Home Artis Korea 4 Filem dan Drama Korea ini Mendapat Kritikan Buruk, Dianggap Paling Teruk

4 Filem dan Drama Korea ini Mendapat Kritikan Buruk, Dianggap Paling Teruk

0

Para pelakon berstatus bintang dan mempunyai jutaan peminat tidak menjamin kejayaan sesebuah filem dan drama jika plot yang dipaparkan dan lakonan yang dipersembahkan tidak mencapai harapan penonton dan peminat.

Filem dan drama yang menarik biasanya mampu membawa penonton masuk ke dalam jalan cerita, menghayati sama setiap konflik dan kebahagiaan yang dirasai oleh setiap watak, hingga para penonton bersemangat untuk menonton pengakhira hujung cerita.

Selain itu, minat penonton terhadap sesebuah filem dan drama boleh dilihat semasa 10 minit pertama tayangan, atau paling tidak selepas tamat episod kedua. Jika mengecewakan, penonton akan terus meninggalkan tayangan tersebut walau dibintangi oleh artis-artis popular yang diminati sekalipun.

Berikut ini adalah 3 filem dan 1 drama Korea yang mendapat ulasan buruk oleh para pengkritik dan juga para peminat.

 

Real (2017)

Filem dan dramaReal merupakan antara filem paling teruk yang dibintangi oleh Kim Soo Hyun. Siapa sangka Kim Soo Hyun juga gagal menyelamatkan filem tersebut dalam karier gemilangnya sebagai seorang pelakon.

Ironinya, filem Real dianggap sebagai salah sebuah filem korea terburuk dalam sejarah. Dengan anggaran kos produksi sebanyak 11.5 billion won, Real sangat mengecewakan penonton.

 

V.I.P (2017)

FilemFilem V.I.P menampilkan pelakon-pelakon bertaraf bintang termasuk Jang Dong Gun, Kim Myung Min, Park Hee Soon, dan Lee Jung Suk. Namun, V.I.P mendapat kritikan teruk kerana gambaran watak Lee Jung Suk sebagai seorang yang misoginis atau mempunyai sikap kebencian terhadap wanita secara melampau.

Filem ini juga menampilkan adegan gangguan dan serangan seksual terhadap wanita yang sangat tidak beradab. Lebih teruk lagi, VIP mengundang kemarahan orang ramai kerana telah mengambil sembilan orang pelakon wanita muda pendatang baru hanya untuk membawa watak sebagai mayat wanita tanpa seurat benang.

 

Sisyphus: The Myth (2021)

DramaDrama Korea ini dibintangi oleh duo hebat bagi Kdrama iaitu Park Shin Hye dan Jo Seung Woo, dengan anggaran kos produksi sebanyak 22 juta USD.

Dengan anggaran kos sebesar itu, sayangnya drama Sisyphus: The Myth dianggap sebagai Kdrama paling teruk untuk tahun 2021. Kegagalan ini berpunca dari skrip yang kurang memuaskan, watak pembantu yang lemah, CGI yang dibuat sangat buruk, dan juga lakonan Park Shin Hye yang sangat membosankan.

 

Illang: The Wolf Brigade (2018)

c9b7d6d1 29b0 46f1 a6cd 3787221bad3cFilem Illang: The Wolf Brigade diadaptasi dari anime Jin-Roh. Filem ini sangat diharapkan dapat memecahkan Box Office untuk pawagam Korea Selatan pada waktu tayangannya Namun, filem tersebut dihentikan tayangan di pawagam hanya dalam masa tiga minggu sahaja, dengan jumlah penonton sekitar 897,000 orang sahaja.

Ini merupakan hasil yang menyedihkan untuk sebuah produksi yang digarap oleh pengarah terkenal, Kim Jee Woon, dan dua pelakon bertaraf bintang iaitu Kang Dong Won dan Han Hyo Joo.

Tidak sangka bukan? Drama dan filem-filem ini mendapat sambutan buruk dan kritikan yang sangat teruk di Korea Selatan. Memang benarlah bahawa pelakon popular dan terbaik pun tidak akan dapat menyelamatkan karya-karya yang tidak memuaskan hati penonton!

Baca lagi: Penampilan 3 Pelakon Lelaki ini Paling Dinantikan dalam Kdrama 2024, Peminat Dah Tak Sabar
Baca juga: 6 Kdrama Misteri Thriller ini Menonjolkan Watak Unik Adik Beradik, Kisah Jenayah Licik