Queen of Tears yang sedang ditayangkan di tvN terus mencuri perhatian para penonton. Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won dipilih sebagai pelakon utama drama ini yang berjaya menunjukkan kehidupan pasangan suami isteri yang berasal dari latar belakang yang berbeza. Kim Ji Won membawa watak sebagai anak chaebol, manakala Kim Soo Hyun pula adalah seorang pengarah bahagian undang-undang walau dia berasal dari keluarga biasa.
Membawa watak sebagai suami tentunya merupakan sebuah cabaran tersendiri untuk pelakon seperti Kim Soo Hyun kerana dia sendiri belum pernah merasakan kehidupan alam perkahwinan yang sebenar di dunia nyata.
Baca juga: 6 Watak Pembantu dalam Queen of Tears yang Memainkan Peranan Penting, Semua Pelakon Hebat
Sama juga dengan beberapa orang pelakon lelaki Korea berikut ini yang membawa watak suami dalam drama Korea yang ditayangkan di awal tahun 2024, walau sebenarnya mereka belum berkahwin, lakonan mereka sebagai suami sangat menjadi!
1. Kim Soo Hyun menjadi pengarah bahagian undang-undang dari keluarga biasa yang berkahwin dengan anak pemilik syarikat yang memang dikenali sangat sombong dalam Queen of Tears
2. Kwak Dong Yeon bersama Lee Joo Bin muncul sebagai suami isteri romantik dalam drama Queen of Tears. Dia merupakan adik kepada watak yang dibawa oleh Kim Ji Won
Baca lagi: 10 Pelakon Korea Tercantik 2024 Tanpa Solekan dan Pembedahan
3. Di akhir kisah Marry My Husband, Na In Woo berkahwin dengan Park Min Young. Mereka dikurniakan tiga orang anak dan dua di antaranya adalah anak kembar!
4. Dalam drama yang sama iaitu Marry My Husband, Lee Yi Kyung merupakan suami Park Min Young sebelum masa lalu berubah, lalu dia berkahwin pula dengan perempuan simpanannya yang dilakonkan oleh Song Ha Yoon
5. Selain menjadi iblis, Song Kang terperangkap dalam perkawinan kontrak dengan anak chaebol yang tanpa sengaja mengetahui identiti tersembunyinya dalam My Demon
6. Park Sung Hoon juga turut memeriahkan drama The Bequeathed dengan berlakon sebagai suami red flag Kim Hyun Joo yang suka berlaku curang
Baca juga: Tahukah Anda, 5 Peserta Physical 100 Musim 2 Ini Merupakan Pelakon Korea?
7. Bergandingan dengan Jang Na Ra, Son Ho Jun menjadi suami dan juga ayah penyayang dalam My Happy Ending. Namun, salah faham telah membuatnya curang
8. Desakan datuknya membuatkan Bae In Hyuk terlibat dalam perkahwinan kontrak dengan penjelajah masa dalam The Story of Park’s Marriage Contract
9. Park Ji Hoon digambarkan sebagai seorang putera mahkota yang memiliki 2 identiti dalam drama Love Song for Illusion. Dia mempunyai gundik
10. Ahn Jae Hong bergandingan dengan Esom, dalam drama LTNS. Kedua-dua mereka membawa watak sebagai pasangan suami isteri yang menyiasat kes kecurangan untuk mendapatkan wang
Watak sebagai suami tidak semestinya dilakonkan oleh pelakon-pelakon lelaki yang sudah berkeluarga sahaja. Walau belum berkahwin, lakonan hebat pelakon-pelakon bujang ini tetap berjaya menunjukkan kehidupan suami isteri seperti yang biasa terjadi di dunia nyata. Bahkan, ramai penonton yang berharap bahawa kisah cinta mereka dalam drama dapat diteruskan di dunia nyata.