Home Kdrama/Kmovie The Killing Vote Perlukan Musim 2? 7 Perkara Belum Terjawab di Ending

The Killing Vote Perlukan Musim 2? 7 Perkara Belum Terjawab di Ending

0

Selama lebih kurang 3 bulan tayangan, The Killing Vote akhirnya telah melabuhkan tirai dengan tayangan episod akhir iaitu episod 12 yang nampaknya masih lagi meninggalkan tanda tanya.

Drama siri The Killing Vote menyoroti kisah Kim Mu Chan (Park Hae Jin), Joo Hyun (Lim Ji Yeon), dan pasukan polis dalam mencari Gaetal yang rupa-rupanya adalah Kwon Seok Joo (Park Sung Woong). Gaetal melakukan undian untuk hukuman mati bagi penjahat keji dan menghukum mereka.

Namun, selepas drama siri The Killing Vote ini tamat, ada beberapa persoalan yang masih tergantung.

Walau belum ada pengesahan tentang musim kedua, berikut adalah beberapa perkara yang belum terjawab semasa ending The Killing Vote.

 

1. Apa yang dibicarakan antara Chae Do Hee (Choi Yu Hwa) dan Min Ji Young (Kim Yu Mi)?

e0f57d1e 973f 4281 895c a19c8ef5b7e3Min Ji Young menyuruh pembantunya untuk menculik Chae Do Hee. Dia kesal kerana duitnya digunakan oleh Chae Do Hee. Kerana Chae Do Hee, anaknya mendapat hukuman mati. Namun, semasa polis datang menyelamatkan Chae Do Hee, dia tidak mendedahkan perkara sebenar. Apakah sebenarnya yang dibicarakan antara Chae Do Hee dan Min Ji Young? Kenapa Min Ji Young tidak mahu mengambil nyawa Chae Do Hee?

 

2. Adakah Kwon Seok Joo benar-benar meninggal dunia?

375afc29 a980 4864 8bfc 3ed3665ab537Sewaktu Kim Seok Joo ditangkap oleh Kim Mu Chan dan meminta untuk menghantarnya ke laut, tiba-tiba Park Chul Min (Cha Rae Hyoung), rakan Kim Seok Joo yang juga merupakan anggota Gaetal datang. Dia mengugut dengan menggunakan pistolnya dan berniat mahu menembak Joo Hyun jika Kim Seok Joo tidak dilepaskan. Untuk menyelamatkan Joo Hyun, akhirnya Kim Seok Joo memberi flash disk yang mengandungi sistem undian tersebut.

Joo Hyun memukul Park Chul Min. Park Chul Min berlari ke arah Kim Seok Joo dan terjun bersama Seok Joo ke dalam laut. Selepas setahun lamanya, kedua-dua jasad mereka masih belum ditemui.

Tiba-tiba, Joo Hyun membuka artikel yang menyatakan bahawa ada lelaki yang tidak dikenali yang diselamatkan oleh nelayan Jepun. Siapakah lelaki itu? Adakah Park Chul Min atau Kim Seok Joo? Masih tiada penjelasan.

Baca lagi: The Killing Vote: Temubual Eksklusif Bersama Park Hae Jin, Lim Ji Yeon dan Park Sung Woong

3. Rancangan jahat apakah yang akan dilakukan oleh Min Ji Young?

802f7d2e d798 414f ad71 499ea7bc3b3a

Min Ji Young sebenarnya mendapat hukuman penjara kerana dia menutup kes kejahatan anaknya. Namun, setia usahanya menggantikan dirinya menjalani hukuman penjara. Sewaktu Min Ji Young bebas, setia usaha tersebut ditemui meninggal dunia kerana bunuh diri. Masih menjadi tanda tanya, adakah setia usaha tersebut memang bunuh diri atau sebenarnya dibunuh?

Min Jin Young yang ingin bebas ternyata masih obses ingin mencipta kerajaannya sendiri. Perkara ini dibuktikan apabila dia kelihatan sangat bahagia ketika membuka flash disk yang mengandungi aplikasi Gaetal. Dia ditemani oleh seorang pemandu yang merupakan pakar penggodam.

