Rancangan TV baharu ‘Branding in Seongsu’ dibintangi pelakon Kim Ji Eun, Park Solomon, Jung Yi Rang, Jeon Jun Ho, Lee Kwang Hee dan Chae Soo Ah. Drama Korea ini adalah gabungan percintaan, komedi, thriller dan hiburan di tempat kerja.
Min baru habis layan 6 episod pertama yang telah ditayangkan kdrama siri baharu “Branding in Seongsu”. Jangan dipandang remeh tajuknya gais! Tak sangka, selepas layan episod pertama, min jadi “ketagih” terus menyambung episod kedua dan seterusnya..
Dalam episod awal “Branding in Seongsu”, Kang Na Eon (Kim Ji Eun) sedang berusaha untuk mendaki tangga kejayaan dan kegemilangan. Sayangnya, cara yang digunakan oleh wanita itu adalah cara yang tidak betul, hingga akhirnya satu insiden menakutkan menimpa dirinya.
Wanita ini bekerja seperti “DIKTATOR”, dia akhirnya kehilangan jawatannya dan dipecat dari syarikat serta akan kehilangan peluang untuk berjaya.
Bermula dari satu insiden dan peristiwa misteri yang hampir meragut nyawanya, membuatkan Kang Na Eon bangun dalam tubuh So Eun Ho (Park Solomon). Manakala So Eun Ho yang terperangkap dalam tubuh Kang Na Eon pula berada dalam koma.
Membawa genre thriller misteri, fantasi dan romantik, berikut dibawah ini adalah beberapa misteri yang muncul pada awal episod “Branding in Seongsu” yang mungkin korang ingin tahu sebelum mula menontonnya!
1. Kang Na Eon mempunyai fobia dengan suasana gelap gelita, apakah yang menyebabkan trauma tersebut?
2. Siapakah watak yang menyebarkan gambar-gambar bukti penyelewengan XU Beauty dari laptop Kang Na Eun?
3. Adakah Kang Na Eon berjaya mendedahkan kebenaran di sebalik insiden ini dan menangkap pesalah sebenar?
4. Figura dengan topeng arnab menyerang Kang Na Eon di sebuah bangunan tempat lokasi kedai pop-up XU Beauty, siapakah orang di sebalik topeng tersebut?
5. Kang Na Eon tersedar di hospital dalam tubuh So Eun Ho (Park Solomon), sebenarnya apakah yang terjadi pada mereka?
6. Akibat bukti UX Beauty melakukan penyelidikan dengan haiwan tersebar, Kang Na Eon mungkin akan kehilangan kerja. Bagaimanakah cara dia mengatasinya?
7. Bagaimanakah cara Kang Na Eon menyelesaikan masalah dalam tubuh So Eun Ho, adakah pertukaran roh ini bakal membawa masalah besar atau sebenarnya akan membawa nasib yang baik?
8. Apakah pula yang perlu dilakukan oleh Kang Na Eon dan So Eun Ho untuk kembali ke dalam tubuh masing-masing?
9. Adakah bakal muncul perasaan cinta di antara dua watak utama ini? Jangan lupa! So Eun Ho pernah mencium Kang Na Eon dan mengatakan bahawa dia menginginkannya
Semua persoalan di atas akan terjawab perlahan-lahan dalam drama siri Branding in Seongsu. Anda rasa bagaimanakah konflik dan persoalan-persoalan ini boleh diselesaikan? Sudah menayangkan 6 episod pertamanya dengan durasi 25-30 minit setiap episod sehingga tarikh artikel ini dikeluarkan, jangan lupa untuk menonton drama ini yang mengandungi 24 episod ya! Pasti banyak adegan yang menghiburkan dan luar biasa!