Blood Free menampilkan kisah liku-liku perjalanan hidup Yun Ja Yu (Han Hyo Joo) sebagai CEO sebuah syarikat terkemuka BF Group. Dia berjaya mencipta bioteknologi terbaru yang boleh membuat daging tiruan tanpa perlu menyembelih haiwan.
Namun, kejayaannya itu membawanya ke dalam banyak masalah. Banyak pihak yang mengganggu dirinya. Kehadiran beberapa watak yang penuh dengan aura mencurigakan juga mencuri perhatian para penonton.
Berikut ini adalah empat watak yang menimbulkan kesangsian dan syak wasangka dalam drama Korea terbaru Blood Free.
1. Woo Chae Woon
Woo Chae Woon (Ju Ji Hoon) secara misteri cuba mendekati BF dan Yun Ja Yu. Sewaktu CEO BF itu sedang diburu oleh pelbagai bahaya dan memerlukannya untuk mengupah seorang pengawal peribadi, dia menghantar resume yang mengandungi perjalanan kariernya yang sangat berpotensi. Sebagai bekas komando Angkatan Laut, pasti dia menjadi calon yang akan diutamakan.
Woo Chae Woon mendekati Yun Ja Yu dengan tujuan mahu menyiasat kebenaran di sebalik pengeboman yang terjadi di markasnya setahun lalu. Namun, apakah yang akan dilakukannya jika dia benar berjaya menemui bukti bahawa Yun Ja Yu adalah dalang insiden itu? Adakah mungkin Woo Chae Woon berniat untuk balas dendam atas kematian rakan-rakannya dalam insiden itu? Kelakuannya yang secara sengaja mendekati Yun Ja Yu itu menimbulkan banyak syak wasangka dan spekulasi dari para penonton.
2. Yun Ja Yu
Yun Ja Yu juga merupakan salah satu watak yang sangat dicurigai dalam drama ini. Kejayaannya dalam membina genetik daging palsu seakan-akan tiba-tiba sahaja terjadi tanpa cacat celanya. Kejayaannya itu membuatkan sektor industri lain terganggu seketika.
Namun, apabila khabar angin bahawa cairan bahan daging tiruan itu mengandungi bakteria dan kuman, tanpa membantah, pihak BF sibuk menyuruh pihak media tutup mulut. Perkara itu pun menimbulkan prasangka buruk, adakah daging tiruan itu benar-benar selamat atau akan menimbulkan kesan negatif di kemudian hari.
3. On San
On San (Lee Mu Saeng) adalah rakan Yun Ja Yu dalam mendirikan syarikat BF. Wataknya menimbulkan kesangsian kerana dia tidak pernah suka disoroti oleh pihak media walau dia merupakan salah seorang orang berpengaruh di syarikat besar itu. Dia yang juga memegang jawatan sebagai pengarah itu tidak pernah menghadiri majlis-majlis rasmi syarikat.
Sebuah insiden terjadi, dimana pada hari sidang media produk baru BF, komputer di maknal BF telah digodam. Yun Ja Yu menyangka bahawa perkara itu dilakukan oleh orang dalam yang memang mempunyai akses ke makmal. On San merupakan orang yang paling berpotensi untuk menjadi dalang disebalik peristiwa itu. Sebabnya, waktu itu semua orang yang mempunyai akses ke maknal hadir ke sidang media pelancaran produk baru, sedangkan On San tidak hadir ke majlis itu.
4. Jeong Hae Deun
Yun Ja Yu mengesyaki semua orang yang rapat dengannya sewaktu insiden penggodaman komputer di makmal syarikat berlaku. Jeong Hae Deun (Park Ji Yeon) juga turut disyaki. Waktu itu, Yun Ja Yu memutuskan untuk memberikan wang tawaran sebanyak 80 billion won yang diminta oleh Citizenx sebagai bayaran. Jeong Hae Deun adalah orang yang membayar wang tebusan itu dalam bentuk mata wang bitcoin. Namun, beberapa jam selepas itu, Jeong Hae Deun mengalami kemalangan.
Empat watak di atas menunjukkan sikap dan gelagat yang ganjil yang membuatkan para penonton mengesyaki mereka. Sebahagian besar dari watak-watak di atas adalah pegawai atasan BF. Adakah sebenarnya dalam diam ada pengkhianatan dalaman BF?
Jangan lupa tonton ya episod seterusnya Blood Free yang anda boleh strim di Disney++!