Home K - Pop NCT Dream Bakal Membuat Persembahan di KL Jamm 2019

NCT Dream Bakal Membuat Persembahan di KL Jamm 2019

0

Mana NCTzen? Satu berita baik untuk anda! NCT Dream akan datang untuk konsert KL Jamm yang berlangsung pada 26 sehingga 28 April 2019 kelak yang dianjurkan oleh Music Unlimited International Sdn Bhd (MUI). Mereka akan tampil bersama DJ Sura.

NCT Dream ialah sub-unit bagi kumpulan NCT yang berada di bawah naungan agensi SM Entertainment. Kumpulan yang terdiri daripada 6 ahli ini; Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle, dan Jisung – dikenali dengan lagu hit termasuklah ‘Chewing Gum’, ‘My First and Last’ dan ‘We Go Up’.

maxresdefault

Kumpulan ini bakal hadir di KL Jamm bersama dengan lebih 200 artis tempatan yang lain seperti Bunkface, Ruffedge, Pot Innuendo, dan juga artis-artis di bawah naungan label Kartel, Joe Flizzow, Sona One, Ila Damia, Yung Raja, Faris Jabba dan Abu Bakarxli.

Sekitar bulan Januari, pengarah KL Jamm iaitu Datuk Norman Abdul Halim yang juga Pengerusi KRU Music telah mengumumkan barisan artis tempatan ternama yang bakal beraksi seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Datuk Afdlin Shauki, Zamani, Amelina, Radhi OAG, Dr Burn, Santesh, Rabbit Mac dan Sheezy.

Festival muzik ini akan diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket untuk KL Jamm boleh layari www.kljamm.com dan https://kru2.tickethotline.com.my , manakala tiket untuk NCT Dream, Bunkface dan Ruffedge akan mula dijual pada 7 Mac.