Alzheimer merupakan penyakit otak yang merosakkan memori atau ingatan para pesakit. Isu penyakit ini ternyata sering diangkat ke dalam filem bergenre drama. Rupa-rupanya para pencipta filem seram juga kerap mengangkat isu Alzheimer ke dalam filem mereka.
Buat anda yang berminat dengan filem seram tentang Alzheimer, berikut dibawah ini adalah pilihan-pilihan filem yang menarik untuk ditonton.
1. The Taking of Deborah Logan (2014)
Filem seram berkonsepkan mockumentary ini mengangkat isu Alzheimer sebagai jalan cerita utamanya. The Taking of Deborah Logan menampilkan gangguan demi gangguan yang tampak realistik dari seorang penghidap penyakit tersebut. The Taking of Deborah Logan berjaya memberikan jalan cerita yang epik. Selain itu, filem seram ini juga memadukan elemen psikologikal dengan supernatural yang padu.
Filem ini mengisahkan tentang tiga orang individu yang membuat dokumentari tentang pesakit Alzheimer dan mereka mendapati nyawa mereka pula terancam.
2. Relic (2020)
Agak underrated, Relic merupakan filem seram psikologikal yang juga membawa isu Alzheimer sebagai premis utamanya. Membawa cerita suram serta menyentuh hati, filem seram ini memadukan elemen drama keluarga ke dalam penceritaan seramnya. Selain itu, Relic juga menggabungkan elemen surealisme yang disukai oleh para peminat filem.
Filem seram ini mengisahkan tentang seorang ibu dan anaknya yang cuba menguruskan nenek tua. Namun, mereka mengungkap misteri hitam yang mengawal nenek tersebut.
3. The Father (2020)
Berjaya tercalon untuk Best Picture Oscar, The Father menampilkan elemen seram psikologikal yang menarik dan dikatakan sebagai sebagai horror-adjacent. Filem ini sangat pekat dengan adegan menegangkan dan mencemaskan di setiap segmennya. Selain itu, filem ini juga berjaya dicalonkan di Oscar untuk Best Actor in a Leading Role.
The Father mengisahkan tentang seorang gadis yang cuba menguruskan ayahnya. Ayahnya menghidap Alzheimer di masa tuanya dan perlu bertahan menerima kenyataan.
4. I’m Thinking of Ending Things (2020)
Diterbitkan oleh Netflix, I’m Thinking of Ending Things adalah filem seram psikologikal yang juga mengambil isu Alzheimer sebagai jalan ceritanya. Dikemaskan dengan konsep metafora, filem seram ini kental dengan adegan mengganggu yang mengancam psikologi para penontonnya. Selain itu, I’m Thinking of Ending Things memadukan elemen surealisme yang khas dan berjaya membuatkan para penonton memerah otak untuk berfikir.
Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang mengunjungi ibu bapa kekasihnya yang menyimpan rahsia yang gelap.
5. Vortex (2021)
Digarap oleh Gaspar Noe, filem berlabelkan drama ini kental dengan elemen seram psikologikal. Vortex menghadirkan banyak adegan menegangkan tentang penghidap demensia atau Alzheimer. Filem seram ini berjaya memberikan tontonan epik dengan ceritanya yang menyentuh hati dan penuh gangguan menyeramkan.
Vortex mengisahkan tentang pasangan tua yang cuba bertahan di tengah-tengah penyakit demensia yang dideritai.
Filem seram tentang Alzheimer kerap menjadi tontonan yang bagus dengan elemen psikologikal dan drama. Selain kerana isu yang diangkat sangat relevan, filem seram bertemakan Alzheimer selalu hadir dengan gangguan yang sangat realistik.