Home Movie 8 Pengarah Palestine yang Perlu Anda Sokong, Tonton Filem Mereka

8 Pengarah Palestine yang Perlu Anda Sokong, Tonton Filem Mereka

0

Di tengah-tengah pelbagai keterbatasan dan bayang-bayang trauma peperangan dan ketidakadilan yang perlu mereka rasai, pengarah filem Palestin tidak berhenti berkarya. Filem mereka menjadi bukti kewujudan dan juga legasi mereka.

Berkarya berdasarkan pengalaman peribadi dan juga berdasarkan pengalaman orang-orang di sekitar mereka yang sama-sama menderita kerana hak asasi dinafikan dan kerana konflik yang tiada hujungnya

Filem-filem dari pengarah Palestine berikut ini boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk memajukan wawasan dan mengasah empati dalam diri. Sebahagian dari filem mereka masih dan sedang ditayangkan di layanan OTT.

 

1. Elia Suleiman

b9a619eb 4a0e 40b4 af86 924bb43ae36bElia Suleiman adalah salah seorang pengarah Palestine yang paling dekoratif yang beberapa kali berjaya menembusi persaingan Cannes Film Festival. Dia sudah aktif sejak 1990-an dan akhirnya dikenali secara meluas secara global ketika filem feature debutnya Chronicle of a Disappearance memenangi Best First Film Prize di Venice Film Festival 1996.

Diteruskan dengan Divine Intervention yang memenangi Jury Prize di Cannes Film Festival 2002. Sejak itu, dia tidak pernah terlepas tayangan perdana di Cannes melalui dua filemnya iaitu The Time that Remains dan It Must Be Heaven.

Elia Suleiman selalu mengaburkan kenyataan sebenar dan fiksyen dalam filemnya. Hampir semua filemnya berdasarkan pengalaman peribadinya sendiri sebagai seorang lelai yang membesar dalam keluarga Arab Palestin di bandar Nazareth kemudian berpindah ke Amerika Syarikat.

 

2. Annemarie Jacir

53eb9686 5b20 447b bbd9 fec300d6a912
Annemarie Jacir sudah menghasilkan berbelas buah filem pendek dan feature yang sangat signifikan tentang tanah kelahirannya, Palestine. Beberapa buah karyanya yang paling terkenal adalah Like Twenty Impossibles (2003), Salt of this Sea(2008), When I Saw You (2012), dan Wajib (2017). Like Twenty Impossibles merupakan filem pendek Arab pertama yang berjaya ditayangkan di Cannes Film Festival waktu itu.

Selain seorang pengarah, Annemarie Jacir juga bekerja sebagai penerbit untuk beberapa filem garapan pengarah Arab lain. Dia merupakan salah seorang dari beberapa orang pengarah Palestin yang mwndapat peluang untuk menggarap satu episod siri Ramy musim kedua.

 

3. Mai Masri

8b2e8b19 1755 4ffd 99a0 6df55fedf75c

Walau sama-sama melihat perjuangan hidup orang Arab Palestine dan Timur Tengah secara umum, Mai Masri fokus menitikberatkan sudut pandangan wanita dan kanak-kanak dalam filemnya. Dia juga selalu membuat filem dalam format dokumentari seperti Frontiers of Dreams and Fears (2001), Children of Fire (1991), Suspended Dreams (1992). Filemnya yang bertajuk 3000 Nights (2015) tidak kurang hebatnya.

 

4. Hany Abu Assad

29c20686 3f16 4aab 8c71 fb659dbd5a71Seorang pengarah prolifik, Hany Abu Assad sangat berbakat besar. Dia sudah meraih dua pencalonan Oscar sepanjang kariernya sebagai pengarah. Pertama melalui filem Paradise Now (2005), kemudian Omar (2013). Dia juga adalah sosok penting di sebalik filem-filem hebat dari Palestin seperti The Idol (2015), Rana’s Wedding (2002), dan Huda’s Salon (2021). Dia selalu menggunakan protagonis lelaki dalam filemnya.

 

5. Cherien Dabis

a7b847a4 fd3c 464c 9b4a 5831dd98a9e6Cherien Dabis pertama kali muncul melalui filem feature bebas bertajuk Amreeka (2009) yang mengikuti perjalanan seorang ibu tunggal dan anaknya dari Palestine ke Amerika Syarikat. Dibesarkan di Amerika Syarikat oleh ibu bapa yang berasal dari Palestin dan Jordan, Cherien Dabis selalu berkarya sebagai pengarah siri televisyen di negara itu.

Dia pernah menggarap beberapa siri yang memenangi Emmy Primetime Awards seperti Ozark, The Sinner, Ramy, dan Only Murders in the Building. Cherien Dabis juga pernah menjadi pelakon dan tampil dalam siri Mo terbitan Netflix yang juga mengangkat kisah keluarga imigran Palestin di Amerika Syarikat.

 

6. Farah Nabulsi

PalestineFarah Nabulsi memang belum mempunyai filemografi yang panjang. Dia lebih kepada membuat filem pendek seperti Today They Took My Son (2016) dan Oceans of Injustice(2017). Namun, dia dikenali ramai apabila filem pendeknya yang bertajuk The Present (2020) berjaya meraih pencalonan Oscar.

Pada tahun 2023 ini, Nabulsi akan menghasilkan filem pertamanya yang bertajuk The Teacher dan merupakan kerja sama kedua dengan pelakon Saleh Bakri. Filem itu masih akan fokus pada perjuangan hidup orang-orang Palestin di bawah penjajahan.

 

 

7. Ameen Nayfeh

4086b2ad f5fa 481b a7cd 47bb866f199eAmeen Nayfeh adalah pengarah muda Palestine yang paling dikenali melalui filem 200 Meters (2020) dan The Crossing(2017). Sama dengan Nabulsi, dia belum mempunyai sebarai filemografi yang panjang.

Namun, filem perdananya 200 Meters berjaya ditayangkan di Venice Film Festival dan ada dalam senarai filem Palestin yang boleh ditonton di Netflix (wilayah tertentu). Filem itu kembali menyoroti betapa terseksanya menjadi orang Palestin yang perlu tinggal di antara sekatan-sekat-! yang dibangunkan oleh negara haram Israel.

 

8. Tarzan & Arab Nasser

PalestinePengarah kembar berasal dari Palestine, Arab dan Tarzan Nasser adalah sosok di sebalik filem Gaza Mon Amour (2020), Dégradé (2015), dan filem pendek Condom Lead (2013). Tiga filem mereka ini berjaya ditayangkan di beberapa festival besar seperti Cannes dan TIFF.

Beberapa buah filem karya lapan pengarah di atas boleh anda saksikan di Netflix (wilayah tertentu), KlikFilm, MUBI, Prime Video, dan berbagai-bagai layanan OTT lain. Pastikan anda menyokong mereka dengan menonton filem mereka secara sah dan bukannya cetak rompak!

Baca lagi: 10 Filem Tentang Konflik Palestine dan Negara Haram Israel yang Perlu Anda Tonton
Baca juga: 10 Senarai Filem Tentang Palestine di Netflix, Banyak Adaptasi Kisah Sebenar