Drama Korea selalunya berjaya memikat penonton melalui berbagai-bagai isu yang penting. Salah satunya adalah tentang isu mengenai standard kecantikan.
Sejak dulu, sudah banyak Kdrama tentang gadis kurang dari segi paras rupa bertukar menjadi jelita yang popular di kalangan penonton. Transformasi karakter Kdrama tentang gadis yang berubah menjadi cantik juga selalu membuatkan para penonton kagum dan terpukau.
Bermula dari seseorang yang dianggap kurang menarik dan juga ditindas, watak tersebut mampu berubah menjadi gadis yang cantik, kuat, dan mempunyai keyakinan diri.
Jika anda sedang mencari-cari Kdrama tentang gadis yang berubah menjadi cantik, sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.
1. MASK GIRL (2023)
Melalui Kdrama ini, anda akan mengetahui bagaimanakah standard kecantikan dalam dunia siaran atas talian dibentuk. Mask Girl diangkat dari webtoon bertajuk sama karya Mae Mi, diangkat sebagai mini siri Netflix oleh pengarah Kim Young Hoon. Kim Young Hoon juga turut menjadi penulis skrip untuk drama Mask Girl.
Mengisahkan tentang Kim Mo Mi (dibawa oleh 3 pelakon wanita berbeza dalam 3 fasa kehidupan yang berbeza juga), yang menurut standard orang Korea mempunyai wajah yang hodoh, Mask Girl mengikuti perkembangan watak Mo Mi dari wanita yang biasa-biasa sahaja dan kemudian kemudian menjadi wanita paling berbahaya.
Baca juga: 7 Watak dalam Kdrama 2024 Terpaksa Hadap Pasangan Toksik dalam Hidup Mereka
2. TRUE BEAUTY (2020)
Drama siri True Beauty merupakan adaptasi Webtoon popular yang bertajuk The Secret of Angel karya Yaongyi. Kdrama siri ini menggambarkan kisah cinta tiga segi yang membuat para penonton terbawa-bawa dengan emosi dan suasana.
Drama ini menceritakan tentang kisah Im Joo Kyung, iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang tidak yakin diri dan tidak yakin dengan penampilannya dan selalu menggunakan solekan tebal untuk menutupi wajahnya yang dianggap hodoh. Di sekolah barunya, dia bertemu dengan Lee Su Ho dan Han Seo Jun, lalu terlibat kisah cinta tiga segi.
3. PERFUME (2019)
Perfume menceritakan tentang Min Jae-hee (Ha Jae-suk) yang mempunyai pengalaman hampir bunuh diri dan menghabiskan nyawa suaminya yang bernama Kim Tae-joon kerana merasa tidak dihargai. Suaminya secara terang-terangan curang di depan Jae-hee dan sering kali menghina bentuk badan isterinya sendiri. Sedangkan Jae-hee melepaskan masa mudanya yang gemilang dan bersinar begitu sahaja selepas berkahwin dengan suaminya Kim Tae-joon.
Pengorbanannya adalah pilihan yang sia-sia. Niat Jae-hee yang serong terhenti apabila dia bertemu dengan seorang lelaki tua yang memberinya minyak wangi yang dapat mengubahnya menjadi muda dan menawan, dia boleh menggapai impiannya untuk mendapatkan tubuh yang ideal dan disayangi ramai orang.
4. MY ID IS A GANGNAM BEAUTY (2018)
My ID is Gangnam Beauty ini menceritakan tentang Kang Mi-rae (Im Soo-hyang) yang sangat pemalu kerana penampilannya yang buruk. Dia selalu diejek oleh kawan-kawannya semasa bangku sekolah. Perkara tersebut membuatnya ingin melakukan pembedahan plastik dan meminta izin ibunya untuk mengubah penampilannya sebelum melangkah ke universiti.
Kang Mi-rae berubah menjadi cantik namun tetap dengan perwatakannya yang pemalu. Memasuki tahun pertama, dia menjadi gadis paling cantik dan hebat di kampusnya. Akibat masa lalu yang sering dibuli, dia memandang orang lain berdasarkan penampilan luaran mereka. Mi-rae mendapat banyak perhatian, namun kadang kala tetap diejek kerana telah melakukan pembedahan plastik.
Baca juga: Ji Sung Akui Sukar Bawa Watak Detektif Penagih Dadah dalam Kdrama Baru “Connection”
5. THE MIRACLE (2016)
The Miracle menceritakan tentang sepasang anak kembar yang berbeza nasib. Si-yeon sering menjadi bahan ejekan orang ramai keraba penampilannya yang sering dibandingkan dengan Shin-ah yang membesar dengan keadaan fizikal yang dikagumi oleh ramai orang.
Akibatnya, Shi-yeon memilih untuk menyendiri di rumah supaya tidak dihina oleh orang sekeliling. Hingga suatu hari dia bertemu dengan penilik nasib misteri yang memberinya kad terup. Pertemuan tersebut mengubah nasib anak kembar ini.
6. BIRTH OF BEAUTY (2014)
Drama ini mengisahkan tentang Sa Geum Ra yang berkahwin dengan Lee Kang Joon, seorang lelaki dari keluarga kaya raya. Sa Geum Ra mempunyai penampilan yang dianggap kurang menarik kerana dia berbadan besar. Semasa Sa Geum Ran tinggal bersama ibu dan adik iparnya, mereka melayannya dengan sangat teruk.
Keadaan semakin sukar apabila suaminya curang dan meminta cerai. Merasa patah hati dan pergi, Sa Geum Ran mengalami kemalangan. Selepas terselamat, dia melakukan pembedahan plastik untuk mengubah penampilannya menjadi lebih cantik dan ideal.
Jangan memandang orang dari segi luaran sahaja, hati nurani yang baik adalah segala-galanya. Jangan lupa untuk menonton ya!