Home Artis Korea 5 Pelakon Korea Ini Selalu Gagal Uji Bakat, Tidak Pernah Putus Asa

5 Pelakon Korea Ini Selalu Gagal Uji Bakat, Tidak Pernah Putus Asa

0

Kegagalan dalam uji bakat sering kali membuatkan para pelakon yang baru memulakan karier mereka kecewa. Walau begitu, mereka tidak mudah menyerah begitu sahaja. Sebaliknya, mereka berusaha lagi hingga berjaya.

Berikut dibawah ini adalah beberapa orang pelakon wanita Korea yang kerap mengalami kegagalan sewaktu menjalani sesi uji bakat untuk projek lakonan. Mereka menerima keputusan dari pihak pengarah dengan sabar, kemudian mereka terus menyertai uji bakat untuk projek-projek lain.

 

1. Kim Ji Won

Artis Dalam wawancara dengan The Korea Times pada tahun 2017, Kim Ji Won mengaku sering mengikuti uji bakat dan telah gagal banyak kali. Perkara itu membuatnya memahami perasaan watak Choi Ae Ra dalam menghadapi kegagalan yang dilakonkan olehnya dalam drama Fight For My Way (2017).

Kim Ji Won berjaya meraih populariti sebagai pelakon melalui drama Descendants of the Sun (2016). Akibatnya, dia rasa terbebani kerana merasakan projeknya yang lain perlu sebaik drama itu. Dia berjaya mencapai impiannya itu dalam Fight For My Way yang meraih rating tinggi.

Baca lagi: Kontrak Han Soo Hee Tidak Disambung, Kim Ji Won Dilaporkan Menggantikannya Sebagai Duta Baru Jenama

2. Ha Ji Won

KoreaHa Ji Won menceritakan perjalanan kalerjayanya dalam program Win Win pada tahun 2012. Dia mengaku sudah menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon sejak masih kecil. Semasa di bangku sekolah menengah, sebuah agensi menghubunginya selepas melihat gambarnya di studio gambar.

Selepas itu, Ha Ji Won menyambung pelajaran di universiti dalam bidang teater dan filem. Sebelum debut, dia pernah mengikuti uji bakat untuk 100 projek lakonan atau lebih. Sayangnya, dia tidak berjaya mendapat sebarang watak dalam setiap sesi uji bakat itu.

Baca lagi: 4 Drama Korea Menampilkan Watak Utama Wanita Menderita Penyakit Berbahaya, Penuh Cabaran

3. Cho Yi Hyun

267bdc96 7493 4efb 9702 9d590819f3e9Melalui wawancara dengan W Korea pada tahun 2022, Cho Yi Hyun mengaku merasa kecewa setiap kali gagal dalam uji bakat. Namun, dia berusaha mengubah sikap untuk lebih gigih semasa uji bakat. Dia mengikuti uji bakat dengan bersedia dan memahami bahawa dia mungkin akan gagal, tetapi dia tetap bekerja keras untuk menghadapi uji bakat lain nanti.

Persiapan mentalnya untuk bersedia menerima kegagalan itu lebih membuatkan Cho Yi Hyun merasa tenang dan selesa kerana dia lebih rileks dan tidak tertekan kerana perlu mempersembahkan bakat lakonan dengan tanpa memikirkan bahawa dia mesti berjaya, kegagalan adalah permulaan untuk segalanya. Dia tidak gugup dalam uji bakat.

Selepas mengharungi pelbagai kegagalan, Cho Yi Hyun akhirnya berjaya mendapat watak dalam All of Us Are Dead (2022) yang meraih kejayaan besar. Dia berusaha untuk tidak terlalu tamak dengan hanya berusaha melakukan yang terbaik waktu ini. Dengan begitu, dia yakin berbagai-bagai perkara baik akan datang padanya kelak.

Baca juga: 6 Pilihan Filem Korea Bertemakan Pulang ke Kampung Halaman, Mencari Makna Sebuah Kebahagiaan

4. Park So Dam

9963e42b 1c77 4e23 a6ed 182d5aff2603Melalui sebuah wawancara pada 2015, Park So Dam mengatakan bahawa dia selalu gagal dalam uji bakat. Selama dua tahun setengah, dia berusaha untuk mengikuti uji bakat terbuka untuk pelakon pendatang baru. Hampir dalam sebulan, dia mengikuti 17 uji bakat, tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan.

Setiap kali ditolak dalam uji bakat, Park So Dam merasa kecewa. Dia lebih banyak merenung tentang bakatnya dan tidak memilih-milih projek lakonan. Perkara itulah yang membuatkan dia memiliki banyak kegiatan. Ia pun mengaku mengagumi Kim Hye Soo. Ia berharap pengalaman aktingnya jadi luas seperti panutannya itu.

Baca juga: 5 Hasil Pendapatan Wonyoung IVE, Gigih dan Kuat Bekerja

5. Sooyoung SNSD

21679db0 f04b 41ae 9ecf 09bdcce68635Dalam sebuah wawancara pada tahun 2012, Sooyoung mendedahkan dia hampir terlibat dalam berbagai-bagai projek lain selepas filem Hello Schoolgirl (2008). Sayangnya, situasinya tidak memuaskan. Dia memikirkan projek lain yang akan datang untuknya, hingga dia berpeluang untuk berlakon dalam drama Third Hospital (2012).

Sebelum itu, Sooyoung kurang yakin dengan kerjayanya. Tambhan pula, Yoona, Jessica, dan rakan kumpulannya yang lain waktu itu sudah cuba untuk menjadi pelakon. Namun, dia tidak dapat melakukan perkara yang sama dan menyangka bahawa lakonan bukanlah jalan kerjaya terbaik untuknya.

Selain itu, Sooyoung juga telah mengikuti uji bakat untuk berbagai-bagai projek lakonan sebanyak 70 kali. Namun, dia selalu gagal dalam uji bakat. Nasib baik dia tidak menyerah kalah hingga kini dia muncul sebagai pelakon utama dalam berbagai-bagai drama kini.

Baca juga: Popular Dengan Watak Antagonis, 4 Pelakon Korea Ini Dituduh Bermasalah Dalam Dunia Realiti
Baca lagi: 10 Pelakon Korea ini Berjaya Bawa watak Suami dengan Baik dalam Kdrama 2024 walau Mereka Masih Bujang

Menerima kegagalan dengan terus berusaha dan meyakinkan diri untuk bertahan bukanlah perkara yang mudah. Walau demikian, pelakon-pelakon wanita Korea di atas tetap yakin dengan diri dan meneruskan usahanya untuk tetap mengejar impiannya berkecimpung dalam industri hiburan. Kisah kegagalan yang memberi inspirasi bukan?

Baca lagi: 7 Kdrama Underrated Dengan Plot Yang Amat Menarik
Baca juga: 17 Pilihan Drama Korea Komedi dengan Lawak Pecah Perut, Menghiburkan