Home News Selepas Umum Bercerai, Sumber Dedah Ini Yang Terjadi Kepada Song Hye-kyo “Dia...

Selepas Umum Bercerai, Sumber Dedah Ini Yang Terjadi Kepada Song Hye-kyo “Dia Sering Menangis”

0

Seorang sumber yang rapat dengan Song Hye-kyo telah mendedahkan bahawa beliau sedang mengalami masalah tekanan perasaan serta kehilangan berat badan akibat masalah perkahwinan, menurut satu laporan media tempatan.

Newsen pada hari Khamis memetik sumber yang didakwa dekat dengan Song sebagai berkata bahawa dia menangis ketika bercakap tentang masalah perkahwinannya dan telah kehilangan kira-kira 5 kilogram ekoran masalah yang dihadapi.

” (Song) biasanya tenang dan biasanya tidak bercakap tentang perasaannya, tetapi dia menangis ketika dia bercakap tentang masalah perkahwinannya,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu, penurunan berat badan Song juga menjadikan jari-jarinya lebih nipis, menjadikannya sukar untuk memakai cincin perkahwinannya kerana ia mudah terlepas.

Awal tahun ini, Song menempah cincin yang lebih kecil untuk dipakai bersama cincin perkahwinan bagi menyelesaikan masalah itu.

” Tetapi ia tidak digunakan sekarang,” kata sumber itu.

Pelbagai media China sebelum ini mendedahkan Song Hye-kyo beberapa kali dilihat tanpa memakai cincin perkahwinannya dalam kebanyakan majlis, menguatkan lagi khabar angin mengenai hubungan yang dilanda badai bersama suami.

bw51

Gambar di mana Joong-ki dilihat tidak memakai cincin perkahwinan dalam suatu acara

Sementara itu dari pihak Joong-ki, 33, turut mengumumkan tentang keputusan untuk meneruskan perceraian dengan Song Hye-kyo.

” Maafkan saya kerana terpaksa memaklumkan berita buruk ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya,” katanya menerusi syarikat pengurusannya, Blossom Entertainment.

Joong-ki turut meminta semua pihak memberikan ruang kepadanya dan Hye-kyo untuk mengharungi proses perceraian mereka.

Hye-yo, 37, dan Joong-ki berkahwin pada 31 Oktober 2017 dalam sebuah majlis tertutup di The Shilla Hotel, Seoul.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan cinta selepas sama-sama menjayakan drama popular Descendants of the Sun pada 2016.

Terdahulu, sekitar 2 tahun lalu berita tentang perkahwinan pasangan ini terjawab apabila mereka berdua sah bergelar suami isteri pada petang Selasa dalam sebuah majlis tertutup di Hotel The Shilla di Seoul, Korea Selatan.

Pasangan itu memfailkan perceraian pada hari Rabu, dengan memberitahu punca perpisahan akibat daripada perbezaan yang tidak dapat diterjemahkan. Agaknya dalam Bahasa Melayu nya, tak serasi lah tu. Takde jodoh!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: koreaherald