Home Kdrama/Kmovie The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu

The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu

0

Drama Korea terbaru iaitu The Midnight Studio telah rasmi ditayangkan pada hari Isnin lalu iaitu 11 Mac 2024. Drama Korea ini menyoroti kisah Seo Ki Joo (Joo Won) yang merupakan seorang juru gambar di sebuah studio gambar menyeramkan yang dianggap puaka. Rupa-rupanya studio gambar ini adalah warisan turun temurun keluarganya yang berusia lebih dari 100 tahun.

Dalam Midnight Studio, Studio gambar ini diberi nama studio Gambar Yahan yang bererti studio tengah malam. Studio gambar ini ternyata hanya boleh dikunjungi oleh hantu atau roh orang-orang yang telah meninggal dunia.

Pasti ramai yang ingin tahu mengenai studio gambar ini bukan? Berikut ini adalah tujuh perkara menarik tentang Studio Gambar Yahan dalam drama The Midnight Studio.

 

Midnight studio
1. Studio Gambar Yahan adalah studio gambar yang berada di antara dunia orang mati dan yang masih hidup, studio ini hanya untuk orang yang telah meninggal dunia

 

 

a5225c7a 9cda 46a6 86ad f20a9ff9f488
2. Studio ini memberikan peluang untuk roh-roh yang masih belum tenang untuk mencipta dan membuat kenangan terakhir yang mereka inginkan

 

 

574e0c00 65d8 47f7 8cb5 650f8b00f42d
3. Studio gambar ini akan mengambil gambar dan mengabadikan momen serta kenangan terakhir setiap roh dengan orang-orang yang mereka kasihi

 

 

f9094084 8103 4317 b9e0 8726f1d27d03
4. Studio ini memiliki pintu penghubung untuk dua dunia, iaitu dunia orang hidup dan mati, dan hanya juru gambar sahaja yang boleh membuka pintu tersebut

 

 

1c7fed70 6772 418e b214 e75d369e7a3a
5. Juru gambar itu adalah Seo Ki Joo. Oleh kerana warisan sumpahan keluarganya ini, dia boleh melihat banyak hantu yang berkeliaran

 

 

3a701ba2 6617 43ee b57a 846454d67f26
6. Menurut sumpahan ini, pewaris studio gambar tidak akan memiliki umur yang panjang. Semua juru gambar terdahulu selalunya meninggal di usia 35 tahun

 

 

Midnight studio
7. Perkara ini rupa-rupanya menjadi sumpahan yang diterima nenek moyang keluarga Seo Ki Joo kerana dulu mencuri kamera ‘penjaga’ di dunia bawah

Sepanjang hidupnya, Seo Ki Joo perlu bekerja sebagai juru gambar di studio gambar warisan keluarganya ini. Dia yang mengetahui sejarah ahli keluarga terdahulu dalam keluarganya juga terpaksa hidup tidak tenang apabila mengetahui jika had usianya hanya sampai ke 35 tahun sahaja. Adakah sumpahan ini akan terjadi juga pada Seo Ki Joo?

Drama siri The Midnight Studio ini merupakan kemunculan pertama Kwon Na Ra pada tahun 2024 selepas membintangi Bulgasal: Immortal Souls pada tahun 2021. Buat anda yang ingin tahu bagaimanakah jalan cerita drama ini, The Midnight Studio ditayangkan pada 11 Mac 2024, jam 10.00 malam KST di. Siri 16 episod itu juga akan disiarkan di Genie TV. Rangkaian ini akan mengeluarkan episod baharu dua kali seminggu pada hari Isnin dan Selasa.

Baca lagi: “The Midnight Studio”, Kdrama Tentang Studio Foto Hantu Tayang Mac 2024
Baca juga: Terlanjur Cinta, Membariskan Pelakon A-Class, Drama Melayu Viu Original Wajib Tonton Ramadan Ini