Home Artis Korea Respect dan Mengagumkan, 10 Bintang Kpop Ini Tidak Mengambil Minumam Keras

Respect dan Mengagumkan, 10 Bintang Kpop Ini Tidak Mengambil Minumam Keras

0

Budaya minum minuman keras di Korea memang sudah menjadi perkara biasa yang sudah jadi darah daging dalam masyarakat Korea. Seperti yang kita lihat dalam drama-drama Korea, selalu ada adegan yang menampilkan hoesik, aktiviti berkumpul bersama sahabat atau rakan sekerja sambil makan dan minum alkohol di Korea. Minuman alkohol adalah perkara biasa dalam kehidupan mereka.

Namun ternyata, ada ramai bintang Kpop yang memutuskan untuk berhenti dan tidak minum minuman keras kerana pelbagai sebab.

 

a76398b5 8bfd 4b36 a916 2614862257c3
1. Hwang Minhyun adalah bintang Kpop yang terkenal. Bintang Kpop yang juga membintangi drama ALCHEMY OF SOULS ini memilih untuk tidak minum alkohol. Dia mengaku hanya pernah minum sebanyak 3 kali alkohol dalam masa setahun sewaktu menghadiri acara makan malam syarikat.

 

d6e91829 474f 4582 ade1 cb54fb569522
2. Bintang Kpop lain yang tidak minum alkohol adalah Kai EXO. Dia mengaku tidak sukakan rasanya dan lebih suka menghabiskan malam hari di rumah daripada melepak dan berparti.

 

536fd74f 5005 41e1 9536 618fab44f7e7
3. Anggota kumpulan Super Junior, Lee Donghae juga dikenali sebagai bintang idol Kpop yang tidak pernah minum minuman keras. Bukan kerana sebab kesihatan, tetapi dia memegang janji pada ayahnya untuk tidak meminum minuman alkohol.

 

c799aeec 3e14 44ce b61c 4bbd034c022c
4. Minhyuk Monsta X memang tidak pandai meminum minuman keras kerana dia mudah mabuk. Sebab itulah dia memutuskan untuk tidak mengambil minuman alkohol.

 

6071a8dd 3c61 498f 8299 7142bf5855fb
5. Lee Jinhyuk UP10TION merupakan salah seorang bintang Kpop yang tidak minum alkohol kerana sebab kesihatan. Bintang idol yang juga merupakan pelakon ini dilahirkan dengan penyakit jantung yang membuat perlu bebas dari alkohol, rokok, dan juga kafein.

 

15fb93f6 3db1 47a2 98fe e88fdbe327d8
6. Dikenali sebagai bintang idol Kpop yang hidup sihat dan mempunyai tubuh berotot, memang masuk akal jika Wonho bekas anggota Monsta X tidak meminum minuman alkohol. Dia juga bimbang kalau-kalau dia membuat kesalahan dan menyakiti orang lain apabila mendapat kesan mabuk.

 

b1533407 ec85 4e60 933c 4e6f991bf6e5
7. Bukan rahsia bahawa Woozi SEVENTEEN juga tidak pandai minum minuman keras. Dalam tayangan SVT Club pernah disebutkan bahawa dia mempunyai reaksi alergik terhadap alkohol. Waktu SEVENTEEN bersantai dalam drinking games, S.Coups yang akan menggantikan Woozi minum.

 

34949fed 5bbd 479c 87df ca8243fd7fa1
8. Bagi Baekho NUEST kesihatan adalah segala-galanya. Daripada meminum alkohol dan merosakkan usaha kerasnya yang sudah bersenam mati-matian, dia memilih Coke Zero sebagai minuman gantian sewaktu berkumpul bersama kawan-kawannya.

 

0a7f25bb 7647 4e59 890d dec0ce713e63

9. Bang Chan Stray Kids merupakan salah seorang anggota kumpulan yang hingga kini belum pernah minum alkohol sejak janji mereka di awal debut terpatri. Dia belum menyentuh dan membuka botol gin hadiah dari Ryan Reynolds hingga sekarang. Hebat!

 

77fbe47f 517d 4a76 be82 afb6ee45ba65
10. Rocky ASTRO juga memilih untuk tidak minum minuman kerasa. Bintang ini lebih memilih minuman bersoda yang menyegarkan selepas penat bekerja seharian.

Jauhi perkara-perkara memudaratkan dan merosakkan sistem tubuh badan anda! Sungguh luar biasa anak-anak muda bintang Kpop ini kerana mereka berjaya menahan godaan daripada meminum minuman keras yang merupakan kebiasaan dalam masyarakat mereka. Semoga terus maju jaya ya!

Baca lagi: Welcome To Samdalri, Semakin Menarik Perhatian, Raih Rating Tinggi
Baca juga: 9 Bintang KPop Yang Mempunyai Agensi Sendiri, Terkini Jennie BLACKPINK