Min Ji Young ingin mengembalikan kedudukannya sebagai anggota dewan yang disegani sekali lagi. Dia teringat kepada Kang Ji Seok (Jung Woong In), anggota dewan yang baru sahaja menasihatinya untuk berbuat baik. Min Ji Young yang tidak dapat menerima kenyataan ingin menjatuhkan Kang Ji Seok.

Apakah rancangan yang ada dalam benak kepalanya?

 

4. Apakah kemampuan dan kehebatan pemandu baru Min Jin Young?

47ac0ef8 aae2 4b2e 8aef 6f0f347a12f8Pemandu yang direkrut oleh Min Jin Young adalah seorang penggodam. Dia seperti lebih hebat dari anaknya, Lee Min Soo. Kehadiran pemandu ini tentunya membawa angin segar untuk Min Jin Young.

Namun, sebelum pemandu tersebut menyatakan persetujuan untuk bekerja sama, dia menyiasat terlebih dahulu perkara yang dilakukan oleh Min Jin Young untuk menakluk dunia. Dia tidak akan berminat jika permainan Min Jin Young membosankan. Dia ingin Min Jin Young mengikuti aturan permainannya.

Jadi, apakah kemampuan sebenar pemandu tersebut? Adakah dia akan bekerja sama dengan Min Jin Young?

 

5. Nasib anggota dewan Kang Ji Seok bakal terancam?

3094b89f c3d5 46cd 97e6 f7fdced79b14Kang Ji Seok menjadi target Min Jin Young seterusnya. Semuanya kerana Min Jin Young merasa sakit hati atas kata-kata Kang Jin Seok yang dahulu merupakan peguam Kwon Seok Joo.

Min Jin Young melihat profil Kang Ji Seok yang ternyata mempunyai seorang anak perempuan. Min Jin Young merancang sesuatu bersama pemandu barunya dengan fokus utama ke arah anak Kang Jin Seok. Bahaya apakah yang akan menimpa anak Kang Ji Seok?

 

6. Kim Mu Chan mula bertindak menjadi hakim sendiri. Kenapa?

a46b3f1b 6f1c 4be8 82aa 9a6c25d9cc58Kim Mu Chan waktu itu sedang mengikuti Go Dong Gyu (Lee Si Hoon) yang merupakan kaki tangan Gaetal. Namun, tiba-tiba sahaja Kim Mu Chan mendapat sampul surat misteri yang mengandungi flash disk milik Gaetal. Kim Mu Chan terus bertindak melaksanakan undang-undang sendiri. Kim Mu Chan membunuh Go Dong Gyu tanpa belas kasihan.

Anehnya, dia menggunakan sarung tangan hitam dan seolah-olah tidak mahu meninggalkan sebarang bukti. Semuanya terjadi selepas dia mendapat flash disk tersebut. Apakah isi kandungan flashdisk tersebut? Kenapa Kim Mu Chan mengambil tindakan sendiri? Selepas memberi pengajaran kepada Go Dong Gyu, kenapa dia memakai topeng anjing? Adakah dia ingin menjadi Gaetal yang seterusnya?

 

7. Siapakah yang akan menjadi Gaetal seterusnya?

Killing voteSewaktu Kim Mu Chan, Kwon Seok Joo, dan Park Chul Min melompat ke dalam laut, tiba-tiba ada tangan yang mengambil flash disk milik Gaetal. Tangan siapakah itu? Kemungkinan Gaetal masih akan melakukan kegiatannya.

Salah seorang detektif polis juga merupakan Gaetal. Hingga kini tidak ada siapa pun yang mengetahuinya. Kemudian, Min Ji Young yang ingin mencipta kerajaan sendiri dengan dibantu pemandunya juga mempunyai aplikasi Gaetal. Kim Mu Chan juga menerima flashdisk milik Gaetal dan perbuatannya sudah menunjukkan bahawa dia sanggup melakukan aksi seperti Gaetal.

Ditutup dengan 3.1 peratus rating di negara Korea Selatan, The Killing Vote masih menimbulkan persoalan yang membuatkan perasaan ingin tahu penonton membuak-buak.

Mungkinkah The Killing Vote akan ada musim kedua? Nantikan maklumat selanjutnya ya!

Baca lagi: The Killing Vote: 7 Fakta Organisasi Gaetal, Siapakah Mereka?
Baca juga: Kdrama Thriller Baharu “The Killing Vote”, Kisah Misteri Orang Bertopeng Anjing