Drama Korea yang sedang ditayangkan di Netflix iaitu Doctor Slump telah menawan hati ramai dan menjadi kegemaran para peminat.
Dibintangi oleh Park Hyung-sik dan Park Shin-hye, drama Korea ini mengisahkan tentang dua orang doktor yang berada pada titik terendah dalam hidup mereka. Mereka telah mengenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun dan menjadi musuh kerana persengketaan lama tetapi apabila mereka mendapat peluang untuk bersatu semula, perasaan mereka mula berubah.
Jika anda suka drama Korea dengan vibes sama seperti drama ini, anda boleh menonton drama Korea lain yang tidak kurang hebatnya yang mempunyai vibe seperti Doctor Slump.
Hometown Cha-Cha-Cha (2021)
Sama seperti Nam Ha-neul dan Yeo Jeong-woo dari Doctor Slump, doktor gigi Yoon Hye-jin dalam Hometown Cha-Cha-Cha juga telah mencapai titik terendah dalam kehidupan profesionalnya. Dia memutuskan untuk memulakan semula kehidupan selepas berpindah ke sebuah perkampungan tepi pantai yang indah.
Love To Hate You (2023)
Peguam Yeo Mi-ran dan pelakon Nam Kang-ho membenci satu sama lain tetapi terpaksa berpura-pura seperti mereka berada dalam hubungan cinta selepas tercetusnya sebuah skandal. Walaupun hanya 10 episod, drama ini berjaya menyampaikan perasaan watak-watak yang terukir dengan baik dan kisah cinta yang memukau.
Baca lagi: 10 Drama Korea Yang Mengisahkan Tentang Kematian Dan Kesedihan
Her Private Life (2019)
Bagi Seung Deok-mi dan Ryan Gold, hubungan mereka bermula dengan perasaan benci. Pengarah muzium dan kurator ace ini saling tidak serasi dan keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka terpaksa berpura-pura bercinta untuk mengelakkan skandal. Pasti anda tahu apa yang terjadi seterusnya bukan?
Crazy Love (2022)
Drama ini mengikuti kisah cinta aneh antara seorang profesor matematik dan pembantunya yang telah lama menderita. Profesor itu menerima ugutan bunuh dan berpura-pura dia mengalami amnesia untuk menyelamatkan diri. Pembantunya memutuskan untuk memperkenalkan dirinya sebagai tunang profesor itu untuk berada disisinya. Di sebalik semua kejadian ‘gila’ yang berlaku, terdapat kisah cinta yang menyentuh hati dan perasaan.
Dr. Romantic (2016)
Drama percintaan perubatan popular ini mengikuti kisah Boo Yong-joo yang merupakan salah seorang doktor terkemuka di Seoul. Insiden penuh trauma menyebabkan dia hilang dari pandangan umum dan berpindah ke sebuah bandar kecil dimana dia mula bekerja di hospital dengan nama palsu. Di sini, dia menjadi mentor kepada doktor muda dan membantu mereka merealisasikan impian dan minat mereka dalam bidang tersebut.
Jangan lupa untuk menonton ya! Memang berbaloi!