Tahukah anda “The Last House on The Left (2009)” ini diinspirasi dari KISAH LAGENDA TEMPATAN dan remake filem tajuk yang sama pada tahun 1972 mengenai pembunuhan kejam dua gadis remaja oleh banduan yang melarikan diri pada tahun 1960an? Dua gadis tersebut diseksa, dipukul, dirogol dan dibunuh dengan begitu kejam dan brutal oleh ketiga-tiga pembunuh psiko.
Namun dalam filem versi 2009 ini telah diubah sedikit jalan penceritaannya untuk mendapatkan impak yang lebih menarik dan lebih mendebarkan bagi tontonan peminat filem bergenre “THRILLER SUSPENSE PSYCHOLOGY”.
Jika anda hendak tonton yang versi awal filem tahun 1972 itu, anda haruslah bersedia dari segi mental dan emosi. Ini adalah kerana aksi filem tersebut lebih sadis! Tidak hairanlah jika keluaran 1972 itu pernah menjadi kontroversi di mana ia telah ditolak sijil untuk tayangan pawagam oleh Lembaga Penapis Filem British pada tahun 1974, kerana terdapatnya adegan sadisme dan keganasan melampau ketika itu.
Filem versi 1972 ini ditonton di Youtube.
REVIEW THE LAST HOUSE ON THE LEFT (2009)
Amaran!! Mengandungi spoiler!
Ia ini dimulakan dengan satu keluarga tiga orang beranak pergi bercuti di rumah tasik mereka di dalam satu kawasan hutan yang jauh dari hiruk pikuk kota. Kemudian anak gadis pasangan tersebut pergi ke pekan terdekat untuk lepak-lepak bersama kawan perempuan dia. Di situ, mereka terserempak dengan seorang lelaki remaja dan mengajak mereka lepak bersama di bilik motel yang dia sewa untuk “menikmati” ganja.
Ketika mereka bertiga sedang “high” menghisap ganja, tiba-tiba bapa, pakcik dan teman wanita pakciknya kembali semula ke bilik motel. Maka bermulalah drama kekejaman, brutal dan tanpa belas kasihan yang dilakukan kepada dua gadis naif tersebut kerana risau akan rahsia gelap keluarga remaja lelaki tersebut terbongkar memandangkan mereka telah menjadi buruan polis ketika itu.
Kemudian mereka melarikan diri dan ketika itu hujan ribut petir tengah turun dengan begitu lebatnya. Mereka ternampak sebuah rumah chalet dan terus menuju ke chalet tersebut yang berada dalam hutan untuk mendapatkan tempat berteduh tanpa mereka sedari yang rumah chalet itu adalah milik ibubapa kepada salah seorang mangsa pembunuhan tadi.
Sadis dan kemuncak filem ini yang akhirnya ibubapa gadis tersebut mendapat tahu bahawa mereka semua itu adalah psiko-psiko yang membunuh anak gadis mereka kemudian mereka menuntut bela dengan membalas dendam dengan cara yang lebih kejam dan brutal!
Sememangnya sungguh diluar jangkaan mereka! Memang malang nasib mereka ini, salah masuk rumah rupanya! Satu persatu aksi pembalasan dendam yang sangat sadis, mantap dan padu!
Jadi, kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan genre thriller, saspen, psiko dan “disturbing” seperti ini, kini anda boleh tonton dan strim di Netflix.
Amaran!! Filem ini sangat tidak sesuai untuk tontonan bersama keluarga diruang tamu ya! Banyak aksi-aksi ganas dan yang tidak bersesuaian untuk tatapan anak-anak bawah umur, melainkan anda berseorangan atau bersama dengan suami/isteri yang mempunyai minat genre yang sama.