Home Artis Korea Para Pelakon Flex X Cop Beri 100% Komitmen Untuk Drama ini, Ada...

Para Pelakon Flex X Cop Beri 100% Komitmen Untuk Drama ini, Ada yang Bersenam dan Masuk Kelas Bela Diri

0
Flex x cop

Drama yang menyaksikan kemunculan Ahn Bo Hyun dan Park Ji Hyun ini telah ditayangkan pada 26 Januari 2024. Bertajuk Flex X Cop, drama ini nampaknya berjaya menarik perhatian ramai.

Melalui sebuah sesi sidang media pada 24 Januari 2024, para pelakon yang membintangi Flex X Cop berkongsi pengorbanan dan usaha mereka untuk menjayakan adegan aksi dan pertarungan. Ahn Bo Hyun, Park Ji Hyun, dan Kang Sang Joon juga terpaksa menambahkan berat badan mereka.

 

1. Ahn Bo Hyun banyak melakonkan adegan aksi sendiri

Flex x copAhn Bo Hyun mengatakan bahawa dia melakukan adegan aksi dalam drama Flex X Cop (2024) tanpa pelakon pengganti (stunt man). Keputusannya itu disokong oleh pengarah koreografi aksi yang sudah bekerja sama dengan Ahn Bo Hyun sebanyak empat kali.

“Saya rasa saya beruntung kerana pengarah koreografi aksi dalam drama ini adalah orang yang sudah pernah bekerja dengan saya sebanyak empat kali,” kata Ahn Bo Hyun.

“Jadi dia tahu bagaimana kekuatan saya dan dia yang mereka semua koreografi aksi sendiri. Dia mencadangkan supaya saya melakukannya sendiri (tanpa pelakon pengganti) dan saya puas hati dengan adegan aksi tersebut,” tambahnya.

 

2. Park Ji Hyun menyertai kelas pertarungan kerana dia membawa watak pakar pertarungan

9574043b 8c89 40dd ae18 ad3dfb416abfBerbeza dengan Ahn Bo Hyun, Flex X Cop adalah drama pertama yang memerlukan Park Ji Hyun melakonkan babak-babak aksi dan pertarungan. Dia perlu mengikuti menyertai kelas pertarungan dan seni bela diri untuk memastukan penampilan karakter Lee Gang Hyun berjaya.

“Jadi ini adalah pertama kali saya melakukan banyak adegan pertarungan. Saya menghadiri kelas pertarungan kerana perlu membawa karakter yang mahir bertarung, jadi saya perlu menunjukkan adegan aksi yang memukau” cerita Park Ji Hyun.

Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1994 itu menambah, “saya juga perlu menampilkan ekspresi wajah yang sempurna dan menampilkan sisi yang berkarisma. Jadi saya banyak melakukan research.”

 

 

3. Kim Shin Bi jogging untuk menjaga stamina sewaktu membawa watak polis

2d0a1f5b 7af0 4eb3 ac8e 457ef34f57b4Kim Shin Bi juga menceritakan tentang usahanya mendalami karakter polis generasi Z bernama Choi Kyeong Jin. Demi menjaga stamina, Kim Shin Bi melakukan rutin berlari (jogging).

“Kerana saya juga memebawa watak polis, sebelum penggambaran dimulakan, saya jogging untuk meningkatkan daya ketahahan,” jelasnya.

Pelakon yang mencuri perhatian melalui watak Akkwi dalam drama Revenant ini juga berusaha menunjukkan watak generasi Z yang jujur. Penonton boleh melihat keserasian antara Choi Kyeong Jin dan rakan pasukannya dalam Flex X Cop.

 

4. Park Ji Hyun dianggap terlalu kurus sehingga perlu menambah berat badan sebanyak 7 kg

521c42b6 09ca 4a40 8c7b e311f2a54b88Demi membawa karakter Lee Gang Hyun dalam Flex X Cop, Park Ji Hyun juga perlu menambah berat badan. Menurut pengarah Kim Jae Hong dan penulis Kim Ba Da, dia terlalu kurus sebagai polis.

“Saya perlu menambah berat badan. Saya membawa karakter polis wanita, tetapi pengarah Kim dan penulis mengatakan saya terlalu kurus untuk watak itu. Jadi, berat badan saya naik sebanyak 7 kg,” jelasnya.

Walau sudah menambah berat badan sebanyak 7 kg, ternyata perbezaan itu tidak kelihatan dengan jelas di depan skrin kerana wajah Park Ji Hyun masih tampak tirus.

“Ketika berat badan saya bertambah, biasanya wajah saya tidak berubah. Tidak kelihatan dari wajah saya (jika saya lebih berisi). Namun, jika anda menyaksikan ketika pertama kali saya memulakan penggambaran hingga penggambaran terakhir, berat badann saya yang bertambah akan kelihatan,” kata Park Ji Hyun.

 

5. Kang Sang Joon tambah 12 kg berat badan untuk mengangkat Ahn Bo Hyun tanpa alat bantuan

3dc000ea 0151 4736 aa66 126e5a3f38a3Cerita menarik juga disampaikan oleh Kang Sang Joon. Demi melakonkan salah satu adegan dalam drama ini, dia sanggup menambah berat badan sampai 12 kg.

“Saya juga menambah berat badan sekitar 10 hingga 12 kg. Jadi saya adalah anggota kumpulan penyiasatan jenayah yang perlu melindungi pasukan,” kata pelakon yang membawa watak Park Joon Young itu.

“Saya perlu muncul dengan tubuh dan bahu tegap. Jadi saya ingin menjadi seperti Ahn Bo Hyun,” tambahnya.

Menurut pelakon ini lagi, Ahn Bo Hyun adalah contoh standard berat badan yang perlu dimilikinya, bahkan berat badannya sewaktu penggambaran mencapai 80 kg.

“Ketika berat badan saya mencapai 80 kg, saya boleh mengangkat dia (Ahn Bo Hyun). Jadi saya tidak perlu menggunakan bantuan tali, tetapi boleh mengangkatnya dengan tenaga saya sendiri. Jadi saya menambah banyak berat badan,” kata Kang Sang Joon.

Usaha para pelakon untuk melakonkan adegan pertarungan dalam drama Flex X Cop (2024) patut kita hargai. Sudahkah anda menonton 2 episod perdana yang baru sahaja ditayangkan?

Baca lagi: 5 Drama Korea Angkat Kisah Body Shaming, Padat Pengajaran
Baca juga: Senarai Pelakon Utama yang Membintangi Flex X Cop, Kdrama Terbaru 24 Januari Ini