Home Movie 10 Filem Aksi Komedi Korea Paling Laris, Penuh Komedi

10 Filem Aksi Komedi Korea Paling Laris, Penuh Komedi

0

Filem aksi komedi Korea memang sangat disukai oleh ramai peminat filem. Genre aksi komedi biasanya sangat menghiburkan dan pada masa yang sama sangat mendebarkan.

Berikut ini adalah 10 filem aksi komedi Korea paling laris sepanjang zaman di Korea Selatan!

 

10. Hitman: Agent Jun (2020)

872a902c 3915 43ba 9a2d 1893d7799d56Filem aksi komedi Korea ini berjaya meraih USD15 juta dengan 2.4 juta penonton domestik. Hitman: Agent Jun mengisahkan tentang Jun (Kwon Sang-woo), seorang ejen rahsia yang memalsukan kematiannya kerana ingin menjadi penulis webtoon. Dia berjaya hidup normal dan berkeluarga, tetapi kariernya sebagai artis webtoon gagal kerana karyanya tidak pernah laku.

Kerana sangat kesal, dia mabuk teruk dan secara tidak sedar dia menulis dan berkongsi cerita tentang pengalamannya menjadi ejen rahsia negara. Webtoonnya laris dibaca. Masalahnya adalah isi kandungan webtoon itu banyak mengungkap rahsia negara dan Jun mula ditimpa masalah.

 

9. The Accidental Detective 2: In Action (2018)

be901790 2e89 4069 a6c3 f282255dc72eFilem aksi komedi korea yang merupakan sekuel ini berjaya menarik 3.1 juta orang penonton, dengan untung mencapai USD20 juta. Filem pertama juga berjaya dengan 2.6 juta penonton. The Accidental Detective 2: In Action dibintangi oleh Kwon Sang-woo, kali ini sebagai Dae-man, seorang penjaga kedai buku. Bersama detektif jenayah legenda Tae-su, (Sung Dong-il), dia menubuhkan perkhidmatan detektif berbayar.

Selepas berkali-kali menerima kes remeh, mereka akhirnya mendapat tawaran untuk menyiasat kematian seorang lelaki dengan bayaran yang mahal. Mereka merekrut Yeochi (Lee Kwang-soo) yang genius dan merupakan pakar teknologi untuk bekerja sama menyelesaikan kes ini.

 

8. Midnight Runners (2017)

a5f577a1 5396 40aa 9981 67bdd3f9f36eFilem aksi komedi Korea ini ditonton oleh 5.6 juta orang di pasaran domestik, dan memperoleh pendapatan hingga USD33 juta.
Midnight Runners menceritakan tentang dua orang kadet polis iaitu Park Ki-joon (Park Seo-joon) dan Kang Hee-yeol (Kang Ha-neul) yang baru sahaja pulang dari kelab malam. Kedua-duanya terlibat dengan kes yang menyaksikan mereka melawan organisasi pemerdagangan manusia.

 

7. Secretly, Greatly (2013)

20468512 a707 497b 88f3 ea5006849290Filem aksi komedi Korea ini menarik 6.95 juta penonton di pasaran domestik. Berjaya mendapat USD37 juta. Secretly, Greatly mengisahkan tentang tiga orang ejen rahsia Korea Utara yang menyamar dan tinggal di kawasan perumahan di Korea Selatan. Salah seorang dari mereka adalah Rhee Hae-jin (Lee Hyun-woo) yang menyamar sebagai pelajar sekolah.

Dua yang lain adalah Won Ryu-hwan (Kim Soo-hyun) yang menjadi orang kurang upaya mental dan Rhee Hae-rang (Park Ki-woong) yang pura-pura menjadi penyanyi. Ketiga-tiga mereka ditempatkan di negara musuh dan perlu beradaptasi dengan penduduk sekitar sambil menunggu perintah seterusnya.

