Putera Agung Doseong (Kim Min Kyu) dalam drama saeguk Missing Crown Prince merupakan putera raja kepada Raja Haejong (Jeong Jin Oh) dan Permaisuri Yoon (Yoo Se Rye). Dia juga merupakan adik tiri kepada Putera Mahkota Yi Gun (Suho EXO). Kehidupan mereka berempat sangat harmoni dan bahagia sebelum kemunculan para pembesar istana yang berusaha menggoyahkan kedaulatan istana dan kerajaan.
Sejak munculnya pembesar istana yang jahat dan tamak haloba, Putera Agung Doseong juga akhirnya turut merasakan kesan dari kejahatan-kejahatan yang semakin bermaharajalela. Walau dia merupakan putera raja kepada raja yang merupakan ketua negara, dia tetap menjalani kehidupan yang sangat malang.
Jadi, apakah nasib malang dalam hidup Putera Agung Doseong dalam drama sageuk Missing Crown Prince? Mari sama-sama kita lihat.
1. Merupakan seorang putera raja, selama ini Putera Agung Doseong tetap perlu menjalani peraturan ketat dan tinggal terpisah di luar istana
2. Di luar istana, buat pertama kalinya putera raja ini jatuh cinta pada seorang gadis. Namun malang baginya apabila gadis tersebut dijodohkan pula dengan abangnya
Baca juga: Missing Crown Prince: Siapakah Kekasih Gelap Bonda Ratu?
3. Putera Agung Doseong cuba meluahkan perasaannya pada Choi Myung Yoon (Hong Ye Ji), sayangnya Myung Yoon mengatakan bahawa dia sudah bertunang dengan jejaka lain
4. Perkara yang paling menyakitkan adalah kebenaran bahawa Putera Agung Doseong telah diperalatkan oleh ahli keluarganya. Dia menjadi alat bagi datuknya dan juga bonda ratu dalam mencapai keinginan mereka
Baca lagi: The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri
5. Menyayangi ayahnya, ibunya, dan juga abangnya, Putera Agung Doseong diancam dah diberi pilihan yang sukar untuk memilih menyelamatkan salah seorang di antara ketiga-tiga mereka
6. Bukan hanya itu, dia juga perlu menjalani kehidupan yang langsung tidak diingininya. Putera Agung Doseong dipaksa oleh banyak pihak untuk mempersiapkan diri untuk menjadi putera mahkota
7. Tidak mahu mengkhianati ayah dan abangnya sendiri, dia terpaksa membuat perangai buruk di dalam istana. Putera Agung Doseong banyak melanggar peraturan demi untuk melindungi keluarganya
Walau nasib malang dalam hidup telah muncul bertimpa-timpa, Putera Agung Doseong hingga kini masih berpihak pada kebenaran. Dia melakukan berbagai-bagai perkara untuk melindungi keluarganya dengan caranya sendiri. Namun, adakah usaha dan pengorbanannya akan berhasil akhirnya? Jangan lupa menonton episod seterusnya ya!