Home Artis Korea 9 Selebriti Wanita Ini Dianggap Melanggar Kriteria Kecantikan Korea Selatan

9 Selebriti Wanita Ini Dianggap Melanggar Kriteria Kecantikan Korea Selatan

0

Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang memiliki standard (kriteria) kecantikan yang sangat ketat.

Tubuh yang langsing, hidung yang mancung, double eyelids (kelopak mata berganda), kulit putih melepak, dan lain-lain kriteria adalah beberapa gambaran terhadap standard kecantikan yang diakui.

Namun, terdapat juga selebriti wanita yang berani tampil dengan keyakinan diri yang tinggi walau dianggap tidak memenuhi standard kecantikan tersebut. Walaupun pada awalnya mereka dipandang remeh, mereka tetap melangkah gagah, mencipta nama dan terus bersinar dalam industri hiburan Korea Selatan yang penuh mencabar.

Muncul dengan wajah asal semulajadi dan tidak mengikuti mana-mana standard kecantikan yang ada dan tampil dengan keyakinan diri yang tinggi, inilah 9 orang selebriti wanita yang disebut-sebut melanggar standard kecantikan di Korea Selatan.

 

53b6c47a 2968 48d1 9073 24647e4b26241. Penuh keberanian dan lain dari yang lain, selebriti wanita Amber Liu melawan standard kecantikan Korea melalui penampilannya yang boyish, tomboi, rambut pendek, dan tatu yang dicacah di tubuhnya

 

 

ac7e0317 568b 4dd2 a078 34d6a8e206fb2. Pernah dikutuk kerana tidak mempunyai double eyelids, selebriti wanita Kim Go Eun membuktikan pesonanya melalui mata monolid yang tajam dan memukau

 

 

247bb040 1750 4a80 867f 35c3a330eb173. Walau ramai bintang terkenal yang melakukan pembedahan hidung supaya nampak lebih mancung, selebriti wanita Doyeon dengan pesonanya telah memikat para peminat dengan hidungnya yang lebar dan tidak tinggi

 

 

3658eb1d d743 4a85 b89c 9582ae6443ad4. ‘Melanggar’ standard kecantikan korea yang menyanjung gigi yang rapi dan rata, Nayeon TWICE yakin dengan kecantikan dirinya dengan bentuk giginya yang membuatkan dia nampak lebih ceria dan muda

Baca lagi: 5 Selebriti Wanita Teratas Yang Menjadi Kegilaan Peminat Wanita Korea Selatan

 

b67219e4 4bf6 458b a371 7c2b1c8a81775. Mempunyai warna kulit yang eksotik telah membuatkan banyak mata tertumpu pada penampilan Hyolyn dalam dunia hiburan Korea Selatan

 

 

3ca76fde b7a3 497a 9bb3 1b7663c565e4
6. Kehadiran Jennie BLACKPINK dengan wajah bulat, dagu pendek, dan pipi tembam, ‘melanggar’ standard v-line yang diidamkan oleh ramai orang!

 

 

fb51bc4b 89c2 4e45 b55e 1340d6f6426d

7. Dengan kulit coklat dan tubuh berisi, Hwasa Mamamoo melawan standard badan kurus ramping dan kulit putih melepak yang dipuja-puja di Korea Selatan

 

 

ad00a4ef 642b 4813 8bb3 4c5ab42673f78. Wajah mungil dan pipi tirus sangat dipuja di Korea Selatan. Namun, Sunmi tetap anggun walau wajahnya adalah berbentuk lonjong dan panjang

 

 

Selebriti wanita9. Seulgi juga berani tampil menawan dengan kelopak mata monolid dan runcing yang melawan standard kecantikan kelopak mata berganda di Korea Selatan

Memiliki rupa paras dan bentuk badan yang berbeza dengan standard kecantikan yang sudah diikuti secara meluas sebelum ini membuatkan kehadiran para selebriti ini memberi inspirasi kepada para gadis dan wanita lain di Korea terutamanya. Mereka tetap tampil dengan keyakinan diri dan berpuas hati dengan wajah dan tubuh yang mereka miliki. Walaupun tampil berbeza, kecantikan mereka tetap terserlah bukan?

Baca lagi: SBS Drama Awards 2023 Menyaksikan Taxi Driver 2 Menggondol Banyak Anugerah
Baca juga: 14 Artis Korea Paling Laris Pada Tahun 2023