Kim Tae Hoon merupakan salah seorang pelakon drama My Demon (2023). Dalam drama ini dia membawa watak villain yang sanggup membunuh ibunya sendiri. Bahkan dia juga cuba membunuh Kim Yoo Jung.
Bukan hanya itu, dia membuat anak kandungnya menjadi kambing hitam dan akhirnya bunuh diri di dalam penjara.
Berikut ini adalah beberapa buah drama Korea yang dibintangi oleh Kim Tae Hoon.
1. Kim Tae-hoon adalah guru sekolah jahat dan melakukan serangan seksual terhadap pelajarnya dalam drama Angry Mom (2015)
2. Dalam drama This is My Love (2015), Kim Tae-hoon adalah bekas pemain besbol yang mlepaskan impiannya kerana kemalangan. Dia juga adalah suami Kim Sa Rang
3. Dalam drama One More Happy Ending (2016), Kim Tae-hoon membawa watak sebagai suami Yoo Da In. Hubungan perkahwinan mereka berdua sangat rumit
4. Kim Tae-hoon adalah doktor yang disukai oleh Kim Hyun Joo dalam drama Fantastic (2016). Dia menghidap kanser selama 5 tahun
5. Membawa genre aksi dan thiller, Kim Tae-hoon membawa watak sebagai pendakwa raya dalam drama The Guardians (2017). Dia bergandingan dengan Lee Si Young dan Kim Young Kwang
6. Kim Tae-hoon adalah doktor neurologi terbaik dalam drama Hold Me Tight (2018). Dia kehilangan isterinya kerana ketumbuhan otak
7. Menjadi CEO Deo Hotel, Kim Tae Hoon sangat prihatin tentang Kim Sun A dalam drama Secret Boutique (2019), merupakan pasangan suami isteri
8. Dalam drama Kingdom 2 (2020), Kim Tae-hoon adalah orang yang melakukan perjalanan ke selatan bersama Ryu Seung Ryong
9. Kim Tae-hoon membawa watak sebagai suami Choo Ja Hyun dalam drama My Unfamiliar Family (2020). Dia mempunyai rahsia tersembunyi
10. Sebelum drama My Demon (2023), Kim Tae Hoon menjadi guru balet Song Kang dalam drama Navillera (2021). Dia adalah pemilik studio balet
11. Turut membintangi drama My Dearest (2023), Kim Tae Hoon adalah anggota keluarga diraja yang kerap mengutamakan kepentingan rakyat jelata
12. Kim Tae Hoon adalah detektif polis yang disyaki oleh Lee Sung Min sebagai dalang pembunuhan dalam drama Shadow Detective (2022)
13. Dalam drama Queenmaker (2023), Kim Tae Hoon membawa watak sebagai bekas suami Kim Hee Ae
14. Dalam drama My Demon (2023), Kim Tae Hoon adalah dalang pembunuh ibunya sendiri dan juga Kim Yoo Jung. Wataknya seperti iblis bertopengkan manusia
Kim Tae Hoon memulakan kerjaya lakonannya sejak tahun 2002. Semenjak berkecimpung dalam dunia seni, dia selalu membintangi banyak drama dan filem Korea. Pelakon yang berusia 48 tahun ini kembali membintangi drama Korea yang bertajuk My Demon yang mendapat sambutan hangat semasa penayangannya.