 

6. Luck Key (2016)

ce0540d8 cfb0 4c3c bcd6 8659dd8e3a9eFilem aksi komedi Korea Lucky Key berjaya menarik 6.97 juta penonton di pawagam Korea Selatan. Mencatat keuntungan sebanyak USD43 juta. Seorang pelakon yang miskin bernama Jae-sung (Lee Joon) mencuri identitinya seorang lelaki misteri dan mereka saling bertukar kehidupan. Jae-sung mengetahui bahawa dia perlu membunuh seorang wanita bernama Eun-joo (Lim Ji-yeon). Namun akhirnya, dia jatuh cinta pada wanita itu.

 

5. Confidential Assignment (2017)

cce63619 3e60 4061 9905 4ef84688bc6bFilem aksi komedi Korea ini ditonton hingga 7.8 juta orang penonton di pawagam Korea. Mendapat keuntungan sebanyak USD48 juta.
Filem sekuelnya juga berjaya dengan 6.9 juta penonton. Confidential Assignment adalah filem aksi tentang detektif Im Chul-ryung (Hyun Bin) dari Korea Utara yang dihantar ke Korea Selatan untuk menangkap ketua penjenayah. Dia perlu bekerja sama dengan detektif tempatan Kang Jin-tae (Yoo Hae-jin) untuk menangkap penjahat tersebut. Park Min-young adalah saudara ipar Jin-tae.

 

4. Exit (2019)

2fa8a5bd 2c1c 4982 b000 3ff418c4baecFilem Korea ini ditonton oleh 9.4 juta orang penonton di pasaran tempatan. Filem ini berjaya mendapat keuntungan sebanyak USD60 juta. Exit mengisahkan tentang Lee Yong-nam (Jo Jung-suk), yang ingin meraikan ulang tahun ibunya di sebuah restoran.
Sayangnya, terjadi bencana yang membuatkan Yong-nam perlu memanjat bangunan tinggi untuk menyelamatkan semua orang.

 

3. The Thieves (2012)

d8de1f40 99d9 4155 8ea3 e9538793e89f

Filem Korea aksi komedi legenda ini berjaya meraih 12.9 juta penonton domestik, dengan pendapatan mencapai USD70 juta. The Thieves adalah filem aksi rompakan dan penipuan. Watak-watak utama adalah sekumpulan pencuri profesional yang mendapat tugas untuk mencuri berlian berharga puluhan juta dolar dari tangan gangster Cina.

 

2. Veteran (2015)

Filem aksi komedi korea
Veteran berjaya mengumpulkan 13.4 juta penonton dan pendapatan sebanyak USD80 juta. Veteran menceritakan tentang detektif Do-cheol (Hwang Jung-min), yang ingin menumbangkan penjahat muda Tae-oh (Yoo Ah-in) yang selalu merasuah polis.

 

1. Extreme Job (2019)

Filem aksi komediExtreme Job berjaya meraih 16.2 juta orang penonton di Korea Selatan, dengan pendapatan sebanyak USD106 juta.
Filem ini menceritakan tentang sekumpulan detektif yang menyamar menjadi pengusaha restoran ayam goreng untuk membongkar kes dadah. Namun tiba-tiba resepi ayam goreng mereka disukai dan restoran mereka menjadi tumpuan ramai pengunjung. Filem ini dibintangi oleh Ryu Seung-ryong, Lee Hanee, Jin Seon-kyu, Lee Dong-hwi, dan Gong Myung.

Sudahkah anda menonton filem-filem aksi hebat dengan selitan komedi yang menghiburkan ini? Jika anda masih belum berkesempatan menonton filem-filem ini, ambil masa anda dan nikmati filem ini bersama keluarga! Pasti anda tidak akan menyesal!

Baca lagi: 19 Drama Korea Adaptasi Webtoon, Dari Penghujung Tahun 2023 hingga 2024
Baca juga: Hanya Enam Filem Korea Ini Untung Besar di Pawagam Sepanjang Tahun 2023