Home Kdrama/Kmovie 5 Fakta Menarik Penerbitan Goryeo-Khitan War, Drama Korea Paling Mahal

5 Fakta Menarik Penerbitan Goryeo-Khitan War, Drama Korea Paling Mahal

0

Salah sebuah stesen televisyen terkemuka dari Korea Selatan, KBS, telah menyiarkan Kdrama saeguk baru pada pada 11 November 2023. Jadual tayang drama ini adalah setiap hari Sabtu dan Ahad pada pukul 9.20 malam waktu Korea Selatan.

Kdrama yang bertajuk Goryeo-Khitan War ini menggambarkan kembali detik sejarah peperangan antara Dinasti Goryeo dan pasukan bersenjata Khitan.

Goryeo Khitan War menceritakan tentang perjuangan Raja Goryeo waktu itu, Hyeonjung (Kim Dong Jun), melawan Khitan dengan dibantu oleh penasihat politiknya, Jeneral Gang Gam Chan (Choi Soo Jong).

Goryeo Khitan War juga sangat menarik kerana membawa kelainan dan tidak sama dengan drama saeguk lain pada umumnya. Drama siri ini menampilkan gambaran sejarah secara nyata.

Terdapat banyak fakta menarik tentang penerbitan Goryeo-Khitan War. Lihat penjelasan di bawah!

 

1. Goryeo-Khitan War merupakan projek khas peringatan 50 tahun penyiaran KBS

39a1fb5c a912 4c24 a778 71c616023a81Dipetik dari Star News, drama siri Goryeo-Khitan War diterbitkan untuk memperingati ulang tahun ke-50 penyiaran stesen televisyen, KBS. Drama siri ini menceritakan kisah Raja Hyeonjung yang naik takhta di usia 19 tahun. Raja Hyeonjung bersama Jeneral Gang Gam Chan terkenal dengan kisah mereka yang menyatukan Goryeo dan memimpin perang melawan pasukan Khitan.

 

2. Mula penggambaran sejak musim sejuk tahun 2020

268b83af eca1 44f4 9e3b d603cc917b45Pengarah Goryeo-Khitan War, Jeon Woo Sung, mendedahkan bahawa dia dan pasukan penerbitan mula bekerja untuk drama siri ini dari musim sejuk tahun 2020. Dipetik dari KBS World, Jeon Woo Sung ingin mencipta sebuah cerita yang mempunyai implikasi nyata dan boleh dipercayai, namun penonton masih boleh menikmati karya mereka.

Jeon Woo Sung juga mengungkapkan bahawa dia ingin mengenang sejarah awal Dinasti Goryeo yang waktu itu berjaya membawa kemenangan dan kedamaian selepas mengalahkan Khitan.

 

3. Pengarah berbincang secara langsung dengan pakar dan sejarawan

c42c952a bf92 4ae4 a739 1db3826461ecUntuk menulis skrip drama siri Goryeo-Khitan War, pengarah Jeon Woo Sung melakukan penyelidikan secara mendalam dan berjumpa beberapa orang sejarawan yang pakar dalam penyelidikan Dinasti Goryeo. Untuk menampilkan adegan sejarah yang tepat namun tetap menghiburkan, penulis Lee Jeong Woo dan Dr. Cho Kyeong Ran bekerja sama untuk menyusun setiap adegan berdasarkan penelitian sejarah.

Beberapa catatan sejarah juga sangat membantu untuk menyusun jalan cerita dan menggambarkan setiap adegan dengan cermat dan teliti.

 

4. Pertempuran Guizhou menjadi tumpuan dan adegan peperangan paling mahal yang pernah diterbitkan

9f09b3d8 30f9 4fba b793 9d1dbefa5fdbPertempuran Guizhou adalah pertempuran yang melibatkan tentera Goryeo dan Khitan di Guizhou atau juga disebut Guiju. Pertempuran ini menjadi tumpuan utama untuk drama siri terbitan KBS ini. Pertempuran ini berdurasi selama 30 minit dan menjadi adegan perang paling mahal yang pernah diterbitkan.

Pihak penerbitan menyatakan bahawa mereka menggunakan CGI untuk menggambarkan adegan ini. Mereka memanfaatkan CGI untuk menggambarkan pasukan manusia dalam skala besar supaya lebih realistik dengan menggunakan feature yang disebut sebagai digital crowd. Selain itu, mereka juga menggunakan CGI untuk mencipta ketinggian medan yang lebih realistik.

 

5. Pihak penerbitan pergi hingga ke Mongolia untuk mencipta prop yang realistik

Khitan war

Menurut pengarah Lee Seok Gun, yang bertanggung jawab untuk kostum dan prop, kostum yang digunakan untuk masyarakat Goryeo boleh ditemui di bilik kostum KBS.

Namun, mereka mendedahkan bahawa sukar untuk menggambarkan kostum dan prop yang digunakan oleh tentera Khitan. Mereka menemui seorang profesor, Dr. Ganbolt dan Inkhtur, yang sedang menyelidik orang Khitan di Mongolia.

Menurut pasukan produksi yang bertugas untuk persiapan prop senjata, Lee Hyun Joon, senjata yang digunakan tentera Khitan memberikan kesan logam dan kulit kasar.

Perkara ini menggambarkan kehidupan Khitan waktu itu yang melakukan penjarahan antara suku. Mereka melakukan penyelidikan gaya hidup yang tercantum pada katalog Muzium Genghis Khan di Mongolia.

Penerbitan sesebuah drama Korea memang pastinya bukan mudah, tambahan pula drama saeguk yang sangat kompleks dengan pelbagai sejarah. Memerlukan penelitian secara mendalam supaya sejarah yang juga digambarkan dalam jalan cerita tidak melencong jauh.

Baca lagi: 7 Fakta Watak Kim Dong Jun dalam Drama ‘Goryeo Khitan War’, Raja yang Bijaksana
Baca juga: Kdrama Terbaru ‘Goryeo–Khitan War’, Raja dan Panglima Satukan Rakyat Hadapi Perang