Home Artis Korea Meleleh Air Liur, 7 Hidangan Korea Menyelerakan Ini Sering Muncul dalam Kdrama

Meleleh Air Liur, 7 Hidangan Korea Menyelerakan Ini Sering Muncul dalam Kdrama

0

Rasa enak, pedas, dan manis makanan Korea memang mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu mencuri perhatian para penonton Kdrama.

Drama Korea selalu dihiasi dengan adegan makan-makan dan hidangan yang ditampilkan dalam setiap babak selalunya kelihatan sangat menyelerakan.

Berikut ini merupakan beberapa hidangan Korea yang enak dan menyelerakan yang selalu ditonjolkan dalam drama-drama Korea!

 

1. Jjigae

KoreaJjigae adalah sejenis hidangan Korea berupa sup yang biasanya dibuat dari kimchi. Sup tauhu memiliki versi yang tidak pedas, namun mempunyai nama yang berbeza dari Jjigae. Makanan ini pernah muncul dalam drama popular “Itaewon Class” ketika Park Saeroi (Park Seo Joon) dan pasukannya pergi makan bersama. Jjigae adalah hidangan yang sangat umum di Korea dan dapat ditemui dengan sangat mudah di restoran. Untuk memasaknya di rumah mungkin sukar dilakukan kerana periuk masakannya yang unik.

 

2. Tteokbokki

2fb71a8d 42db 4ca1 81be b8de1624560bTteokbokki, atau kek beras adalah hidangan Korea yang memang popular. Makanan ini juga telah muncul dalam pelbagai drama Korea, seperti dalam “Squid Game”, ketika Seong Ki Hoon (Lee Jung Jae) menawarkan anaknya beberapa tteokbokki untuk hari lahirnya. Tteokbokki boleh dijadikan makanan lengkap atau hanya sekadar kudapan sederhana, dan dapat ditemui di Pochas, kedai makanan kaki lima yang popular dan sering dikunjungi. Tteokbokki biasanya disajikan dengan sos pedas, namun beberapa tempat buffet di Korea menawarkan berbagai-bagai pilihan seperti sos kacang hitam, sos krim, dan banyak lagi.

 

3. Korean BBQ

5e0ee7f1 c3f7 43d6 9ce4 031d688ec007Korean BBQ disediakan dalam hidangan daging lembu,ayam dan paling popular di Korea adalah daging khinzir. Walau orang Korea lebih suka menikmati BBQ khinzir, namun BBQ daging lembu adalah yang terbaik. Banyak drama Korea memaparkan adegan BBQ, contohnya selepas habis waktu kerja, rakan-rakan sekerja suka makan dan minum di tempat BBQ. Ada juga adegan BBQ dalam drama “It’s Okay To Not Be Okay” sewaktu Ko Moon Young (Seo Yae Ji) dan Moon Gang Tae (Kim Soo Hyun) pergi makan malam bersama.

 

4. Naengmyeon

6edcdf65 7946 4e18 9fca 54d79c4c4dcaPernahkah kamu mendengar tentang Naengmyeon sebelum ini? Makanan ini adalah berasaskan mee yang dapat dimakan sepanjang tahun. Naengmyeon terdiri dari mee yang dibuat dari tepung dan pati dari sayuran, dan direndam dalam air sejuk.
Makanan ini sangat disukai pada waktu musim panas kerana menyegarkan dan mengenyangkan. Walau tidak sepopular ramyeon di luar negara, namun makanan ini tidak kurang hebatnya, seperti yang boleh kita lihat dalam “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo”.

 

5. Jajangmyeon

Hidangan koreaJajangmyeon berasal dari Cina, tetapi sekarang dianggap sebagai makanan dan hidangan Korea apabila ramai orang Korea yang menyukainya. Makanan ini juga terdiri dari mee, namun kali ini dicampur dengan pes kacang hitam.

Rasanya yang sedikit manis membuatkan rasanya sangat unik berbanding masakan mee yang lain. Jajangmyeon juga sangat mudah ditemui di seluruh negara Korea, serta murah dan enak. Makanan ini sering muncul dalam berbagai-bagai drama, salah satunya dalam “Lies Hidden In My Garden”.

 

6. Kimbab

e58c6c3b 2a2e 4e75 8d38 882c3be990d0Kimbab adalah salah satu makanan dan hidangan Korea paling popular yang boleh ditemui di restoran dan juga gerai-gerai tepi jalan. Kimbap terdiri dari roti gulung kecil yang dibuat dari nasi, rumpai laut, dan sayur-sayuran. Kimbap juga merupakan salah satu makanan paling popular di Korea yang mengenyangkan dan lazat. Dalam “Extraordinary Attorney Woo”, kimbab menjadi makanan kegemaran Woo Young Woo (Park Eun Bin) yang membuatkan makanan ini menjadi kegilaan.

 

7. Ayam Goreng

55f3514b 408c 4246 8d7e 6882bed6d6f5Ayam goreng menjadi makanan pilihan sewaktu perjumpaan beramai-ramai kerana mudah disediakan dan tersedia dalam banyak perrasa pilihan. Ayam goreng merupakan hidangan Korea yang sangat popular sehingga tercipta kombinasi makanan dan minuman, Chi Maek, Chicken-Maekju, iaitu ayam dan minumar keras, bir. Orang Korea menjamu Chi Maek di Taman Sungai Han Gang, yang merupakan tempat melepak popular di malam hari, terutama sewaktu musim panas dalam cuaca yang hangat dan menyenangkan.

Anda juga boleh melihat ayam goreng dalam banyak drama, seperti “All Of Us Are Dead”, dimana Ibu Lee Cheon Sang (Yoon Chan Young) mempunyai restoran ayam goreng yang diberi nama seperti nama anak lelakinya.

Demikian sahaja tujuh makanan dan hidangan Korea yang paling enak yang selalu muncul dalam drama Korea. Mengiurkan bukan? Anda suka makan yang mana satu?
Baca lagi: 10 Filem Aksi Komedi Korea Paling Laris, Penuh Komedi
Baca juga: Bintang Welcome to Waikiki, Kang Kyung Joon Dituduh Curang dengan Isteri Orang?