Home Kdrama/Kmovie Queen of Tears: 4 Pengajaran Penting Tentang Perkahwinan dalam Drama Ini

Queen of Tears: 4 Pengajaran Penting Tentang Perkahwinan dalam Drama Ini

0

Queen of Tears merupakan salah satu drama yang dinantikan para penonton. Drama ini menceritakan tentang kisah Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan Hong Hae In (Kim Ji Won) yang sudah berkahwin selama tiga tahun. Namun, cinta mereka semakin pudar kerana masalah yang terjadi, masalah utama muncul dari keluarga Hae In dengan latar belakang chaebol. Perkara inilah yang mempengaruhi perasaan Hyun Woo dan Hae In sehingga rumah tangganya mengalami krisis.

Kisah perkahwinan Hyun Woo dan Hae In sangat menarik, kadang kala lucu dan memang rumit. Kisahnya memberikan banyak pengajaran bagi sesiapa sahaja, terutamanya bagi yang sudah berumah tangga.

 

1. Komunikasi perlu baik

Queen of tearsSudah berkahwin selama tiga tahun tidak menjamin komunikasi sentiasa lancar di antara Hyun Woo dan Hae In. Mereka tidak berkomunikasi dengan baik dalam banyak perkara, bermula dari pekerjaan hingga kepada kehidupan peribadi. Perkara ini menimbulkan banyak salah faham antara kedua-duanya.

Contohnya, semasa Hae In membongkar bilik anak mereka, dia tidak berbincang dengan Hyun Woo sehingga membuatkan Hyun Woo kecewa dan sedih. Dari sinilah permulaan mereka tidur terpisah dan Hyun Woo memilih untuk tidur di bilik yang sudah diselongkarnya itu.

 

 

2. Boleh memahami perasaan satu sama lain

5cb1bd60 1e63 4276 b9a8 670ec4632a2cHae In sudah hamil dan membuatkan pasangan ini sangat bahagia. Namun hingga episod 6, belum diketahui tentang bayi yang dikandung oleh Hae In, bahkan banyak teori yang mengatakan bahawa Hae In keguguran. Inilah yang menjadi faktor renggangnya hubungan perkahwinan Hyun Woo dan Hae In.

Hae In menunjukkan rasa bersalah atas kehilangan anaknya dengan bersikap dingin. Seolah-olah tidak peduli, padahal sebenarnya dia merupakan orang pertama yang merasakan kehilangan. Sementara itu Hyun Woo tak boleh memahami Hae In dan menganggap bahawa isterinya itu memang sudah berubah.

 

3. Mengungkapkan perasaan masing-masing

694a66b9 87a8 44b3 aa0f 9b7b9dcb2bdcMenonton kisah cinta Hyun Woo dan Hae In memang seperti menaiki roller coaster. Setiap adegan selalu membuatkan penonton beremosi. Tambahan pula apabila kedua-dua mereka seolah-olah sanga sukar untuk mengungkapkan perasaan yang sedang mereka dirasakan. Ada adegan dimana Hae In yang terkena ketumbuhan otak selalu berusaha untuk kelihatan kuat di hadapan Hyun Woo. Hae In selalu menyembunyikan penderitaannya itu.

Hingga di episod 4, Hae In baru mendedahkan bahawa dia merasa takut apabila berjalan sendirian kerana dia lupa ingatan disebabkan penyakit yang dideritainya. Hyun Woo yang mendengar luahan itu terus menangis dan memeluknya dengan erat. Mengungkapkan perasaan memang sangat sukar, tetapi pasti kita akan lega jika sudah meluahkan perasaan, lebih-lebih lagi kepada suami sendiri.

 

4. Sabar dan banyak mengalah untuk pasangan

455c7b73 026c 4988 8aa3 a7023cc82f23Hingga episod 6, Hyun Woo boleh dikatakan memiliki perwatakan yang sabar. Dia sabar menghadapi tekanan dari keluarga Hae In yang sangat toksik. Bahkan dia selalu menyelesaikan masalah undang-undang yang dialami anggota keluarga Hae In. Bukan hanya itu, Hyun Woo juga sabar menghadapi sikap dingin dan kasar Hae In sendiri. Hyun Woo juga sudah banyak mengalah yang membuatkan dia takut untuk bertindak.

Ternyata kesabaran Hyun Woo sudah mencapai batasnya. Dia ingin bercerai dengan Hae In dan ini yang menjadi akar permasalahan seterusnya. Namun, rasa benci dan kesal Hyun Woo terhadap Hae In berubah kerana dia sedar bahawa dia masih mencintai isterinya itu.

Perkahwinan Hyun Woo dan Hae In dalam drama Queen of Tears ini memang sangat rumit. Namun, banyak pengajaran penting dan berharga yang boleh dipetik terutamanya untuk pasangan yang sudah mengharungi bahtera rumah tangga. Semoga bermanfaat ya!

Baca lagi: 7 Watak Suami Red Flag dalam Kdrama Bulan Mac, Perangai Buruk
Baca juga: Kim Ji Won Bijak Menggunakan Kelebihan Dirinya dalam Queen of Tears