Home Kdrama/Kmovie Midnight Studio: Bagaimanakah Joo Won Mendapat Sumpahan dan Boleh Melihat Hantu?

Midnight Studio: Bagaimanakah Joo Won Mendapat Sumpahan dan Boleh Melihat Hantu?

0

Midnight Studio baru sahaja ditayangkan sebanyak dua episod di tayangan perdananya pada 11 dan 12 Mac 2024. Drama Korea dari ENA ini mengisahkan tentang Seo Ki Joo (Joo Won) yang mengendalikan studio gambar khas untuk roh dan hantu. Dibantu oleh Go Sung Ho (Yoo In Soo) dan Baek Nam Koo (Eum Moon Sook) yang juga adalah hantu, pekerjaan Seo Ki Joo sebagai juru gambar berjalan dengan lancar.

Midnight studio

Walaupun pekerjaannya ini adalah perbuatan baik, tetapi Seo Ki Joo juga mengalami penderitaan. Dia perlu bertemu dengan hantu-hantu yang kelihatan mengerikan. Mengapakah Seo Ki Joo boleh melihat hantu? Lihat penjelasan di bawah ini!

 

1. Sumpahan bermula pada era Joseon

IMG 9290

Kisah ini bermula pada era Joseon. Terletak di sebuah gua, ada studio gambar yang hanya muncul pada tengah malam. Studio ini dijaga oleh makhluk hitam yang menyeramkan. Kamera kuno yang digunakan studio tersebut boleh mengabadikan gambar roh dan hantu dan boleh menyembuhkan orang yang sedang nazak.

Mengetahui berita itu, ada seorang bapa dalam diam sudah mengintai disebalik batu. Dia mencuri kamera tersebut dan berlari sekuat tenaga supaya tidak dikejar oleh makhluk hitam. Walaupun dia terjatuh, dia berjaya membawa kamera sampai ke rumah.

Bapa tersebut bahagia kerana dengan kamera tersebut, anaknya boleh sembuh kembali. Tiba-tiba saja, makhluk itu sudah ada di hadapannya. Bapa itu memohon kepada makhluk tersebut untuk membiarkan anaknya terus hidup sampai usia 35 tahun. Dia sanggup mati untuk anaknya.

Makhluk itu mengabulkan permintaan tersebut. Dia memutuskan bahawa anak tersebut dan keturunannya akan bernasib sama, iaitu meninggal dunia di usia 35 tahun dan boleh melihat roh yang tidak tenang dan berkeliaran. Keputusan tersebut dipersetujui oleh bapa yang terdesak itu.

Baca juga: The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu

2. Seo Ki Joo adalah generasi ke-7 dari dari keluarga yang disumpah pada zaman Joseon itu

7529a482 9e22 4b6a 8c71 d4593feb4da8Siapa sangka, Seo Ki Joo adalah keturunan dari anak nazak yang disumpah oleh makhluk pemilik kamera pada era Joseon tersebut. Dia merupakan generasi ke-7 dari keluarga itu. Sesuai dengan janji makhluk tersebut, generasi terdahulu meninggal pada usia 35 tahun.

Generasi pertama meninggal di pegunungan (1944). Generasi kedua ditemui mati dalam keadaan tergantung (1948). Generasi ketiga terkena serangan jantung secara tiba-tiba pada (1966). Generasi keempat ditimpa bangunan runtuh (1981). Generasi kelima tertusuk besi pada bahagian perutnya (1996). Generasi keenam yang merupakan bapa saudara Seo Ki Joo yang hilang entah ke mana. Generasi ketujuh adalah Seo Ki Joo. Kini, dia sedang menunggu hari saat untuk meninggal dunia pada usia 35 tahun.

 

3. Seo Ki Joo mewarisi kamera antik dan boleh melihat hantu

Studio

Oleh sebab sumpahan dari makhluk tersebut, Seo Ki Joo setiap hari perlu bertemu dengan roh berkeliaran. Dia selalu tidak tenang jika pergi ke mana-mana pun. Semuanya kerana hantu-hantu ini mahu meminta tolong dari Seo Ki Joo.

Selain disumpah akan meninggal dunia di usia 35 tahun dan boleh melihat hantu, Seo Ki Joo mempunyai kamera dari makhluk tersebut yang diwariskan secara turun-temurun. Studio Yehan yang dijaga oleh Seo Ki Joo juga sudah wujud sejak 100 tahun lalu. Namun, studio tersebut hanya dibuka pada tengah malam sahaja.

Hantu-hantu yang sedang di persimpangan jalan menuju akhirat akan ada gerbang kematian menuju ke Studio Yehan. Perkara ini dikhaskan bagi roh-roh yang belum sempat meninggalkan pesanan semasa meninggal dunia. Apabila sampai ke Studio Yehan, roh dan hantu tersebut hanya mempunyai masa 3 hari untuk bertemu dengan orang tersayang.

IMG 9287Kamera Seo Ki Joo hanya boleh digunakan sebanyak dua kali ketika mengambil gambar. Tangkapan pertama boleh membuatkan orang yang hidup boleh melihat roh. Tangkapan kedua adalah untuk mereka membuat kenangan.

Walaupun drama Midnight Studio baru ditayangkan sebanyak dua episod, kisah Seo Ki Joo dijelaskan secara terperinci. Adakah dia akan berjaya menghilangkan sumpahan tersebut?

Jangan lupa menonton episod seterusnya pada setiap Isnin dan Selasa ya!

Baca lagi: Suka Cerita Misteri Fantasi? Kisah Roh dah Hantu? Tonton 6 Kdrama ini
Baca juga: “Midnight Studio”, Kdrama Tentang Studio Foto Hantu Tayang Mac 2024