Drama dari Korea Selatan merupakan salah satu bahan hiburan yang paling popular selain K-Pop. Perkara yang menarik dari drama Korea adalah berbagai-bagai genre yang ditampilkan. Ada genre komedi, seram, keluarga, fantasi dan tentu paling digemari adalah genre romantik. Namun di antara banyaknya kisah cinta dalam sebuah drama, banyak juga yang memasukkan cerita seram yang boleh membuatkan penonton terpaku.
Tapi bezanya, dalam beberapa drama Korea, hantu tersebut menjadi watak utama. Hantu yang seharusnya tidak wujud di dunia nyata, terperangkap pula dengan kisah cinta pada manusia. Yang menariknya, drama hantu tersebut bukan hanya menyajikan adegan menegangkan dan mendebarkan tetapi juga diwarnai dengan babak-babak komedi.
1. Oh My Ghost
Drama hantu lucu Korea yang popular iaitu Oh My Ghost ini menyaksikan watak Na Bong-sun (Park Bo-young) memiliki sifat yang sangat pemalu, rendah diri, tidak memiliki kawan baik, dan selalu mendapat teguran dari orang atasannya di Sun Restaurant. Bong-sun bisa melihat hantu kerana neneknya seorang dukun.
Suatu hari, Bong-sun dirasuk hantu perawan penuh nafsu bernama Shin Soon-ae (Kim Seul-gi). Hantu tersebut perlu “menyelesaikan dendamnya” iaitu dia mahu terlibat dalam hubungan yang romantik agar dia boleh berpindah ke alam seterusnya. Soon-ae pun nekad untuk memikat majikan Bong-sun iaitu Kang Sun-woo (Jo Jung-suk) yang memiliki aura yang hangat.
2. Hey Ghost, Let’s Fight
Drama seram dan lucu Korea ini menceritakan tentang Kim Hyun-Ji (Kim So-hyun) seorang pelajar berusia 19 tahun yang dianggap sudah mati kerana kemalangan. Dia sekarang menjadi hantu dan telah berkeliaran di dunia selama beberapa tahun. Hyun-ji kemudian bertemu pengusir hantu yang bernama Park Bong-pal (Ok Taec-yeon).
Bukannya mengusir Hyun-ji, Bong-pal mengajak Hyun-ji bekerja sama untuk mengusir hantu. Hyun-ji percaya Bong-pal dapat membantu menemui rahsia tentang mengapa Hyun-ji boleh menjadi hantu. Bekerja dan hidup bersama membuatkan Bong-pal dan Hyun-ji mula jatuh cinta.
3. Blood
Bersembunyi dari dijumpai selalunya merupakan strategi terbaik, dan bagaimanakah agaknya apabila vampire berada hospital? Seorang doktor vampire yang masih muda bekerja untuk menyelamatkan nyawa pesakitnya ketika dia bergelut dengan kehausan darah. Untuk mengelakkan godaan bau darah, dia menjauhkan diri daripada orang lain.
4. Mirror of the Witch
Drama Korea ini tayang pada bulan Julai tahun 2016 dan diadaptasi dari buku terkenal yang bertajuk Dongui Bogam, tulisan Heo Jun yang merupakan pakar perubatan pada zaman Dinasti Joseon.
Mirror of the Witch mengisahkan tentang perjuangan seorang puteri raja bernama Seo Ri (Kim Sae Ron) yang terkena sumpahan dan perlu diasingkan ke hutan. Pada suatu hari dia bertemu dengan Heo Jun (Yoon Si Yoon) yang merupakan tabib muda di istana yang dikenali mampu menyembuhkan segala jenis penyakit.
5. Love Horribly
Drama Korea ini menceritakan tentang Philip (Park Si-hoo) dan Oh Eul-soon (Song Ji-hyo) yang saling berkaitan dalam hidup mereka. Apabila Philip mendapat kebahagiaan, maka Eul Soon pula akan sengsara. Begitu juga sebaliknya. Philip menjadi seorang selebriti bintang top. Manakala, Eul-soon bekerja sebagai penulis skrip drama siri.
6. What is the Ghost Doing?
Drama hantu lucu Korea ini menceritakan tentang Goo Cheon-dong (Lee Joon) dan cinta pertamanya yang bernama Cha Moo-rim (Jo Soo-hyang). Moo-rim sebagai cinta pertama telah meninggal dunia. Namun setelah lapan tahun berlalu, hantu Moo-rim datang kembali kepada Cheon-dong. Moo-rim meminta Cheon-dong untuk dicarikannya kekasih.
Demikian sahaja enam buah filem dah juga drama Korea komedi seram yang boleh anda tonton. Menyajikan kisah menarik dan mencuit hati, pastinya anda akan terhibur. Selamat menonton ya!