Home Artis Korea 9 Karya Menarik Drama Siri Gabungan antara Jepun dan Korea

9 Karya Menarik Drama Siri Gabungan antara Jepun dan Korea

0

Jepun dan Korea Selatan adalah antara negara yang menerbitkan siri drama dan juga filem yang memang makin dikenali di seluruh penjuru dunia, terutamanya di negara-negara Asia. Drama Korea dikenali dengan istilah Kdrama dan drama Jepun pula disebut sebagai ‘dorama’, sebutan drama dalam bahasa Jepun itu sendiri.

Kedua-dua negara jira ini selalunya saling mengadaptasi cerita dan kisah-kisah satu sama lain. Tidak ramai yang mengetahui bahawa Korea Selatan dan Jepun telah berkolaborasi dalam berbagai-bagai siri drama dan filem sejak tahun 2002 lagi.

 

Drama1. Friends (2002) merupakan drama pertama kerja sama Jepun (TBS) dan Korea Selatan (MBC) yang menggandingkan Kyoko Fukada dan Won Bin sebagai watak utama

 

 

ae3816db ac1d 41d2 8083 b3f5dc84a0652. 99 days with the Superstar (2011) menceritakan tentang hubungan pelakon top Korea dengan pengawal keselamatan yang melibatkan Kim Tae Hee, Hidetoshi Nishijima, TaecYeon 2PM, dan juga Yuki Furukawa

 

 

0c21ffd0 5bf8 4ede b9d3 92b41041cd7a3. Diterbitkan oleh Amuse, Inc (Jepun) dan CJ E&M (Korea Selatan), The Secret Message (2015) mengisahkan tentang hubungan Woo Hyun dan Haruka yang dibintangi oleh T.O.P dan Juri Ueno

 

 

abb53a3d 8fcd 4fc1 b783 7a2d3c303b5c4. Amazon menampilkan Shota Matsuda sebagai detektif polis dan Taemin SHINee yang mengalami amnesia akibat cubaan penyelidikan di otaknya untuk menyelesaikan kes dalam Final Life (2017)

 

 

4f3fe7ae c497 49a0 b221 4dbe608c6f555. Shim Eun-Kyung merupakan pelakon Korea pertama yang dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Japan Academy Prize melalui lakonan memukaunya dalam The Journalist (2019)

 

 

148ae827 a96f 41d3 af15 9b03ed1628ac6. Adaptasi webtoon See Hear Love (2023) digarap oleh pengarah yang juga merupakan penulis skrip Lee Jae Hanyang, menggandingkan Yamashita Tomohisa dan Yuko Araki

 

 

c478389c a4e1 48b6 b377 20e2ae5f84717. Ayaka Miyoshi membintangi cerita webtoon Korea, Knuckle Girl (2023) sebagai petinju wanita berbakat yang melawan geng penjenayah di bawah naungan pengarah dan penulis skrip dari Korea Selatan

 

 

00cdd77b 1398 42d1 9f22 222adc4c6c738. Sedang ditayangkan, Fumi Nikaido mengetahui fikiran seseorang apabila menatap mata mereka dalam Eye Love You (2024) namun dia tidak memahami Chae Jong-Hyeop yang berbahasa Korea

 

 

78073599 18bf 455e bb81 cce5aef1db769. Novel Sarang Hooae Oneun Geoddeu karya Kong Ji-Young & Hitonari Tsuji diadaptasi menjadi filem What Comes After Love (2024) dengan menggandingkan Lee Se-Young dan Kentaro Sakaguchi

Tanpa merasa kekok antara satu sama lain, ternyata industri filem Jepun dan Korea ini kerap bekerja sama menghasilkan kisah yang memikat hati penonton bukan? Sudahkah anda menonton?

Baca juga: 12 Kdrama Tentang Konflik Istana, Penuh Muslihat
Baca juga: 13 Drama Korea Tentang Gadis Berhati Dingin dan Tiada Perasaan, Ada Rahsia Tersendiri