Home Artis Korea Bawa Watak Ibu, 5 Kdrama yang Dibintangi Kim Mi Kyung Ini Dekat...

Bawa Watak Ibu, 5 Kdrama yang Dibintangi Kim Mi Kyung Ini Dekat di Hati Penonton Hingga Kini

0

Bagi anda yang suka menonton drama Korea, pasti sudah tidak asing lagi dengan kehadiran pelakon Kim Mi Kyung. Wanita yang berusia 60 tahun ini kerap membawa watak sebagai ibu dalam drama Korea.

Lakonannya yang sangat semulajadi ketika membawa watak ibu menjadikan penonton kadang kala hanyut dalam cerita. Bahkan dalam beberapa drama, wataknya membuatkan kita berjurai air mata.

Berikut di bawah ini 5 pilihan drama Korea yang dibintangi oleh Kim Mi Kyung dengan wataknya sebagai ibu yang masih diingati hingga kini.

 

1. The Heirs

1d0755e8 aaa3 4f1b 9d94 e83bb43f7146Drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2013 ini dibintangi oleh artis-artis terkenal seperti Lee Min Ho, Park Shin Hye, Kim Woo-bin, Kim Ji-Won, Krystal Jung, Kang Ha-neul, dan Choi Jin-hyuk. Drama ini menceritakan tentang kisah cinta seorang pewaris syarikat besar, Kim Tan (Lee Min Ho) dengan gadis dari kalangan biasa, Cha Eun Sang (Park Shin Hye).

Kim Mi Kyung membawa watak sebagai Park Hee-nam, pembantu di rumah Kim Tan dan juga ibu Cha Eun Sang yang tidak boleh bercakap. Hee-nam berkomunikasi dengan bahasa isyarat.

 

2. Confession Couple

64469c26 c04e 48c6 b43e 5ee6ac1fed42Drama yang juga dikenali dengan tajuk Go Back Couple ini menceritakan tentang Choi Ban Do (Son Ho Jun) dan Ma Jin Joo (Jang Na-ra), pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 38 tahun, dan baru sahaja bercerai. Mereka sudah memiliki seorang anak lelaki.

Pada suatu hari, sewaktu bangun dari tidur, mereka tiba-tiba kembali ke umur 20 tahun iaitu pada masa-masa awal mereka masuk ke universiti pada tahun 1999. Mereka yang satu kampus berusaha untuk mengubah nasib supaya tidak berkahwin kembali.

Dalam drama ini Kim Mi Kyung membawa watak sebagai Go Eun-sook, ibu Ma Jin Joo yang sudah meninggal dunia. Dan waktu Ma Jin Joo kembali ke tahun 1999, ibunya kembali hidup bersamanya. Kisah pertemuan Ma Jin Joo dan ibunya ini berjaya mengundang air mata.

 

3. Her Private Life

KdramaDrama ini menceritakan tentang kisah cinta antara seorang peminat dan bintang idolanya. Sung Deok Mi (Park Min Young) adalah wanita normal yang menyimpan rahsia sebagai peninat tegar kepada pelakon terkenal, Cha Shi An (One).

Tiba-tiba rahsia Doek Mi terbongkar oleh majika barunya Ryan Gold (Kim Jae Wook). Sejak mengetahui kebenaran ini, hidup kedua-duanya berubah. Seiring berjalannya cerita, mereka berdua saling jatuh cinta. Kim Mi Kyung membawa watak sebagai Go Young-sook, ibu Deok-mi. Dia sering meminta Deok-mi untuk berhenti menjadi peminat artis itu kerana bimbang anaknya kelak sukar untuk menjalin hubungan cinta.

Namun apabila mengetahui Deok-mi memiliki hubungan dengan Ryan, dia sangat bahagia. Dia melayan sebagai calon menantunya dengan selalu mengundangnya untuk makan malam. Tetapi Young-sook pada mulanya tidak mengetahui bahawa hubungan Deok-mi dan Ryan sebenarnya adalah palsu.

 

4. Hi Bye, Mama

WatakDrama Korea ini menceritakan tentang seorang wanita bernama Cha Yu Ri (Kim Tae Hee) yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis lima tahun lalu. Sewaktu kemalangan, dia sedang hamil. Waktu itu nyawanya tidak berjaya diselamatkan, sementara bayi dalam kandungannya selamat.

Selepas kematian Yu Ri, suaminya, Jo Kang Hwa (Lee Kyu Hyung) berkahwin lagi. Dan selama lima tahun, Yu Ri menjadi roh yang selalu mengikuti anaknya. Hingga suatu hari Yu Ri mendapat peluang untuk kembali menjadi manusia selama 49 hari.

Kim Mi Kyung membawa watak sebagai Jeon Eun-sook, dia adalah ibu Yu Ri. Eun-sook sangat terpukul dengan kematian anaknya lima tahun lalu. Dia berubah menjadi wanita yang dingin demi menutup kesedihannya.

 

5. It’s Okay to Not Be Okay

Kim mi kyung

Dalam drama Korea yang dibintangi Kim Soo Hyun dan Seo Ye Ji ini, Kim Mi Kyung membawa watak sebagai Kang Soon-deok. Dia adalah seorang tukang masak yang bekerja di hospital tempat Kim Soo Hyun bekerja.

Dia juga merupakan ibu Nam Ju-ri (Park Kyu-young), seorang juru rawat di hospital yang mempunyai perasaan lebih pada Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun). Walau Soon-deok tahu bahawa perasaan anaknya tidak berbalas, namun dia tetap prihatin pada Moon Gang-tae dan dan Moon Sang-tae (Oh Jung-se). Dia melayan kedua-dua adik beradik tersebut sebagai anaknya sendiri.

Tertarik untuk menonton salah satu drama di atas?

Baca lagi: 4 Drama Korea Tentang Perkahwinan, Kisah Curang dan Kahwin Kontrak
Baca juga: Sering Menjadi “Scene Stealer”, Na Young Hee Telah Membintangi 13 Drama Ini