Industri perfileman Korea Selatan tidak pernah kehabisan idea untuk menghasilkan cerita-cerita baru yang sememangnya menarik perhatian ramai. Setiap tahun pasti ada filem dengan warna baru yang menghiasi pawagam-pawagam mereka. Walaupun terdapat filem jenis sekuel, filem-filem ini juga berjaya menyajikan nafas segar dan jalan cerita dengan idea baru yang membuatkan penonton tertarik untuk menyaksikan sambungan kisah filem-filem tersebut.
Walaupun kehadiran filem-filem baru telah memeriahkan lagi industri filem Kotea, kebanyakan filem Korea lama yang dihasilkan pada tahun-tahun sebelum ini juga tidak kurang hebatnya dengan filem terbaru tahun ini. Contohnya tujuh buah filem Korea yang ditayangkan pada tahun 2014 berikut ini.
Pernah muncul sebagai antara filem paling laris pada tahun filem-filem tersebut ditayangkan, tujuh filem ini masih lagi sesuai untuk ditonton walaupun filem-filem ini sudah ke udara 1 dekad yang lalu!
1. Bukan hanya untuk tahun 2014, The Admiral: Roaring Currents adalah filem Korea yang berjaya menarik perhatian ramai dan merupakan filem Korea paling laris sepanjang zaman yang berjaya menarik 17.6 juta penonton
2. The Pirates menyusul dengan jumlah 8.6 juta penonton. Berlatarkan era Dinasti Joseon, cop mohor kerajaan yang hilang diburu oleh para penjahat dan lanun laut
3. Miss Granny sangat sesuai untuk anda yang sukakan cerita lucu dan menghiburkan. Sewaktu filem ini ditayangkan, filem ini sangat popular di Korea dan berjaya menarik perhatian ramai dengan meraih 8.6 juta penonton
4. Menarik hingga 5.3 juta penonton, Ode to My Father juga menampilkan cerita yang penuh emosi tentang rakyat yang berjuang mengharungi zaman selepas Perang Korea
5. Kundo: Age of Rampant juga diminati ramai dan berjaya menarik 4.7 juta penonton, menceritakan tentang konflik seorang bangsawan dengan tukang pemotong daging kelas bawahan
6. Tazza: The Hidden menceritakan tentang dunia perjudian. Filem kedua untuk siri filem Tazza ini berjaya menarik minat 4 juta penonton
7. The Fatal Encounter yang berjaya menarik 3.8 juta penonton ini mengisahkan tentang Raja Jeongjo dengan musuh-musuh yang cuba membunuhnya
Kutipan Box office Korea Selatan pada tahun 2014 nampaknya didominasi oleh filem-filem Korea yang bertemakan sageuk. Ada antara filem tersebut yang sudah tersedia di platform OTT yang boleh anda tonton secara atas talian.