Home News Saling Buka Aib di Instagram, Ahn Jae Hyun Dedah Punca Dia Ceraikan...

Saling Buka Aib di Instagram, Ahn Jae Hyun Dedah Punca Dia Ceraikan Ku Hye Sun

0

Kisah penc3raian antara pasangan selebriti Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun telah menarik perhatian peminat dari seluruh dunia.

Lebih menghangatkan berita tersebut apabila pasangan ini membongkar punca perc3raian di laman Instagram masing-masing.

Menurut laporan Soompi, Ahn menjawab tuduhan yang dilakukan oleh bekas isterinya yang mendakwa dia sering menghubungi wanita lain ketika sedang mab0k.

Aktor yang mula dikenali menerusi drama My Love Come From Another Star ini juga membantah dakwaan kononnya dia membuka cerita tentang rumah tangga dengan ketua pegawai eksekutif agensi mereka.

Dalam kenyataan sama, Ahn Jae Hyun berulang kali menyebut bekas isteri memutar belit fakta sedangkan wanita itu telah bersetuju untuk berc3rai pada 30 Julai lalu selepas keduanya tidak tinggal bersama lagi.

Ahn Jae Hyun turut mengakui sepanjang tiga tahun perkahwinan itu, dia mengalami tekanan dan depre$i.

Hal itu membuatkan dia memilih untuk berc3rai dan tidak sanggup lagi menyakiti diri sendiri. Malah, dia sanggup membayar sejumlah wang yang diminta Ku Hye Sun sebagai kesepakatan untuk berc3rai.

Tidak hanya berdiam diri, selepas Ahn memuat naik status tersebut, bekas isterinya itu pula memberi kenyataan balas di laman sama.

Menurut Ku, dia mengetahui kesilapan yang pernah dilakukan namun Ahn berulang kali menyebut tentang c3rai.

Malah, tindakan untuk berc3rai itu adalah kerana dia dikatakan sudah tidak sek$i.

” Dia mengatakan saya tidak sek$i. Suami saya berulang kali mengatakan ingin berc3rai kerana saya memiliki bahagian tubuh yang tak menarik,” katanya.

bw816

Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun bertemu buat kali pertama dalam satu siri drama bertajuk Blo0d. Difahamkan mereka mulai jatuh cinta antara satu sama lain ketika menjalani penggambaran siri tersebut.

Malah ramai percaya gandingan serasi dan ‘chemistry’ yang kuat telah membuahkan bibit-bibit cinta pasangan ini hingga akhirnya mereka terbabit dalam cinta di lokasi.

Sehingga siri drama itu berakhir, pasangan itu sering dilihat oleh orang ramai keluar bersama-sama seperti pasangan dilamun cinta.

Akhirnya pasa Mei 2016, Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun secara rasminya berkahwin. Pernikahan mereka dikatakan berlangsung dalam suasana majlis yang sangat sederhana.

Mereka juga hanga mengundang keluarga terdekat dari kedua belah pihak dan menjemput beberapa kenalan sahaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. DaebaKing

Sumber: mstar