Di Korea, ada istilah chaebol yang bermaksud keluarga kaya raya. Kehidupan keluarga kaya sering diangkat dalam drama Korea.
Biasanya, jalan cerita dalam drama Korea ini menceritakan tentang pertukaran nasib antara si kaya dan si miskin.
Tidak kurang hebatnya untuk ditonton adalah drama Korea tentang keluarga kaya raya tetapi hidup mereka berantakan dan tidak bahagia.
Walaupun bergelumang dengan kemewahan dan harta benda, tetapi mereka selalu merasa tidak cukup hingga akhirnya mereka tidak boleh menikmati hidup.
1. See You in My 19th Life (2023)
Moon Seo Ha lahir dari keluarga kaya raya yang memiliki perniagaan hotel. Tidak pernah kekurangan duit, tetapi Seo Ha ternyata mempunyai trauma mendalam akibat kematian ibu dan kawan masa kecilnya. Kekayaan bukanlah jaminan kebahagiaan.
2. Eve (2022)
Drama Korea tentang keluarga kaya raya tetapi hidup berantakan seterusnya adalah Eve (2022). Karakter Kang Yoon Gyeom digambarkan sebagai sosok yang berjaya. Bahkan, dia memegang jawatan sebagai CEO. Kehidupan yang tampak sempurna itu sebenarnya penuh kesengsaraan. Yoon Gyeom tidak bahagia, bahkan kehidupan perkahwinannya juga tidak memuaskan.
3. Love in Contract (2022)
Dibesarkan dalam keluarga kaya raya memang tidak semestinya menjamin kebahagiaan! Perkara ini yang digambarkan dalam drama Korea Love in Contract. Ada dua watak yang hidup dalam keluarga chaebol. Tapi, mereka berdua merasa tertekan karena dengan persaingan antara saudara atau dijadikan ‘boneka’ oleh keluarga.
4. Little Women (2022)
Realiti kehidupan, harta melimpah ruah juga menyebabkan hidup berantakan ini digambarkan melalui kehidupan karakter Park Hyo Rin yang melakukan merosakkan dirinya akibat hidup yang dipenuhi tekanan dengan ibu bapa yang toksik. Di akhir cerita, karakter Oh In Joo hidup menderita. Selepas mendapat duit berbilion won dan tinggal di apartment mewah, In Joo kesepian kerana orang-orang yang rapat dengannya pergi mengejar impian masing-masing.
5. Jinxed at First (2022)
Ingin menonton drama Korea rom-com yang ringan dan menghiburkan? saksikan Jinxed at First. Kisah tentang Seul Bi yang tidak bahagia walau lahir dalam keluarga kaya. Dia yang mempunyai kuasa unik lari dari rumah untuk hidup yang lebih bermakna.
6. Mine (2021)
Berhenti menjadi pelakon dan menjadi menantu keluarga chaebol, Seo Hi Soo mengalami banyak perkara yang membuatkan hidupnya berantakan dan tidak bahagia. Segala kepalsuan akhirnya terbongkar!
Baca juga: 11 Drama Korea yang Segar dan Menenangkan Minda, Healing Habis
7. Sky Castle (2018)
Jika anda menyukai drama yang mengangkat isu pendidikan dan keluarga, maka Kdrama ini adalah pilihan yang tepat. Meraih rating tinggi, drama Korea Sky Castle menggambarkan kehidupan keluarga-keluarga chaebol yang dipenuhi tipu daya dan kepalsuan.
8. The Penthouse (2020)
Jalan cerita yang hampir sama dengan Sky Castle. Bezanya, The Penthouse adalah Kdrama makjang tentang keluarga yang tinggal di penthouse. Walau kaya, mereka tidak hidup tenang.
9. The Sound of Magic (2022)
Melalui Kdrama ini, Hwang In Yeop muncul lagi dalam dunia lakonan. Dia menjadi pelajar dari keluarga kaya raya. Namun, dia juga hidup tidak tenang kerana dikekang oleh ibu bapanya.
10. The Golden Spoon (2022)
Mengangkat kisah tentang pertukaran nasib antara orang kaya dan miskin, Kdrama ini menampilkan gambaran keluarga kaya yang tidak bahagia.
11. King The Land (2023)
Watak utama yang bernama Goo Won merasa tidak bahagia sedangkan dia lahir dari keluarga kaya raya dan akan mewarisi hotel.
Jika anda ingin berehat, tetapi enggan keluar dari rumah, anda boleh menonton Kdrama ini semua. Pilih salah satu dari pilihan Kdrama di atas, jangan lupa untuk menonton ya!