Banyak filem Korea Selatan telah ditayangkan dan mendapat berjaya perhatian pada tahun 2023. Para pelakon senior pastinya sudah mempunyai nama besar dalam industri filem dan ramai juga pelakon senior yang terlibat dengan projek-projek baru.
Tahun 2023 juga menyaksikan para pelakon baru mula bertapak dan mencipta nama mereka dalam dunia perfileman Korea Selatan. Walaupun begitu, ada diantara pelakon baru tersebut sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan Korea Selatan dalam bidang selain lakonan filem.
Contohnya Kim Seon Ho yang sudah dikenali secara meluas oleh para peminat drama Korea dan pada tahun 2023, pelakon ini berjaya debut dalam filem layar perak.
Bersama dengan Kim Seon Ho, berikut ini adalah senarai pelakon yang baru membuat kemunculan di layar perak pada tahun 2023.
1. Nam Yoon Soo membawa watak pembantu dalam filem Soulmate sebagai Ki Hoon. Dia adalah teman lelaki kepada Mi So (Kim Da Mi) yang merupakan anggota kumpulan muzik
2. Lee Shin Young memulakan kerjaya di layar perak dengan membawa watak sebagai Ki Bum, pemain bola keranjang yang genius yang cuba bangkit dalam filem Rebound
3. Kim Taek membawa watak sebagai pemain bola keranjang yang bernama Sun Gyu dalam filem Rebound. Ini adalah filem pertama dan karya kedua yang dibintanginya selepas debut dalam dunia seni pada tahun 2021
3. Berbeza pula dengan Jung Gun Joo yang memang selalu berlakon dalam drama Korea, tetapi baru sahaja berpeluang membuat kemunculan pertama di layar perak sebagai Kang Ho dalam filem Rebound pada tahun 2023
5. Rebound adalah filem feature pertama Kim Min selepas beberapa kali muncul dalam filem pendek. Dia membawa watak sebagai Jae Yoon
6. Kemunculan Kim Seon Ho dalam The Childe sangat dinanti-nantikan. Filem ini bukan sahaja merupakan filem pertamanya, ini adalah kemunculan pertama Kim Seon Ho selepas bersih dari skandal yang pernah mencemarkan namanya
7. Filem The Childe juga merupakan filem pertama Kang Tae Joo. Dia membawa watak sebagai Marco yang terlibat dengan kejadian berbahaya selepas tiba di Korea Selatan
8. Pernah membintangi filem Netflix, Lee Jun Young debut di layar perak melalui filem Brave Citizen dengan membawa watak sebagai pelajar kaki buli iaitu Han Su Gang
Para pelakon lelaki yang tersenarai di atas telah berjaya melebarkan sayap mereka dengan membuat kemunculan pertama di layar perak pada tahun 2023. Nampaknya Kim Seon Ho akan kembali beraksi melalui filem The Tyrant. Nantikan karya baru mereka ini ya!