Kdrama Queen of Tears sedang meraih sambutan meluas, baik di Korea Selatan dan juga Malaysia. Drama tersebut memang dinantikan oleh para peminat kerana gandingan pasangan utamanya iaitu Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won.
Park Sung Hoon dan Kwak Dong Yeon turut memeriahkan Kdrama ini sebagai second lead. Kedua-dua mereka berjaya mencuri perhatian para penonton. Walau bukan sebagai pelakon utama, bukan bererti lakonan mereka tidak seberapa kerana mereka berdua juga pernah dipilih sebagai pelakon utama dalam drama lakonan mereka sebelum ini.
Beberapa orang pelakon second lead yang berlakon dalam Kdrama yang ditayangkan pada bulan Mac 2024 ini sebenarnya pernah diberi kepercayaan untuk membawa watak utama dalam projek lakonan mereka sebelum ini.
1. Pernah menjadi pelakon utama dalam Not Others (2023), kini Park Sung Hoon melakonkan watak second lead antagonis bermuka-muka dalam Kdrama Queen of Tears
2. Kwak Dong Yeon yang merupakan anak bongsu keluarga chaebol dalam Queen of Tears pernah membuatkan penonton terhibur sebagai pelakon utama Gaus Electronics (2022)
3. Sebelum menunjukkan bromance dengan Ryu Seung Ryong dalam Chicken Nugget, Ahn Jae Hong menampilkan kehidupan pasangan suami isteri bersama Esom dalam LTNS (2024)
4. Jang Seung Jo membuat kemunculan bersama Kim Ha Neul melalui Kdrama Nothing Uncovered. Sebelum ini, dia adalah pelakon utama dalam Strangers Again (2023)
5. Kini sedang hangat dalam Wonderful World, Kim Kang Woo pernah berlakon menjadi pelakon utama dengan Soo Ae dalam Kdrama Artificial City (2021—2022)
6. Tahun lalu, Im Se Mi mencuri perhatian melalui Kdrama The Worst of Evil. Dia kembali menyapa para peminat dengan muncul menjadi second lead sebagai CEO dalam drama Wonderful World
7. Sering menjadi second lead dalam banyak drama termasuk Doctor Slump, Yoon Park ternyata pernah menjadi pelakon utama untuk drama Fanletter, Please (2022)
Baca juga: 5 Kdrama Baru Tayang April 2024, Pelbagai Genre
8. Lee Joon meneruskan wataknya dalam The Escape of the Seven: Resurrection. Sebelum ini, dia adalah pelakon utama Vampire Detective (2016) dan Bloody Heart (2022)
9. Lee Yoo Bi juga menjadi second lead dalam The Escape of the Seven: Resurrection, selepas melakonkan watak utama dalam Scholar Who Walks the Night (2015) dan A Poem A Day (2018)
10. Selepas terlibat dalam cinta lokasi dengan bekas suaminya di set penggambaran The Gentlemen of Wolgyesu Tailor Shop (2016), Jo Yeon Hee kini menjadi villain The Escape of the Seven: Resurrection
11. Lee Jung Shin menjadi pelakon baru The Escape of the Seven: Resurrection. Dia pernah membawa watak utama yang melakukan penjelajahan masa dalam My First Love (2018)
12. Kwak Si Yang baru sahaja menunjukkan kehebatannya dalam Flex X Cop. Namun, dia juga pernah menjadi pelakon utama dalam drama Idol: The Coup (2021)
13. Lee Jun Young telah beberapa kali memegang watak utama dalam drama Korea. Namun dalam The Impossible Heir, dia memegang watak sebagai sahabat dan villain tetapi menunjukkan bromance dengan Lee Jae Wook
Walau bukan pelakon utama, lakonan para pelakon Korea di atas tetap tidak boleh dipandang sebelah mata. Bahkan, mereka juga sering menjadi scene stealer dalam drama Korea yang dibintangi mereka pada bulan Mac 2024 ini bukan?