang raja dan panglimanya yang menyatukan rakyat untuk perperangan.

Dalam penceritaan drama Korea Goryeo–Khitan War, Kerajaan Goryeo diserang oleh Kerajaan Khitan. Raja dan panglimanya berusaha menyatukan rakyat untuk perperangan menghadapi Kerajaan Khitan.

Hingga akhirnya Kerajaan Goryeo berjaya meraih kemenangan dan menumpaskan Kerajaan Khitan.

Drama siri Goryeo–Khitan War ini membawa genre perang dan sejarah. Goryeo–Khitan War sudah ditayangkan sejak 11 November 2023 di KBS2. Jadual tayang drama ini adalah setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 9.20 malam waktu Korea Selatan.

Dipetik dari Asianwiki, drama ini diarahkan oleh Jeon Woo Sung dan Kim Han Sol. Sementara itu, skrip drama ini ditulis oleh Lee Jung-Woo.

Drama ini adalah kisah tentang Raja Hyeonjong (Kim Dong-Joon) dari Goryeo dan Panglima Tertinggi Gang Gam-Chan (Choi Soo-Jong).

Sinopsis Goryeo–Khitan War

Khitan war

Dua pemimpin ikonik ini menyatukan rakyat Goryeo menjadi satu dan memimpin perang melawan Khitan. Hyun Jong, adalah pemerintah kelapan Goryeo dan dia merupakan Raja yang bertanggungjawab mendirikan dinasti Goryeo.

Selepas menjadi Raja pada usia 19 tahun, Hyun Jong menghadapi permulaan yang sukar pada masa pemerintahannya. Tambahan pula apabila kerajaannya diserang oleh 400 000 tentera Khitan.
Mereka menyatukan rakyat Goryeo dan bersatu hati bersama-sama memerangi Khitan.

Baca juga: 7 Fakta Watak Kim Dong Jun dalam Drama ‘Goryeo Khitan War’, Raja yang Bijaksana

Nasib menyebelahi mereka apabila dengan adanya bantuan mentor politiknya iaitu Jeneral Kang Gam Chan, Hyun Jong berjaya membuatkan tentera Khitan berundur dan memimpin Goryeo menuju kemenangan. Raja Hyeonjong (Hyun Jong) berjaya menyatukan Goryeo dengan kepimpinannya yang penuh integriti dan mematahkan serangan Bangsa Khitan. Goryeo meraih kemenangan dalam perang melawan Bangsa Khitan.

Senarai Pelakon

59664b42 f201 43d0 98d1 4d065ec27d29

● Kim Dong Joon sebagai Raja Hyeojong
● Ji Seung Hyun sebagai Yang Gyu
● Choi Soo Jong sebagai Geng Gam Chan
● Lee Won Jong sebagai Kang Jo
● Kim Jae Min sebagai Lee Hyun Woon
● Han Jae Young sebagai Ji Chae Moon
● Lee Cheol Min sebagai Kang Min Cheom
● Kim San Ho sebagai Jung Sung
● Joo Yeon Woo sebagai Kim Sook Heung

Goryeo-Khitan War juga mengeksplorasi watak Jeneral Kang Gam Chan dan pahlawan Goryeo yang lain. Drama siri ini turut menampilkan perjuangan Yang Gyu yang merupakan pegawai tentera pada masa pemerintahan Raja Hyeonjong. Dia menahan pencerobohan Khitan di Heunghwa Jin dengan begitu teguhnya sebelum terjadinya perang Goryeo-Khitan.

3724ba0d 79da 4c75 b161 03dc263412f2Jangan lupa untuk menonton drama siri penuh sejarah ini! Pasti para peminat Choi Soo Jong dan Kim Dong Jun tidak mahu ketinggalan untuk menonton Goryeo-Khitan War!

Baca lagi: Siri Thriller “Karma”, Tampilkan Shin Min Ah, Lee Kwang Soo dan Ramai Artis Lain
Baca juga: Kim Nam Gil dan Kim Young Kwang dalam Siri Thriller ‘Trigger’