Home Kdrama/Kmovie 7 Watak Bapa Paling Toksik dalam Drama Korea 2024, Buat Darah Mendidih

7 Watak Bapa Paling Toksik dalam Drama Korea 2024, Buat Darah Mendidih

0

Hong Man Dae (Kim Kap Soo) adalah salah satu watak yang berjaya membuatkan para penonton naik geram dalam drama Korea Queen of Tears. Walau digambarkan sebagai ketua Queens Group yang berjaya meraih kejayaan besar dan gemilang, dia terlalu suka menggatal dan melebihkan perempuan simpanannya. Lelaki tua ini juga lebih percayakan perempuan tersebut dan berpihak pada perempuan simpanannya itu daripada anak kandungnya sendiri.

Bukan hanya watak Hong Man Dae, terdapat banyak lagi watak bapa toksik dalam drama Korea yang ditayangkan pada awal tahun 2024 ini. Mereka bersikap jahat pada anak sendiri. Sebahagian dari mereka sanggup menyeksa darah daging mereka sendiri hingga mengalami trauma yang teruk. Siapakah mereka itu? Mari sama-sama kita lihat dibawah!

 

 

37f352cd e0b0 463f bc39 7ab6219acebc
1. Hong Man Dae mengusir dan memukul anak perempuannya sendiri demi untuk membela dan memihak kepada perempuan simpanannya yang licik dan suka berpura-pura dalam drama Korea Queen of Tears

 

 

a312c4e3 bb89 4005 acc5 31a41353298f
2. Kim Byung Oh (Jeong Gi Seop) dalam drama Korea Pyramid Game memukul anak bongsunya hingga gadis itu akhirnya berubah menjadi pembuli yang kejam

 

 

f6be48f6 a750 42d4 aeca b688c975c68d
3. Yoon Myung Ho (Kim Ho Yeon) meninggalkan isteri dan anak perempuannya kerana dia curang dengan adik kandungnya dalam drama Korea The Bequeathed

 

 

6ebdfc04 2b6f 401b 8b63 58dc7d01d27a
4. Sajo Seung (Kim Tae Woo) sanggup melakukan kekejamam pada anak kandungnya hingga pemuda itu mengalami trauma yang teruk dalam Love Song for Illusion

 

 

1421fc85 72e8 421a 9f35 33ea66e1466a
5. Jeong Man Sik (Moon Jung Dae) dalam Marry My Husband meninggalkan keluarganya demi wanita lain. Tindakannya itu membuatkan anaknya berubah menjadi manusia toksik

Baca juga: 3 Drama Korea Tentang Peguam Yang Handal dalam Menyelesaikan Kes Penceraian

 

Drama korea
6. Dalam The Story of Park’s Marriage Contract, Kang Sang Mo (Chun Ho Jin) memaksa anak lelakinya berkahwin lagi hingga anaknya mengalami tekanan perasaan dan kemurungan

 

 

Watak
7. Bapa Go Baek Joong (Ko Chang Seok) mengongkong anaknya dan melarangnya mengejar cita-cita serta impian sebagai seorang ahli muzik dalam Chicken Nugget

Ketujuh-tujuh watak bapa toksik di atas merupakan watak bapa yang gagal menunjukkan kasih sayang pada anak mereka sendiri. Bukan menunjukkan kasih sayang, mereka lebih sanggup menyakiti darah daging mereka sendiri.

Baca lagi: Bulan April 2024 Diwarnai dengan 7 Filem Netflix Menarik, Terbaru dan Pelbagai Genre