Setiap orang memiliki kenangan manis dan juga kenangan buruk yang sukar untuk dilupakan. Kenangan zaman kanak-kanak sangat memberi pengaruh kepada tingkah laku seseorang di masa depan.
Contohnya anda boleh melihat perkara yang dilalui oleh Lee Ji Han (Moon Sang Min) dalam drama Korea Wedding Impossible. Dia trauma pada hujan kerana dia terlibat dalam kemalangan jalan raya sewaktu kecil. Lebih ngeri, kemalangan tersebut telah meragut nyawa kedua-dua ibu bapanya sehingga dia hidup dengan rasa bersalah.
Pengalaman buruk yang tidak dapat dilupakan juga turut dialami oleh beberapa watak lain dalam Kdrama 2024. Kebanyakan dari mereka mengalami gangguan mental yang kerap mempengaruhi kehidupannya mereka sekarang.
1. Alami kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya, Lee Ji Han (Moon Sang Min) hidup dengan rasa bersalah hingga trauma dalam Wedding Impossible
2. Di awal kisah drama The Impossible Heir, Han Tae Oh (Lee Jae Wook) menunjukkan ciri-ciri trauma akibat menjadi mangsa keganasan ayah tirinya
Baca juga: Cinta Mula Berputik dalam Flex X Cop, Ahn Bo Hyun Mula Menyukai Park Ji Hyun?
3. Baek Ha Rin adalah cucu kepada pemilik sekolah dan anak tunggal keluarga chaebol. Ha Rin yang memiliki trauma dan dendam masa lalu dengan kawannya Myong Ja Eun (Ryu Da In), ini membuatkan jiwa psikopatnya muncul
Baca juga: Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu
4. Menjumpai ibunya yang bunuh diri, Jin Yi Soo (Ahn Bo Hyun) berhenti bercakap hingga akhirnya terpaksa dihipnotis supaya dia melupakan peristiwa itu dalam Flex X Cop
5. Begitu juga dengan Jeong Ji An (Kim Hye Jun) yang berhenti bercakap selepas menjadi target pembunuhan selepas ibu bapanya dibunuh dalam A Shop for Killers
Baca lagi: 3 Anak Chaebol Berjiwa Iblis, Kejam dan Psiko dalam Kdrama 2024
6. Melihat tindakan-tindakan toksik dan juga cubaan bunuh diri ibunya membuatkan Seo Jae Won (Jang Na Ra) memiliki gangguan mental dalam drama My Happy Ending
7. Menjadi mangsa keganasan dan penderaaan ayahnya, Kwon Yoon Jin (So Yi Hyun) semakin menyerupai perangai toksik ayahnya tanpa dia sedari dalam drama My Happy Ending
8. Kang Ji Won (Park Min Young) melihat ibunya pergi dan meninggalkan rumah kerana curang dalam Marry My Husband. Namun, dia tetap hidup bahagia
Baca juga: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra
9. Berbeza dengan Jung Soo Min (Song Ha Yoon) yang berubah menjadi jahat selepas melihat kecurangan ayahnya dalam Marry My Husband
10. Kang Tae Ha (Bae In Hyuk) berada disisi ibunya yang sedang nazak dalam The Story of Park’s Marriage Contract. Dia trauma setiap kali melihat orang yang nazak dan menunggu maut
11. Dalam drama Love Song for Illusion, Sajo Hyun (Park Ji Hoon) menjadi mangsa keganasan ayahnya hingga dia mempunyai perwatakan berganda
Pengalaman-pengalaman buruk tersebut sering kali membuatkan watak-watak dalam drama Korea 2024 di atas hidup menderita. Ada yang perlu hidup dengan trauma hingga perangai mereka berubah menjadi jahat. Adakah anda mempunyai kenangan buruk sewaktu kecil?