Bagi para peminat filem genre psikologikal thriller yang menyukai cerita yang mencemaskan dan menegangkan, anda pasti sudah terbiasa dengan watak villain psikopat yang kejam dan gila.
Industri perfileman Korea Selatan berjaya mempersembahkan filem tersebut dengan plot twist yang sukar dijangka dan pastinya sangat mengejutkan.
Ingin tahu? Berikut dibawah ini adalah beberapa pilihan filem psikologikal thriller Korea yang perlu anda tonton!
1. Midnight (2021)
Filem ini mengisahkan tentang Kim Kyung Mi (Jin Ki-Joo), gadis pekak yang bekerja sebagai pengajar bahasa isyarat yang menyaksikan pembunuhan Choi Seo Jung yang dilakukan oleh seorang psikopat. Melihat Kyung Mi, psikopat itu ingin menjadikannya sasaran baru sebagai mangsa pembunuhan bersiri seterusnya. Mengetahui anaknya menjadi sasaran pembunuhan, ibu Kyung Mi (Gil Hae Yeon) melakukan segala cara untuk melindungi anaknya dari psikopat tersebut.
Tonton filem ini di iQIYI
2. The Call (2020)
The Call adalah filem thriller fantasi Korea Selatan yang ditayangkan pada November 2020. Diarahkan oleh Lee Chung-hyun, filem ini dibintangi oleh Park Shin-hye dan Jeon Jong-seo. Diadaptasi dari filem The Caller (2011), filem The Call adalah tentang gangguan panggilan telefon dari masa lalu yang boleh mengubah takdir. Seo Yeon (Park Shin Hye) seorang gadis yang hidup di masa sekarang, mengunjungi rumah semasa kecilnya.
Anehnya, terdapat sebuah telefon lama di sana selalu berdering. Apabila dia menjawab panggilan tersebut, terdengar suara gadis yang menjerit meminta tolong. Seo Yeon akhirnya berkenalan dan bersahabat dengan gadis dalam talian telefon tersebut, bernama Oh Young Sook (Jeon Jong-seo). Young Sook yang ternyata hidup di masa lalu dan sangat menderita, dia didera dan dianiaya oleh ibu tirinya.
Tonton di NETFLIX
Baca lagi: 5 Filem Psikopat Korea, Kisah Fiksyen dan Kisah Benar yang Menakutkan
3. No Mercy (2019)
Filem ini mengisahkan tentang In Ae (Lee Si Young) yang ingin membalas dendam terhadap orang-orang yang pernah menyakiti adiknya, Eun Hye yang memiliki masalah mental. Suatu hari In Ae melihat adiknya diperkosa. In Ae tidak berdiam diri dan terus menyerang lelaki tersebut. Oleh sebab perkara itu, In A disumbat ke penjara. Sejak itu, adiknya menjadi bahan ejekan dan mangsa buli di sekolahnya. Adakah In Ae berjaya membalas dendam untuk adiknya?
Tonton di NETFLIX
4. The Gangster, The Cop, The Devil (2019)
Filem ini menceritakan tentang dua orang lelaki yang bekerjasama mencari pembunuh bersiri. Jang Dong-Soo (Ma Dong-seok) merupakan ketua gangster yang paling ditakuti. Tiba-tiba dia diserang dan cedera parah. Dia ingin membalas dendam dan mencari lelaki yang telah menyerangnya. Dia percaya bahawa lelaki itu adalah pembunuh bersiri. Namun, pembunuh bersiri itu selalu berjaya meloloskan diri. Adakah dia berjaya mencari lelaki psikopat kejam itu?
Tonton di iQIYI
5. Dark Figure of Crime (2018)
Pembunuhan dalam “Dark Figure of Crime” adalah berdasarkan peristiwa sebenar. Dark Figure of Crime adalah sebuah filem yang genius menceritakan tentang bagaimana permainan minda seorang penjenayah kejam yang menggunakan anggota polis untuk memenuhi setiap kehendaknya dalam penjara. Pada permulaan, pihak polis hanya menurut segala isyarat dan petunjuk yang diberikan oleh penjenayah psiko tersebut. Balasan bagi setiap maklumat yang diberikan, pihak polis perlu memenuhi setiap tuntutan yang dibuat oleh penjenayah terbabit.
Ju Ji-hoon berjaya membawa watak seorang pembunuh bersiri kejam yang berhati kering iaitu Kang Tae-oh. Kim Hyung-min (Kim Yoon-seok) membawa watak sebagai seorang pegawai narkotik yang bertanggungjawab memecahkan segala rahsia lelaki psikotik Kang Tae-oh. Salah percaturan, hukuman penjenayah itu akan dikurangkan dan pegawai penyiasat yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan tatatertib.
Kekacauan dan kekalutan makin mencengkam pihak polis, penjenayah kejam itu berjaya mempermainkan kewibawaan mereka. Kini mereka perlu mengorek rahsia penjenayah tersebut. Masih ada enam misteri pembunuhan yang belum dapat dirungkaikan. Hanya Kang Tae-oh yang boleh memberi jawapan pada kekejamannya itu sendiri.
Dark Figure of Crime penuh dengan tanda tanya, cebisan-cebisan dan kepingan-kepingan teka-teki yang perlu diselesaikan. Dinamika plot yang tidak membosankan dan langsung tidak mengecewakan akan membuat para penonton terus setia di depan skrin tontonan masing-masing. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya pasti jatuh ke tanah jua!
6. Door Lock (2018)
Seorang gadis bernama Cho Kyung Min (Gong Hyo-Jin) yang tinggal sendirian di apartmentnya, tiba-tiba menemui kunci pintunya yang dibiarkan terbuka selepas pulang dari kerja. Bimbang, dia pun mengubah kata laluan pintunya. Sebelum tidur, dia mendengar seseorang cuba membuka pintunya. Kyung Min menghubungi pengawal bertugas, tetapi sia diabaikan.
Namun, beberapa hari kemudian dia mula menemui lebih banyak petunjuk tentang sosok misteri yang cuba menceroboh apartmentnya, bermula dari cap jari hingga puntung rokok yang ditemuinya, semuanya menakutkan. Di waktu yang sama, sebuah kes pembunuhan juga terjadi.
7. V.I.P. (2017)
Filem V.I.P menampilkan pelakon-pelakon bertaraf bintang termasuk Jang Dong Gun, Kim Myung Min, Park Hee Soon, dan Lee Jung Suk. Namun, V.I.P mendapat kritikan teruk kerana gambaran watak Lee Jung Suk sebagai seorang yang misoginis atau mempunyai sikap kebencian terhadap wanita secara melampau. Filem ini juga menampilkan adegan gangguan dan serangan seksual terhadap wanita yang sangat tidak beradab. Lebih teruk lagi, VIP mengundang kemarahan orang ramai kerana telah mengambil sembilan orang pelakon wanita muda pendatang baru hanya untuk membawa watak sebagai mayat wanita tanpa seurat benang.
Demikian sahaja 7 buah filem pilihan yang membawa genre psikologikal thriller dari Korea Selatan yang boleh anda tonton! Memang penuh tanda tanya dan ending yang dipersembahkan sangat mengejutkan! Selamat menonton ya!
Baca lagi: Sangat Menarik, 5 Filem dan Drama Korea Ini Tampilkan Budaya dan Tradisi Korea Selatan dengan Baik
Baca juga: