Home News Pelakon Wanita Dari Korea Selatan Berdepan Hukuman Penjara Kerana ‘Kesalahan’ Ini

Pelakon Wanita Dari Korea Selatan Berdepan Hukuman Penjara Kerana ‘Kesalahan’ Ini

0

BANGKOK – Seorang pelakon wanita Korea Selatan berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun di Thailand kerana mengambil kepah gergasi dalam aksi sebuah program realiti televisyen, menurut pihak berkuasa semalam.

Lee Yeol-eum, 23, dirakam membuat selaman untuk mencari kepah gergasi di sebuah taman marin Thailand untuk penggambaran episod ke-30 rancangan Law of the Jungle, sebuah program realiti popular di Korea Selatan.

Selepas membawa naik dua kepah gergasi dari dasar laut yang dipenuhi batu karang, Yeol-eum memegang hidupan marin itu dan menjerit: “Saya sudah menangkapnya!”

bw278

Hidupan marin itu tersenarai sebagai antara spesies terancam dan dilindungi di bawah undang-undang Thailand.

Sekeping gambar menunjukkan pelakon itu mengutip kepah berkenaan mula tersebar di internet, sekali gus menarik perhatian pihak berkuasa terhadap bintang drama bersiri My First Love.

Penggambaran filem itu dibuat pada bulan April lalu di Taman Negara Hat Chao Mai.

Ketua Taman Negara Hat Chao Mai, Narong Kongaid memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau sudah menfailkan dua aduan pada Rabu lalu ke atas aktres berkenaan kerana melanggar undang-undang Taman Negara dan Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar.

“ Dia kini berdepan hukuman lima tahun penjara,” katanya.

Syarikat produksi sudah mengemukakan permohonan maaf dan menyatakan ia adalah satu kes jenayah dan pihaknya tidak boleh menarik balik aduan.

Pihak polis akan memikirkan cara untuk mencari Yeol-eum walaupun pelakon itu tidak lagi berada di Thailand, kata Narong.

Selepas aduan jenayah itu difailkan kepada pihak polis, ia kini bergantung kepada pendakwa raya mahkamah untuk menentukan sama ada Yeol-eum diburu atau kes berkenaan akan digugurkan.

Aktres itu sama ada boleh dihukum penjara lima tahun di bawah Undang-Undang Taman Negara atau empat tahun jika didapati melanggar Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar Thailand. Kedua-dua undang-undang itu turut memperuntukkan denda sebanyak 20,000 baht (RM2,700).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu, program televisyen Korea Selatan itu mengemukakan ‘permohonan maaf’ kerana tidak menyedari mengenai undang-undang hidupan liar di Thailand.

Lee Yeol-eum merupakan aktris muda berbakat dan antara drama yang pernah dibintangi beliau adalah ‘My First Love’ dimana beliau bergandingan dengan Seo Ji-hoon dan Lee Jung-shin.

bw300

Selain itu beliau juga adalah peraih New Star Award dari SBS Drama Awards 2015 berikutan lakonan berkesan dalam sebuah drama misteri, The Village: Achiara’s Secret, serta Divorce Lawyer in Love. Dia juga merupakan anak kepada pelakon wanita veteran Yoon Young-joo.

Nama: Lee Yeol-eum
Tempat, Tanggal Lahir: Seoul, 16 Februari 1996
Tahun Debut: 2013
Agensi: Yuleum Entertainment
Drama Sebelumnya: Monster (2016)

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: kosmo