Dalam sesebuah kumpulan Kpop, setiap anggota kumpulan biasanya mempunyai kedudukan masing-masing sesuai dengan bakat mereka. Contohnya, anggota kumpulan yang mempunyai bakat vokal yang bagus akan bertanggung jawab sebagai vokalis utama atau lead vocal.
Namun, jangan dilupa bahawa tempat sebagai ketua kumpulan juga perlu diisi kerana ketua yang berwibawa bakal memimpin kumpulan tersebut. Biasanya, jawatan ketua di dalam kumpulan KPop akan diberikan kepada anggota kumpulan yang paling tua.
Namun, “peraturan” tersebut tidak diikuti oleh beberapa buah kumpulan Kpop yang lain. Ada juga bintang idol yang dipilih menjadi ketua kerana kebolehannya dalam memimpin walaupun mereka bukanlah anggota kumpulan paling tua dalam kumpulan.
Berikut adalah ketua kumpulan untuk generasi Kpop ke 4 yang tidak memilih anggota paling tua sebagai ketua mereka:
1. Selepas IZ*ONE dibubarkan, Yujin yang tersenarai dalam maknae line tidak disangka-sangka kini memegnag tanggung jawab sebagai ketua kumpulan IVE
2. Sama seperti Yujin, Chaewon juga debut sebagai ketua kumpulan LE SSERAFIM pada tahun 2022 menerajui lagu bertajuk “Fearless”
3. Walau Lily adalah anggota kumpulan paling tua, Haewon yang lahir pada tahun 2003 dipilih untuk menjadi ketua kumpulan di bawah naungan JYP Entertainment, NMIXX
4. Baru berusia 19 tahun, Juhyeon sudah diberi kepercayaan untuk men menjadi ketua dan juga penari utama bagi kumpulan Lightsum
5. EL7Z UP merupakan kumpulan yang dibentuk melalui rancangan survival Queendom Puzzle. Walaupun bukan anggota kumpulan yang paling tua, Yeoreum yang juga anggota kumpulan WJSN dipilih untuk menjadi ketua
6. Sewaktu mengadakan showcase untuk single “Last Melody”, EVERGLOW mengumumkan bahawa tempat ketua kumpulan yang sebelum ini diisi oleh E:U kini diganti oleh Sihyeon
7. Dengan jiwa kepemimpinan yang tinggi, Soyeon selalu berjaya memimpin setiap anggota (G)I-DLE, terutama dari segi persembahan muzik
8. Selepas acara Girls Planet 999 berakhir, Shana debut di agensinya bersama kumpulan LAPILLUS. Dia diberi kepercayaan untuk menjadi ketua
9. Kumpulan yang berasal dari Woolim Entertainment, Rocket Punch dipimpin oleh Yeonhee yang 4 tahun lebih muda dari anggota kumpulan mereka yang paling tua iaitu Juri
Tanggung jawab sebagai seorang ketua kumpulan pasti sahaja sangat berat untuk dibawa. Namun, semua bintang idol di atas berjaya memimpin kumpulan mereka dengan sangat baik walau mereka bukan anggota kumpulan yang paling tua.