Tayangan drama Korea The Escape of the Seven: Resurrection rasmi telah berakhir pada Sabtu, 18 Mei 2024. Drama ini tamat setelah menayangkan semua 16 episod. The Escape of the Seven: Resurrection merupakan sambungan musim pertama yang tayang pada tahun 2023, drama ini mengakhiri cerita dengan ending yang sangat memuaskan.
Watak-watak antagonis dalam The Escape of the Seven 2 yang melakukan berbagai-bagai kejahatan telah mendapat balasan setimpal atas perbuatan mereka. Siapakah mereka?
Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler.
1. Matthew Lee
Hingga ke akhir, K langsung tidak menyesali perbuatannya. Dia cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan anaknya supaya dia diberi hukuman yang ringan. Pihak mahkamah tidak menerima permohonannya. Dia tetap dijatuhi hukuman mati. Di akhir kisah, dia meninggal dunia selepas ditembak dan dibakar di penjara oleh Kang Ki Tak (Yoon Tae Young) dan Min Do Hyuk (Lee Joon).
2. Geum La Hui
Geum La Hui akhirnya insaf dan dia nekad mahu membalas dendam terhadap orang-orang yang membuat Bang Da Mi menderita hingga akhir hayat. Dia sendiri hilang sebelah kakinya ketika melakukan usahanya itu. Dia akhirnya meninggal dunia akibat ditembak dan berada di bangunan yang meletup, tepat-tepat ketika dia sedang menghukum orang-orang yang dijadikan sasarannya.
3. Hwang Chan Sung
Dalam drama ini, dia bekerja sama dengan K selepas mengkhianati Geum La Hui. Dia memerangkap ibu Han Mo Ne dan membantu K dengan menyebarkan khabar angin supaya tujuan mereka tercapai. Cedera parah kerana ditikam oleh Han Mo Ne, Hwang Chan Sung akhirnya meninggal dunia selepas lehernya dipatahkan oleh Kang Ki Tak.
4. Han Mo Ne
Di musim kedua ini, dia mendapat balasan atas kejahatannya. Dia menghadapi berbagai-bagai penderitaan, termasuk terjerat dalam hubungan toksik dengan Hwang Chan Sung. Di akhir cerita, dia mengakui segala kejahatannya di hadapan polis. Dia meninggalkan kehidupannya yang glamor dan selepas menjalani hukuman, dia tinggal bersama ibunya. Ibunya akhirnya meninggal.
5. Go Myoung Ji
Dia ditembak oleh Cha Ju Ran (Shin Eun Kyung) kerana mereka perlu bertarung demi bertahan hidup di sel yang dibina oleh Geum La Hui. Menjelang akhir, dia kembali menerima tembakan, kerana dia berusaha melindungi anak Han Mo Ne.
6. Yang Jin Mo
Yang Jin Mo dipaksa berkahwin dengan Go Myoung Ji. Awalnya dia langsung tidak membuka hatinya, tapi akhirnya mereka menjadi pasangan sebenar. Berbagai-bagai masalah perlu dihadapi Yang Jin Mo demi melindungi keluarganya. Dia pernah mengalami kemalangan yang teruk hingga dia dianggap dibunuh. Dia membuka lembaran baru bersama keluarganya dengan menguruskan sebuah restoran kecil, jauh dari bandar besar.
7. Nam Chul Woo
Nam Chul Woo akhirnya mati ditembak oleh K. Dia waktu itu sedang membantu Min Do Hyuk mengungkap kebenaran akhirnya dia tidak bertahan dan menghembuskan nyawa di hospital.
8. Cha Ju Ran
Dia kehilangan semua wangnya kerana balas dendam yang dilakukan oleh Geum La Hui, tetapi dia sedar bahawa Geum La Hui masih menyimpan kebaikan untuknya. Dia mendapat balasan dengan ditinggalkan oleh Nam Chul Woo yang waktu itu merupakan kekasihnya. Dia melahirkan dan membesarkan anak mereka seorang diri dan tidak pernah menceritakan kepada anaknya bahawa mereka pernah menjadi penjenayah.
Lapan watak antagonis dalam drama The Escape of the Seven 2 di atas mendapat balasan yang setimpal atas kejahatan yang telah mereka lakukan. Hampir semua mereka menyesal kerana menjadi orang jahat di masa lalu.
Sudahkah anda tonton The Escape of the Seven: Resurrection ini di Viu? Adakah anda puas hati dengan endingnya?
Baca lagi: Mengapakah K Sangat Sukar Ditewaskan dalam The Escape of the Seven: Resurrection?
Baca juga: Filem Terbaru “Burning Sun” Dedah Skandal Buruk Dunia Kpop