Sebilangan pelakon Korea telah dikecualikan daripada perkhidmatan tentera kerana penyakit serius, kemalangan atau tidak memenuhi kelayakan.
Jom kita lihat senarai pelakon Korea tersebut seperti berikut ini:
Jung Woo Sung
Pelakon veteren Jung Woo Sung tidak memenuhi keperluan pendidikan untuk perkhidmatan tentera. Bintang drama Korea Tell Me That You Love Me itu berhenti sekolah kerana masalah kewangan keluarganya.
Baca lagi: 11 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Makhluk Bukan Manusia dalam Kdrama 2023
Seo In Guk
Seo In Guk menyertai tentera pada 2017 tetapi hanya berkhidmat selama empat hari. Dia disahkan menghidap Osteochondritis dissecans, masalah kesihatan itu sendiri disebabkan oleh kerosakan tulang akibat kekurangan aliran darah.
Jo Jung Suk
Selepas kematian bapanya, ibu Jo Jung Suk bergantung sepenuhnya kepadanya. Bintang drama Korea Hospital Playlist menerima
pengecualian daripada perkhidmatan tentera atas sebab keluarga. Dia berhenti sekolah dan memperoleh wang sebagai pelakon muzikal.
Eun Ji Won
Rapper kumpulan KPop SECHSKIES, Eun Ji Won menghabiskan masa remajanya di Hawaii. Pendidikannya tidak diiktiraf apabila dia pulang ke Korea Selatan. Pelakon drama Korea Reply 1997 itu mendapat pengecualian daripada perkhidmatan tentera kerana tidak memenuhi syarat pendidikan.
Yoo Ah In
Sebelum dia terlibat dalam kes dadah, Yoo Ah In telah dibebaskan daripada perkhidmatan tentera kerana dia disahkan menghidap tumor tulang. Dia juga gagal dalam beberapa pemeriksaan perubatan pada 2017.
Park Hae Jin
Bintang drama Korea Cheese in the Trap, Park Hae Jin telah dibebaskan daripada perkhidmatan tentera pada tahun 2004 kerana dia disahkan mengalami gangguan mental, kemurungan dan fobia sosial. Tetapi pada 2021, dia dituduh cuba mengelak perkhidmatan tentera.
Bae Yong Joon
Bae Yong Joon yang popular membintangi drama Korea Winter Sonata kini aktif sebagai Pengerusi KeyEast Entertainment. Dia tidak layak untuk perkhidmatan tentera kerana masalah penglihatan dan dikecualikan daripada perkhidmatan tentera.
Ahn Hyo Seop
Walaupun dilahirkan di Korea Selatan, Ahn Hyo Seop berpindah ke Kanada ketika berusia tujuh tahun dan dibesarkan di sana. Dia memegang kewarganegaraan Kanada seperti ahli keluarganya. Akibatnya, Ahn Hyo Seop dibebaskan daripada perkhidmatan tentera.
Woo Hyun
Pelakon veteren dalam drama Korea Alchemy of Souls, Woo Hyun ialah seorang bekas aktivis. Dia menjalani hukuman penjara kerana menyertai Pergerakan Demokrasi Gwangju dan dikecualikan daripada perkhidmatan tentera atas sumbangannya kepada negara.
Baca juga: 12 Pelakon Korea Yang Diberi Jolokan “Sexy Villain” Dalam Drama Korea
Kim Woo Bin
Walaupun menghidapi kanser nasofaring pada 2017 dan berjaya menerima rawatan sehingga pulih, Kim Woo Bin secara rasmi telah menerima pengecualian daripada perkhidmatan tentera.
Jang Dong Gun
Pelakon Arthdal Chronicles Jang Dong Gun dikecualikan daripada perkhidmatan kerana dia mengalami pneumothorax dan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan.
Park Sang Min
Pelakon drama Possessed Park Sang Min mengalami patah ligamen lutut yang menyebabkannya secara fizikal tidak dapat berkhidmat dalam tentera.
Shin Hyun Joon
Seperti Bae Yong Joon, pelakon Marrying the Mafia Shin Hyun Joon juga mendapat pengecualian kerana tidak memenuhi syarat untuk penglihatan.
Baca lagi: 10 Pelakon Korea yang Kecap Populariti Selepas Muncul Sebagai Second Lead dalam Kdrama 2023
Lee Hee Joon
Pelakon Chimera Lee Hee Joon dikecualikan kerana kecederaan leher dan tiroid yang serius akibat kemalangan kereta, yang berlaku beberapa minggu sebelum pendaftarannya.
Jung Il Woo
Pelakon Good Job Jung Il Woo telah disahkan menghidap aneurisme serebrum pada 2016, dia kemudian dikecualikan daripada perkhidmatan tentera. Bagaimanapun, dia masih mendaftar dan diberhentikan pada 2018.