Baru-baru ini pihak tvN telah berkongsi sebuah video yang menampilkan pelakon terkenal Lee Jung Ha, Jo Aram, dan Shin Ha Kyun yang kelihatan sedang asyik melakukan sesuatu. Mereka ini akan berlakon dalam drama terbaru yang berjudul “The Auditors” atau tajuk lain “Thank You”.
The Auditors mengusung genre misteri, thriller dan komedi tentang pasukan audit di JU Construction dengan diketuai oleh seorang pemimpin yang dingin dan tegas. Mereka berhadapan dengan kes rasuah yang berleluasa di syarikat JU Construction.
Sambil menunggu drama ini ditayangkan, mari sama-sama kita lihat beberapa perkara menarik tentang drama Korea terbaru The Auditors di bawah ini.
1. Sinopsis drama The Auditors
Drama The Auditors fokus tentang penyiasatan yang dilakukan di pejabat. Shin Cha Il (Shin Ha Kyun) bekerja sebagai ketua pasukan audit di JU Construction. Dia memiliki sikap yang dingin dan tidak mudah percaya pada orang lain. Tetapi, bila sebut sahaja tentang pekerjaan, dia sangat serius hingga sangat terkenal sebagai seorang ketua yang membuat penilaian yang tajam dan tegas.
Pasukan audit juga dimeriahkan dengan kehadiran pekerja baru yang bernama Gu Han Soo (Lee Jung Ha). Gu Han Soo pada awalnya memohon untuk menyertai pasukan audit sebagai batu loncatan agar dipindahkan ke cawangan JU Construction di Florida.
Namun, rancangannya tidak berjalan dengan mudah kerana Shin Cha Il. Berbeza dengan majikannya, Gu Han Soo adalah orang yang baik dan ramah tamah. Walaupun hampir dikeluarkan, bakatnya makin berkembang selepas bekerja dengan Shin Cha Il.
Ada juga Hwang Dae Woong (Jin Goo) iaitu wakil presiden JU Construction yang juga merupakan anak ketiga kepada pengasas syarikat. Dia memasang impian untuk menjadi presiden syarikat dengan mengalahkan kedua-dua abangnya.
Selain itu, ada juga pekerja baru dalam pasukan audit JU Construction yang bernama Yoon Seo Jin (Jo A Ram). Dia adalah seorang individu yang mempunyai impian untuk berjaya. Dia memiliki sifat yang sangat berlawanan dengan Goo Han Soo. Namun Seo Jin telah mengenali Wakil Presiden Hwang Dae Woong sejak dia masih kecil. Sayangnya, mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain di tempat kerja.
2. Barisan pelakon The Auditors
Drama The Auditors diarahkan oleh Kwon Young Il yang juga merupakan pengarah untuk drama Wedding Impossible (2024), Doom at Your Service (2021), dan My Unfamiliar (2020). Sementara itu, skrip untuk drama ini ditulis oleh Choi Min Ho. Berikut ini adalah senarai artis yang berlakon dalam drama The Auditors:
● Shin Ha Kyung sebagai Shin Cha Il
● Lee Jung Ha sebagai Koo Han Soo
● Jin Goo sebagai Hwang Dae Woong
● Jo A Ram sebagai Yoon Seo Jin
3. Tarikh tayangan The Auditors
Drama The Auditors dirancang akan ditayangkan pada bulan Julai 2024. Tetapi, hingga kini pihak tvN selaku stesen televisyen penayangan belum berkongsi tentang tarikh yang pasti. Dikhabarkan bahawa drama ini akan mengisi slot pada hari Sabtu dan Ahad selepas drama The Midnight Romance in Hagwon selesai.
Khas untuk anda yang suka dengan drama misteri dan yang rindukan lakonan Lee Jung Ha, pastikan untuk tidak ketinggalan info seterusnya tentang drama ini. Kita tunggu update dari pihak produksi ya!