Vigilante merupakan adaptasi webtoon bertajuk sama yang ditulis oleh CRG dan diilustrasikan oleh Kim Kyu Sam. Melihat kegilaan para peminat Kdrama, drama siri ini disebut-sebut dapat menyamai kejayaan siri Moving (2023).
Vigilante mencuri perhatian dengan kisah Kim Ji Yong (Nam Joo Hyuk), kadet akademi polis dengan dua wajah dan watak berganda. Dia adalah kadet polis top yang cerdas dan kuat. Namun, Kim Ji Yong mempunyai identiti tersembunyi dan digelar sebagai Vigilante.
Hingga episod keempat yang telah disiarkan, ada beberapa watak yang mencurigakan. Salah satunya adalah Min Seon Wook (Lee Seung Woo). Ramai penonton yang menganggap gerak-geriknya sangat aneh dan dia seperti mengetahui identiti asal Kim Ji Yong.
Adakah Min Seon Wook akan menjadi ancaman bagi Kim Ji Yong?
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!
1. Min Seon Wook rapat dengan Kim Ji Yong di akademi polis
Min Seon Wook adalah kadet akademi polis yang rapat dengan Kim Ji Yong, bersama Hwang Jun (Jo Han Joon). Dia juga pelajar top dalam angkatannya. Kecerdasan dan kemampuan fizikalnya boleh dikatakan setaraf dengan Kim Ji Yong.
Selain bersama-sama pada zaman kadet, Min Seon Wook dan Kim Ji Yong selalu menghabiskan waktu di bilik Profesor Lee Jun Yeob (Kwon Hae Hyo). Kedua-duanya membantu profesor itu untuk menyiapkan data yang akan digunakan dalam aplikasi profiling. Mereka juga adalah rakan sebilik. Nampaknya, kedua-dua mereka cuma berpisah sewaktu bercuti.
2. Gerak-gerik mencurigakan Min Seon Wook membuatkan penonton tertanya-tanya
Min Seon Wook selalu menunjukkan ekspresi yang mencurigakan. Dialog yang dilontarkannya juga membuatkan dia berpotensi menjadi orang yang meniru Vigilante. Namun, kecurigaan penonton di episod 3 terus terbatal pada episod 4 kerana telah terbongkar bahawa peniru Vigilante adalah Jo Gang Ok (Lee Joon Hyuk).
Walaupun begitu, kecurigaan terhadap Min Seok Woo tidak terus hilang begitu sahaja. dia pernah berkata, “Jika bukan polis, saya juga akan mengajar mereka (para penjahat),” sewaktu menyaksikan siaran yang mendedahkan tentang kewujudan Vigilante. Dia juga bercakap seakan-akan menunjukkan Kim Ji Yong sebagai Vigilante dan membuat penonton bertanya-tanya adakah dia mengetahui identiti rahsia Kim Ji Yong.
3. Sekilas tentang nasib akhir Min Seon Wook dalam webtoon asalnya
Watak Min Seon Wook dalam webtoon hanya mempunyai perbezaan nama keluarga setakat ini. Cara penyampaian watak tidak jauh berbeza. Perkara ini menimbulkan tanda tanya adakah nasib akhirnya dalam versi adaptasi drama akan sama dengan versi webtoon.
Dalam webtoon, Min Seon Wook akhirnya mengetahui bahawa Kim Ji Yong adalah Vigilante di saat-saat terakhir. Min Seon Wook terlibat untuk melawan penjahat terakhir dalam cerita, iaitu Uhm Jae Hyeob (Lee Hae Young). Akan tetapi, dia akhirnya meninggal dunia dalam insiden tersebut.
Min Seon Wook didedahkan sebagai Vigilante oleh pihak media kerana ada pihak yang berusaha menutup kes tersebut dan Kim Ji Yong hanya disebut membantu aksinya. Dia dilaporkan sebagai kadet polis yang menemui ajal sewaktu melawan kejahatan besar sendirian.
4. Min Seon Wook dalam webtoon dapat mengubah pandangan Kim Ji Yong
Kim Ji Yong selama ini menjalani hidupnya dengan rasa kesepian dan sangat pilu. Itu juga yang membuat dia merasa jika dia tertangkap, kawan-kawannya akan meninggalkannya. Namun, Min Seon Wook berjaya mengubah pandangan Kim Ji Yong dengan kata-katanya.
Ketika dia menyedari bahawa Kim Ji Yong adalah Vigilante dan mereka dalam situasi tidak menentu, Min Seon Wook berkata, “Ji Yong, saya tidak tahu apa itu… Tapi, saya percaya pada apa yang awak lakukan. Itu adalah perkara yang benar untuk dilakukan. Jadi, jangan mengecewakan saya.” Kata-katanya itu membuatkan Kim Ji Yong menitiskan air mata dan tersenyum.
Ternyata Min Seon Wook adalah kawan yang tulus dan baik pada Kim Ji Yong. Namun, bagaimanakah dia boleh didedahkan sebagai Vigilante? Kita tunggu jawapannya di episod seterusnya!