Home Movie 5 Cadangan Filem Aksi Thriller Bertemakan Serangan Pengganas

5 Cadangan Filem Aksi Thriller Bertemakan Serangan Pengganas

0

Filem aksi thriler selalu menjadi pilihan menarik bagi para peminat filem yang menyukai babak-babak tegang dan penuh kejutan. Salah satu tema yang kerap diangkat dalam genre ini adalah serangan pengganas.

Dengan menggabungkan elemen-elemen yang menegangkan dan konflik yang intens, filem-filem dengan tema serangan pengganas mampu memikat perhatian para penonton.

Berikut dibawah ini adalah beberapa cadangan filem aksi thriller yang mengangkat tema serangan pengganas, mendebarkan!

 

1. Hotel Mumbai (2018)

FilemHotel Mumbai mengisahkan tentang kejadian serangan pengganas yang menggemparkan bandar Mumbai pada tahun 2008. Cerita ini fokus pada serangan terhadap Hotel Taj Mahal Palace, sebuah hotel mewah yang menjadi sasaran utama para penyerang.

Selain itu filem Hotel Mumbai ini juga menyoroti cerita-cerita individu di tengah-tengah serangan yang berlaku, termasuk seorang tukang masak yang berjuang melindungi para tetamu, seorang pelayan yang berani menyelamatkan kanak-kanak dari bahaya, dan seorang tetamu VIP yang terpaksa bersembunyi untuk menyelamatkan diri dan keluarganya.

Melalui adegan-adegan yang mendebarkan dan sangat emosional, Hotel Mumbai menggambarkan secara nyata ketegangan dan rasa putus asa yang dialami oleh mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

 

2. The Rock (1996)

Filem aksiDalam filem aksi The Rock tahun 1996, penonton dipersembahkan dengan aksi yang mendebarkan dan suasana cemas yang tidak henti-henti.

Kisah dimulakan apabila sekumpulan bekas askar marin Amerika Syarikat merampas kawalaan ke atas Alcatraz, sebuah penjara terkenal yang diketahui memang tidak boleh ditembusi. Mereka mengancam untuk melepaskan senjata kimia berbahaya ke bandar San Francisco jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dalam usaha untuk menghentikan bencana besar yang menakutkan ini, seorang bekas tahanan Alcatraz yang dilakonkan oleh Sean Connery, dan seorang pakar senjata kimia FBI yang dilakonkan oleh Nicolas Cage, perlu berperang melawan waktu yang semakin singkat untuk menyelamatkan bandar San Francisco dari kehancuran.

 

3. Unthinkable (2010)

cf73e4cf 3fbf 4079 b56a 7959ed2cccf2Dibintangi oleh Samuel L. Jackson, kisah filem ini fokus pada seorang ejen FBI yang terpaksa berhadapan dengan sebuah situasi yang tidak dapat dibayangkan. Dimana seorang pengganas telah menanam tiga biji bom nuklear di lokasi rahsia di Amerika Syarikat dan bersedia untuk meletupkan setiap bom itu jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Melalui konflik yang intens antara ejen FBI, pengganas, dan seorang pakar penyiasatan yang kontroversial, filem Unthinkable ini menggali kedalaman psikologi setiap watak dan mengeksplorasi tema-tema tentang kekuatan dan batasan moral manusia.

 

4. Skyfall (2012)

345717e2 6d44 49c4 8c7c 709a8b0df389Dalam filem aksi Skyfall, ejen rahsia James Bond kembali dengan pengembaraan yang penuh dengan aksi yang memukau. Apabila James Bond dianggap meninggal dunia dalam sebuah misi, dunia ejen perisikan digemparkan oleh serangkaian serangan terhadap markas MI6 dan keselamatan nasional England.

Di tengah-tengah kekacauan ini, Bond kembali untuk mencari dalang disebalik serangan-serangan tersebut, dalang tersebut merupakan seorang bekas ejen M16 bernama Silva yang menyimpan dendam peribadi terhadap M dan berusaha untuk menghancurkan reputasi dan pengaruh wanita itu.

 

5. Tenet (2020)

24289617 ca4b 4ef5 956b e1225b4b4ccdBuah tangan dari pengarah terkenal Christopher Nolan, filem aksi thriller fantasi Tenet ini mengajak para penonton untuk terlibat dalam penjelajahan masa yang penuh misteri dan juga sangat membingungkan. Kisah filem ini mengikuti seorang ejen rahsia yang dilakonkan oleh John David Washington yang diberi tugas untuk mencegah terjadinya ancaman global yang sangat berbahaya yang berkait dengan algoritma yang dapat membalikkan arah waktu itu sendiri.

Dengan bantuan seorang rakan ejen yang misteri, (Robert Pattinson), dia menyusup masuk ke dalam dunia yang penuh dengan tipu daya dan konspirasi di mana masa lalu, masa kini, dan masa depan berganung dalam sebuah permainan kompleks yang membingungkan.

Dengan adegan-adegan luar biasa yang memukau dan plot yang dipenuhi dengan twist yang tidak terduga, Tenet mengajak penonton untuk merenung konsep waktu dan realiti yang melebihi batasan pemahaman manusia. Nolan secara cemerlang menggabungkan elemen-elemen aksi yang mendebarkan dengan misteri yang membingungkan, menciptakan pengalaman sinematik yang unik dan sangat mendalam.

Demikian sahaja 5 cadangan filem aksi thriller tentang serangan pengganas yang boleh anda tonton. Menarik bukan?

Baca lagi: 10 Pilihan Filem Aksi Korea, Penuh Adegan Pertarungan
Baca juga: 18 Filem Aksi dari Korea Selatan, Pilihan dari Tahun 2010 hingga 2024