Frankly Speaking sudah mula ditayangkan pada 1 Mei 2024 baru-baru ini. Drama Korea ini menceritakan tentang Song Ki Baek (Go Kyung Pyo), penyampai berita yang terpaksa melakukan semua perkara mengikut arahan orang atasannya. Hingga Ki Baek terkena renjatan elektrik. Menurut doktor, dia mengalami disinhibition (sistem penolakan). Kejutan otaknya telah menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosi dan perubahan keperibadian yang mirip dengan gejala demensia.
Nyawanya tidak terancam. Namun,dia tidak boleh mengendalikan perkara-perkara yang diucapkan, itu akan menjadi masalah dalam kerjayanya. Oleh sebab itu, berikut dibawah ini adalah beberapa masalah yang terjadi selepas insiden renjatan elektrik tersebut!
1. Semasa seorang bintang idola K-pop melayan stafnya dengan teruk, Ki Baek lantas menyerangnya secara verbal. Selepas itu, imejnya menjadi makin buruk
2. Ki Baek seterusnya menjadi sasaran peminat-peminat bintang idola tersebut. Semasa berada di luar, mereka mengejarnya supaya dia melakukan permohonan maaf
3. Selain membuat orang atasannya marah, Ki Baek yang sukar mengawal ucapan dan percakapannya yang sangat jujur akhirnya diminta untuk berehat sebentar daripada kerja
4. Bukan hanya masalah pada dirinya, perkara yang dilakukannya pada bintang idola itu juga membuatkan program yang dia sertai sebelum ini juga dihentikan
5. Semasa pulang ke rumah untuk bersembunyi, sekali lagi percakapannya pada waktu itu membuatkan Ki Baek bertengkar dengan saudaranya
6. Kerana kata-katanya yang tidak boleh dikawal, Ki Baek mengganggu sebuah majlis anugerah
7. Perubahan sikapnya itu membuatkan dia sukar untuk berkomunikasi dengan rakan sekerjanya
8. Sikapnya yang aneh membuatkan ramai orang menyangka bahawa dia telah berubah
9. Seolah-olah mengalami tekanan kerana kacau bilau tersebut, Ki Baek juga selalu mengalami halusinasi dan mimpi buruk
Selepas mengalami insiden buruk renjatan elektrik dengan voltan tinggi hingga membuat otaknya terganggu, kini Ki Baek mengalami berbagai-bagai masalah. Oleh sebab itu, dia mungkin akan kehilangan kerja dan juga hilang kawan-kawannya. Lalu, apakah yang perlu dia lakukan dan adakah akan ada orang yang muncul membantunya untuk mengawal pemikirannya atau sembuh dari gangguannya tersebut? Bagi yang ingin tahu tentang sambungan kisahnya, jangan lupa untuk saksikan Frankly Speaking ya!